Jika Anda Ingin Bersara, Sekurang-kurangnya Perlu Ada Simpanan RM600,000

Jika Anda Ingin Bersara, Sekurang-kurangnya Perlu Ada Simpanan RM600,000

Sekiranya rakyat memiliki perancangan untuk bersara dalam tempoh beberapa tahun mendatang, anda dinasihatkan untuk memiliki sekurang-kurangnya simpanan pencen berjumlah RM600,000 untuk berbuat tindakan sedemikian. Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambang tersebut dilihat bersesuaian dengan penduduk bekerja yang berada di Lembah Klang, untuk menampung perbelanjaan mereka di hari tua.

Sementara di luar Lembah Klang pula, diperkira paras simpanan RM500,000 adalah ideal dengan kos sara hidup di kawasan sedemikian. Meskipun begitu, mengikut data KWSP setakat ini didapati 97% pencarum KWSP yang berusia 55 tahun dan ke bawah tidak memiliki paras simpanan sebanyak RM600,00 untuk bersara.

Hanya 2.6% daripada 13.1 juta pencarum sahaja yang berupaya berpencen kerana telah mencapai ambang simpanan tersebut. Untuk makluman, penetapan paras RM600,000 ini telah mengambilkira perbelanjaan bulanan bagi para pesara untuk tempoh 20 tahun. Di mana dengan jumlah pesara dapat berbelanja sekitar RM2,500 sebulan untuk menampung kehidupan mereka setelah bersara.

Bagaimanapun perkiraan ini dijangka akan berubah, sekiranya rakyat Malaysia merancang untuk bersara dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun kelak. Mengikut bahagian strategi KWSP nilai simpanan bersara pada ketika itu dianggarkan memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta pada akaun simpanan untuk membantu rakyat menampung keperluan hidup.

Selepas Penyertaan Elon Musk, Twitter Kehilangan 80% Pekerja

Selepas Penyertaan Elon Musk, Twitter Kehilangan 80% Pekerja

Peralihan tampuk pimpinan Twitter kepada Elon Musk, kini telah memperlihatkan sekitar 80% pengurangan kakitangan di platform telah berlaku dan ketika ini dianggarkan Twitter sekadar memiliki seramai 1,300 pekerja sahaja.

Mengikut laporan, sebelum peralihan Twitter bernilai $44 billion itu berlaku, platform tersebut memiliki seramai 7,500 petugas – namun situasi semasa mulai berubah apabila Twitter laksana perubahan polisi dan pengurangan perbelanjaan kesan tekanan kos operasi. Tindakan kawalan perbelanjaan itu dapat diperlihat apabila Twitter mula menghentikan pembayaran sewa ruang pejabat mereka di San Francisco selama berminggu – sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan.

Setakat ini difahamkan Twitter masih memiliki seramai 1,400 pekerja yang tidak bertugas namun masih dibayar, selain itu hampir 75% daripada jumlah 1,300 dimaklumkan sedang bercuti termasuklah 40 jurutera platform.Manakala turut dilaporkan, Twitter memiliki kurang daripada 550 jurutera bersama kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa untuk operasi semasa.

7 Tips Untuk Kurangkan Hutang Komitmen Anda Secara Efektif

7 Tips Untuk Kurangkan Hutang Komitmen Anda Secara Efektif

Pernahkah anda berdepan situasi gaji masuk hujung bulan, kemudian miskin balik setelah bayar semua komitmen bulanan seperti sewa rumah, bil air, hutang pinjaman pendidikan PTPTN, bayaran balik kad kredit, hutang loan kereta dan sebagainya. Secara asasnya, komitmen bulanan yang tinggi dan tidak dikawal boleh menjadi beban kewangan kepada anda jika tidak dirancang dengan baik.

 

Komitmen Hutang Melebihi Pendapatan Bulanan, Cara Berkesan Minimumkan Komitmen Bulanan

Pinjaman peribadi dan hutang kad kredit merupakan antara hutang jahat yang perlu dielakkan. Kedua-dua kategori hutang ini tertakluk pada kadar faedah yang tinggi. Jika tidak dikawal, komitmen ini boleh menyebabkan anda terbeban dengan bayaran ansuran bulanan yang tinggi untuk tempoh yang lama.

Ramai golongan muda khususnya memilih untuk membuat pinjaman peribadi atau menggunakan kad kredit tanpa disiplin yang ketat. Ada yang gunakannya sebagai jalan mudah untuk berbelanja semasa melancong ke luar negara, renovate rumah atau beli-belah barangan mewah untuk kepuasan sendiri.

Akibatnya, mereka berbelanja melebihi kemampuan untuk bayar balik pinjaman, mencapai tahap maksimum hutang dan akhirnya terbeban dengan bayaran ansuran bulanan yang tinggi. Bagi anda yang sudah terjebak dengan hutang jahat, berikut tujuh cara yang boleh anda lakukan untuk kurangkan komitmen bulanan anda:

 

1. Lakukan Penilaian Situasi Kewangan

Nilai situasi kewangan semasa anda – penilaian ini secara tidak langsung memberi gambaran sebenar situasi kewangan anda. Senaraikan semua perbelanjaan atau komitmen bulanan anda termasuk hutang pinjaman pendidikan, kos sara hidup, sewa dan utiliti dan sebagainya. Daripada situ, anda boleh asingkan wang perbelanjaan untuk komitmen anda, dan sebarang lebihan wang yang ada boleh digunakan untuk membuat bayaran komitmen bulanan anda.

Dengan cara ini, anda dapat ketahui jumlah komitmen bulanan, jenis pinjaman dan jadual pembayaran balik pinjaman sedia ada dengan lebih baik. Maklumat-maklumat ini penting dalam membantu anda memikirkan alternatif terbaik untuk kurangkan komitmen bulanan.

 

2. Sediakan Pelan Kewangan, Kurangkan Komitmen Bulanan

Bagi mengurangkan komitmen bulanan, anda perlu asingkan pendapatan bulanan. Beri fokus pada mana-mana pinjaman kewangan yang memberi impak yang lebih besar. Dalam erti kata lain, beri tumpuan kepada pinjaman dengan kadar faedah dan tunggakan yang lebih tinggi. Selain itu, kurangkan penggunaan kad kredit untuk mengelakkan anda terjebak atau menambah hutang baharu. Perbelanjaan yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko bankrap atau muflis.

Sebagai contoh, jika anda guna kad kredit tanpa kawalan dan anda hanya bayar amaun minimum kad kredit setiap bulan – ia akan menjadi beban kewangan yang berat. Baki hutang atau komitmen bulanan anda akan bertambah disebabkan kadar faedah kad kredit yang dikenakan ke atas baki hutang biasanya lebih tinggi.

 

3. Berbincang dengan Pemberi Pinjaman

Anda juga boleh berbincang dengan pemberi pinjaman atau pihak bank untuk mencari penyelesaian terbaik dalam mengurangkan komitmen bulanan anda. Anda boleh mempertimbangkan penyatuan hutang atau menyusun semula jadual pembayaran bulanan (refinance pinjaman).

Jika perlu, anda boleh mendapatkan pinjaman peribadi daripada bank atau koperasi yang menawarkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman sedia ada anda. Cara ini dapat membantu menyelesaikan baki pinjaman kewangan kerana semua baki pinjaman akan disatukan ke dalam satu akaun dan komitmen bulanan anda akan dapat dikurangkan. Teknik ini yang juga dikenali sebagai overlap pinjaman peribadi membolehkan peminjam berunding dengan pemberi pinjaman untuk kurangkan beban kewangan setiap bulan.

 

4. Tentukan Keperluan dan Kehendak

Kenal pasti komitmen bulanan anda – tentukan yang mana satu keperluan atau kehendak. Secara asasnya, cara paling efisien untuk kurangkan komitmen bulanan adalah dengan meminimumkan perbelanjaan keperluan dan mengurangkan perbelanjaan kehendak. Langganan rancangan television berbayar atau sarapan di kedai kopi mahal mungkin perlu dikurangkan bagi mengukuhkan lagi situasi kewangan anda.

Sebagai contoh, jika anda peruntukkan sebahagian besar belanja anda untuk kopi setiap pagi, cuba kurangkan kepada sekurang-kurangnya empat kali sebulan. Selebihnya, buat sendiri kopi di rumah atau pejabat untuk lebih penjimatan.

 

5. Rendahkan Standard Gaya Hidup

Setiap sen yang anda belanjakan boleh beri kesan tidak langsung kepada keadaan kewangan anda. Lakukan langkah penjimatan dan kurangkan perbelanjaan-perbelanjaan tidak penting. Dengan cara ini, anda mungkin menyedari bahawa selama ini anda banyak berbelanja untuk perkara-perkara yang tidak penting.

Jika perbelanjaan tidak dikawal dengan baik, ia boleh menyebabkan anda terbeban dengan komitmen bulanan yang tinggi setiap bulan. Lebihan wang yang ada boleh disimpan ke dalam Tabung Haji, pelaburan risiko rendah atau deposit tetap. Apabila anda merendahkan standard gaya hidup anda dan mengamalkan cara hidup yang lebih berjimat cermat, ia secara tidak langsung membantu menambah baik aliran keluar masuk wang anda.

 

6. Sediakan Simpanan Kecemasan

Secara asasnya, anda perlu sediakan simpanan kecemasan yang secukupnya. Pakar kewangan berpendapat anda perlu sediakan dana untuk simpanan kecemasan sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hingga enam bulan gaji. Namun begitu, ia bergantung sepenuhnya pada kemampuan dan komitmen anda.

Sebagai contoh, jika komitmen bulanan anda adalah sebanyak RM5,000 sebulan, anda perlu miliki simpanan kecemasan sekurang-kurangnya RM15,000 hingga RM30,000. Selain itu, tetapkan bajet dan pastikan anda berdisiplin dengan bajet yang ditetapkan. Ambil kira setiap perbelanjaan dan kenal pasti mana-mana perkara yang perlu dijimatkan. Anda boleh menggunakan formula simpan duit gaji untuk membantu anda merancang kewangan dan komitmen bulanan dengan lebih baik.

 

7. Cari Sumber Pendapatan Lain

 

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan kerja-kerja sambilan sebagai sumber pendapatan tambahan bagi menampung komitmen bulanan anda. Dalam era teknologi yang semakin berkembang pesat, banyak aplikasi dan medium yang boleh dimanfaatkan bagi membantu anda buat duit secara online.

  • Menjadi Pekerja Bebas (Freelance)
    Anda boleh menawarkan kemahiran dan perkhidmatan secara online. Antara pekerjaan freelance yang biasa dilakukan seperti penulisan artikel, perkhidmatan terjemahan dan sebagainya.
  • Pemandu atau Penghantar Makanan e-Hailing
    Aplikasi popular seperti Grab atau FoodPanda membolehkan anda menggunakan kereta atau motor anda. Anda boleh menjadi pemandu sambilan atau penghantar makanan sambilan.
  • KMC Freelance Consultant: Jana Pendapatan dari Rumah
    Anda juga boleh jana pendapatan tambahan dari rumah dengan menyertai KMC Freelance Consultant. Anda hanya perlu iklankan produk loan kami dan nikmati komisyen 3 – 4 angka sebulan. Hubungi kami di SINI

Secara asasnya, kejayaan pelan pengurangan komitmen bulanan terletak sepenuhnya di tangan anda. Pelan tindakan yang dilakukan dengan berdisiplin semestinya akan membuahkan hasil dan secara tidak langsung membantu mengurangkan beban komitmen bulanan anda.

Maksud IPO Saham?Kaji Prospektus, Langkah Beli Saham IPO Malaysia

Maksud IPO Saham?Kaji Prospektus, Langkah Beli Saham IPO Malaysia

Tahukah Anda bahawa saham yang wujud dan sentiasa didagangkan oleh para pelabur pada platform dagangan saham adalah pasaran peringkat kedua? Dalam kes ini, jika syarikat di Malaysia ingin disenaraikan dalam Bursa Malaysia, ia perlu dilakukan melalui IPO (Initial Public Offering). Masih ramai yang tertanya-tanya, apa arti IPO di saham? Apa itu IPO di saham? Apa maksud saham IPO? Apa arti IPO dalam saham? Dan sebagainya. Okey, jangan risau kerana semua persoalan ini akan terjawab dalam artikel ini sepenuhnya.

 

Apa Maksud IPO Saham?

 

IPO (Initial Public Offering) atau dalam bahasa Melayu dipanggil TAA (Tawaran Awam Awal) adalah antara yang boleh dilakukan oleh syarikat untuk mendapatkan modal dengan menjual sebahagian saham mereka kepada orang ramai. Modal ini sudah tentu boleh digunakan untuk pelbagai perkara oleh syarikat, salah satunya adalah untuk memajukan lagi perniagaannya atau melunaskan hutang syarikat.

Setiap syarikat yang ingin menjalankan IPO dalam Bursa Malaysia sudah tentu perlu mendapat kelulusan daripada SC (Securities Commission Malaysia) atau suruhanjaya sekuriti sebelum IPO dijalankan. Selepas berjaya mendapat kelulusan, syarikat sudah tentu berkewajipan untuk mengeluarkan prospektus yang boleh menggambarkan syarikat dan pemiliknya, prestasi syarikat, bidang perniagaan, dan ramalan masa depan syarikat.

 

Kenapa Syarikat Melakukan IPO Saham?

 

Sebenarnya, jawapan kepada soalan ini telah dijelaskan sedikit di atas, tetapi tidak mengapa, kita akan membincangkannya dengan lebih lanjut. Sebab mengapa syarikat melakukan IPO adalah untuk mendapatkan dana yang besar. Anda perlu tahu syarikat yang ingin berdaftar dengan Bursa Malaysia sudah tentu ada tujuannya. Contohnya seperti mendapat keuntungan yang lebih, sama ada dengan menambah cawangan, modal kerja, aset, dan sebagainya.

Dalam kes ini, syarikat yang berbeza, tentu saja, juga berbeza dalam cara penggunaan dana. Selain itu, syarikat awam ini dianggap mempunyai reputasi yang baik. Dengan reputasi yang baik ini, sudah tentu ia akan dapat menarik lebih ramai pekerja yang mempunyai bakat dan kemahiran yang lebih baik. Menjalankan IPO juga kadangkala menjadi ukuran kejayaan bagi sesebuah syarikat. Syarikat yang berjaya berdaftar dengan Bursa Malaysia dianggap berjaya kerana perniagaan mereka laku di pasaran.

 

Cara Syarikat Menawarkan IPO

 

Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa biasanya setiap syarikat “berhad” yang ingin mendapatkan lebih banyak modal untuk memenuhi pelbagai jenis keperluan perniagaannya akan melakukan IPO. Anda perlu tahu bahawa terdapat 4 cara syarikat boleh melakukan IPO, iaitu seperti berikut:

  • Pink
  • Privat
  • MITI (Ministry of International Trade and Industry)
  • Bank

Pink ialah tawaran IPO yang dibuat oleh syarikat kepada pekerja syarikat yang menjalankan IPO. Biasanya jumlah ini ditentukan oleh rekening perkerjaan dan juga KPInya. Selain menggunakan kaedah ini, IPO juga boleh dijalankan melalui kaedah private placement iaitu menawarkan kepada syarikat sdn bhd, yayasan, koperasi, atau wealthy individuals.

Kaedah ini memerlukan pembeli saham IPO minimum 1 blok atau bersamaan dengan RM250,000 atau 1 juta unit bagi mendapatkan IPO tersebut. Bagi Anda yang mempunyai modal kecil, jangan risau kerana Anda masih boleh membeli saham IPO. Cara yang Anda boleh lakukan ialah melalui Miti (untuk bumiputera). Selain itu, Anda juga boleh melalui bank. Anda boleh membeli saham IPO mengikut kemampuan kewangan anda.

 

Apa Kelebihan Beli Saham IPO?

 

Anda perlu tahu bahawa kelebihan membeli saham IPO ialah Anda mempunyai kemungkinan untuk mendapat keuntungan yang lebih besar dalam bentuk capital gain. Ini kerana Anda boleh mendapatkan harga saham yang lebih rendah jika dibandingkan dengan harga saham yang telah masuk dalam Bursa Malaysia.

Kerana ia ditawarkan pada harga yang rendah, sudah tentu permintaan untuk saham ini lebih tinggi, jika permintaan tinggi, saham tersebut mempunyai peluang besar harga akan naik. Salah satu strategi yang boleh Anda lakukan semasa membeli saham IPO adalah dengan menjualnya pada hari pertama, kerana pada hari pertama saham IPO mempunyai peluang yang besar untuk naik. Namun, terdapat juga kemungkinan harga saham IPO akan terus meningkat dalam jangka masa panjang. Ini sudah tentu bergantung kepada kualiti syarikat yang mengeluarkan saham.

 

Status Syariah IPO

 

Anda perlu tahu setiap saham IPO atau saham terbitan awam yang baru disenaraikan dalam Bursa Malaysia belum lagi berstatus patuh syariah. Oleh itu, untuk mengetahui sama ada saham IPO itu patuh syariah atau tidak, Anda boleh melihat aktiviti yang dijalankan oleh syarikat melalui prospektus yang mereka kongsikan. Selain itu, Anda juga boleh mengetahui status syariah saham IPO melalui broker BIMB Securities Sdn Bhd. Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, Anda boleh berunding dengan remisier Anda untuk maklumat yang lebih lengkap.

 

Penting Mengkaji Prospektus Sebelum Membeli Saham IPO

 

Anda perlu ingat sebelum membuat keputusan untuk membeli sesuatu saham IPO, sudah tentu Anda perlu membuat kajian terlebih dahulu iaitu dengan membuat kajian fundamental. Ini kerana saham IPO adalah saham baharu dan belum mempunyai carta teknikal, jadi Anda akan merasa sukar untuk melakukan analisis teknikal.

Ya, memang Anda tiada panduan untuk mempelajari arah pergerakan harga saham untuk melakukan analisis teknikal. Oleh itu, Anda mempunyai alternatif iaitu dengan melakukan analisis fundamental berdasarkan maklumat yang Anda berjaya perolehi daripada prospektus.

 

Maklumat Perniagaan Apakah perniagaan syarikat?
Maklumat Kewangan Ambil kira prestasi kewangan syarikat yang lampau dan unjuran kewangan masa depan.
Pemegang Saham, Pengarah dan Pengurusan Siapakah mereka yang mengendalikan perniagaan?
Pertimbangan Risiko Adakah pelaburan yang dicadangkan selamat?

Dalam bahagian ini, syarikat akan menerangkan contoh jangkaan risiko yang mungkin dihadapi dalam perniagaan mereka.

 

Contoh Kajian Prospektus

Gambar di atas adalah contoh prospektus daripada syarikat Tri-Mode System (M) Berhad, yang dijadualkan untuk IPO pada 14 Mei 2018. Seperti yang Anda lihat dalam imej di atas, tarikh prospektus diterbitkan pada 18 April 2018, kira-kira sebulan sebelum penyenaraian dibuat. Untuk butiran lanjut, kami akan memberikan Anda contoh prospektus dalam bentuk PDF yang kami dapat daripada laman web rasmi Bursa Malaysia. Prospektus ini disediakan oleh Leform Berhad.

 

Market ACE
Principal Adviser MIDF Amanah Investment Bank Berhad
Listing Price RM0.23
Shariah Status SC (Yes)
PE Ratio 7.7
Sectors (PE) Steel (4.1) Metals (5.5) Industrial Products & Services (11.5)
Closing Date 11-Nov-2022
Balloting Date 15-Nov-2022
Listing Date 22-Nov-2022

 

Ramai orang di Malaysia yang masih pemula dalam pelaburan saham bertanyakan cara membeli saham IPO di pasaran saham. Anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa cara Anda boleh membeli saham IPO, iaitu seperti berikut:

1. Cara Mohon Saham IPO Melalui MITI
Cara pertama yang boleh anda lakukan ialah menggunakan MITI (Ministry of International Trade and Industry) untuk membeli saham IPO.

Anda boleh layari laman web rasmi MITI iaitu http://sahamonline.miti.gov.my/.

Bagi Anda seorang individu, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi supaya Anda boleh membeli saham melalui MITI iaitu:

 

Nombor Syarat Beli Saham di MITI (Individu)
1 Warganegara Malaysia.
2 Berstatus Bumiputera.
3 Berumur 18 tahun ke atas.
4 Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

 

Terdapat beberapa dokumen yang perlu Anda penuhi untuk dapat membeli saham IPO melalui MITI, iaitu seperti berikut:

 

Nombor Dokumen untuk Membeli Saham di MITI
1 Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara online.
2 Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS / Central Depository System) atas nama Anda sendiri.
3 Salinan penyata bank minimal 3 bulan terkini (transaksi dan baki) & disahkan oleh pegawai bank (nama dan nombor pegawai) beserta cop bank.
4 Salinan penyata buku ASB atau tabungan haji terkini dan disahkan oleh pegawai bank atau institusi berkaitan (nama dan nombor pegawai) beserta tarikh dan cop bank institusi berkaitan.
5 Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada).

 

Untuk maklumat lebih lanjut, Anda boleh melayari laman web rasmi MITI (https://sahamonline.miti.gov.my/site/faq).

2. Cara Mohon Saham IPO Melalui Maybank2u
Seperti yang diterangkan sebelum ini selain dapat membeli saham IPO melalui MITI, Anda juga boleh membeli saham IPO melalui bank, salah satunya ialah Maybank.

Bagi Anda seorang individu, terdapat beberapa syarat yang berlaku, iaitu sebagai berikut:

 

Nombor Syarat Membeli Saham IPO di Maybank2u (Individu)
1 Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang menetap di Malaysia.
2 Pengguna platform Maybank2u.com yang berdaftar dan mempunyai akaun simpanan atau semasa Maybank (individu atau akaun individu bersama).
3 Mempunyai akaun CDS (Central Depository System) yang berdaftar menggunakan nama sendiri.

 

 

Untuk dapat membeli saham IPO melalui platform Maybank2u.com, terdapat beberapa langkah yang perlu Anda lakukan iaitu seperti berikut:

  1. Login ke platform Maybank2u.com
  2. Pilih “Investment“
  3. Pilih “eShare“. Ini akan menunjukkan senarai saham IPO di Malaysia.
  4. Pilih saham IPO yang Anda mahu beli.
  5. Klik Apply.
  6. Baca terma dan syarat untuk membeli saham IPO. Anda diminta untuk membaca dan memahami prospektus sebelum meneruskan.
  7. Pilih “I Agree“, ini mempunyai matlamat untuk menerima terma dan syarat tersebut.
  8. Isi borang permohonan pembelian saham IPO.
  9. Sahkan butiran Anda.
  10. Hantar permohonan Anda.
  11. Cetak resit transaksi untuk permohonan Anda.
  12. Selesai

 

Pekerja Sekarang Sebanyak 1.5Billion Miliki Gaji Tidak Setara Dengan Tekanan Inflasi

Pekerja Sekarang Sebanyak 1.5Billion Miliki Gaji Tidak Setara Dengan Tekanan Inflasi

Tatkala nilai kekayaan kumpulan teratas secara puratanya meningkat sekitar $2.7 bilion sehari, didapati sekitar 1.7 bilion pekerja di seluruh dunia pula terpaksa berdepan tekanan inflasi lebihi paras gaji mereka. Menurut tinjauan Oxfam, badan amal antarabangsa pada pembentangan di World Economic Forum (WEF) minggu ini memperincikan angka pekerja yang terkesan dek lonjakan inflasi ini lebih tinggi daripada populasi India, iaitu lebih 1.4 bilion penduduk.

Melihat pada situasi ini, pemerhati ekonomi dunia mengusulkan bahawa tekanan cukai wajar dilaksanakan buat kumpulan orang kaya di dunia. Ketika ini didapati hanya 4 sen dalam setiap dolar hasil cukai yang dikenakan adalah daripada cukai kekayaan.

Oleh itu gagasan mengenakan cukai 5% bagi setiap jutawan dan bilionwan di dunia – dilihat dapat membantu dunia mengumpul $1.7 trilion setahun. Angka ini dilihat cukup untuk membebaskan seramai 2 bilion individu daripada kemiskinan, dan menyediakan kemudahan kesihatan yang lebih baik buat mereka.

Perolehan itu sekaligus dapat membantu lebih 820 juta individu yang didapati tergolong dalam kumpulan krisis kebuluran. Untuk makluman, usul ini secara berterusan disuarakan pada sidang WEF. Ia bertujuan menjaga kesejahteraan masyarakat dunia selepas pandemik COVID-19 dan memelihara status ekonomi semasa.

Pengguna Akaun CIMB KWIK Diarah Tuntut Baki Dalam Akaun

Pengguna Akaun CIMB KWIK Diarah Tuntut Baki Dalam Akaun

Susulan penamatan segmen akaun CIMB KWIK yang dimaklumkan sejak 30 November 2022, para pengguna yang tidak mengeluarkan baki sebelum akaun tersebut ditutup – diingatkan untuk menuntut baki akaun pada pihak perbankan.

Ini kerana sekiranya tuntutan baki ini dilaksanakan pada Januari 2030 dan ke atas, maka dana tersebut dimaklumkan akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut dan pengguna perlu menuntut baki tersebut di Jabatan Akaunan Negara Malaysia.

Menurut pihak CIMB, langkah penamatan akaun CIMB KWIK ini telah dijalankan secara berperingkat dan untuk mengetahui status baki yang ada – para pengguna boleh hubungi Unit Resolusi Pelanggan (CRU) CIMB melalui e-mel di cru@cimb.com.

Sekadar imbasan, CIMB KWIK telah mula diperkenalkan sejak September 2013, penerapannya bertujuan menggalakkan pengguna menggunakan perbankan internet secara aktif, di samping memudahkan transaksi penghantaran dan penerimaan wang pengguna. Dengan hanya menggunakan nombor telefon serta alamat emel, para pengguna boleh melaksanakan ciri tersebut tanpa perlu hadir ke cawangan fizikal.

Selain ciri itu, akaun ini turut membolehkan pengguna menambah-nilai prabayar, membayar bil serta memiliki kad prabayar sendiri.

Online
Hi! Boleh kami bantu?