Susulan penamatan segmen akaun CIMB KWIK yang dimaklumkan sejak 30 November 2022, para pengguna yang tidak mengeluarkan baki sebelum akaun tersebut ditutup – diingatkan untuk menuntut baki akaun pada pihak perbankan.
Ini kerana sekiranya tuntutan baki ini dilaksanakan pada Januari 2030 dan ke atas, maka dana tersebut dimaklumkan akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut dan pengguna perlu menuntut baki tersebut di Jabatan Akaunan Negara Malaysia.
Menurut pihak CIMB, langkah penamatan akaun CIMB KWIK ini telah dijalankan secara berperingkat dan untuk mengetahui status baki yang ada – para pengguna boleh hubungi Unit Resolusi Pelanggan (CRU) CIMB melalui e-mel di cru@cimb.com.
Sekadar imbasan, CIMB KWIK telah mula diperkenalkan sejak September 2013, penerapannya bertujuan menggalakkan pengguna menggunakan perbankan internet secara aktif, di samping memudahkan transaksi penghantaran dan penerimaan wang pengguna. Dengan hanya menggunakan nombor telefon serta alamat emel, para pengguna boleh melaksanakan ciri tersebut tanpa perlu hadir ke cawangan fizikal.
Selain ciri itu, akaun ini turut membolehkan pengguna menambah-nilai prabayar, membayar bil serta memiliki kad prabayar sendiri.
Recent Comments