Majoriti Rakyat Malaysia Bergantung Pada Gaji & Tidak Mampu Buat Simpanan

Majoriti Rakyat Malaysia Bergantung Pada Gaji & Tidak Mampu Buat Simpanan

Walaupun Malaysia kekal optimis dalam mengharungi liku ekonomi global disebabkan tekanan inflasi dan ketidaktentuan permintaan komoditi – ketika ini cerminan status tunai rakyat negara dilihat masih tidak seimbang, apabila didapati 67% akui tidak mampu bertahan bersama wang simpanan mereka tidak lebih dari 3 bulan. Sementara 55% pula membelanjakan sepenuhnya pendapatan mereka – malah adanya berbelanja lebihi pendapatan, ini menunjukkan tiada kapasiti simpanan dapat dilaksanakan.

Lebih membimbangkan data di bawah Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus 2023 (RMFLS2023) ini mendapati 71% responden hanya dapat menyimpan kurang daripada RM500 setiap bulan. Tinjauan ini sekaligus menjadikan ia antara dapatan yang kritikal sepanjang kajian dalam 6 tahun.

Sebagai perincian 75% responden wanita menyimpan kurang daripada RM500 sebulan, berbanding 66% lelaki. Dan didapati, 69% responden wanita pula berupaya bertahan kurang daripada tiga bulan dengan hanya simpanan mereka berbanding 64% lelaki. Ini secara langsung menjadikan lebih ramai pihak terdedah akan sebarang risiko sekiranya berlakunya situasi kecemasan seperti kehilangan pekerjaan mahupun keperluan tunai secara drastik.

Untuk lebih memahami, ini perincian lanjut berhubung dapatan RMFLS 2023 berhubung status kewangan rakyat Malaysia :

Tabiat & Trend Kewangan

 

  • 44% responden menyatakan bahawa keadaan kewangan mereka pada tahun 2023 adalah lebih baik daripada tahun 2022
  • 29% responden berasa bimbang tentang keadaan kewangan mereka
  • 71% responden menyimpan kurang daripada RM500 sebulan. Ini serupa dengan 2022 (70%) dan jauh lebih tinggi kepada 2019 (56%) sebagai perbandingan antara pra- dan pasca-pandemi
  • 67% responden mendakwa bahawa mereka boleh bertahan kurang daripada 3 bulan dengan simpanan sendiri tanpa mengubah gaya hidup mereka. Ini adalah peningkatan beransur-ansur daripada 2022
  • (63%) dan juga lebih tinggi dengan ketara kepada 2019 (53%) sebagai perbandingan antara sebelum dan selepas pandemik
  • 55% daripada responden membelanjakan tepat atau lebih daripada apa yang mereka perolehi setiap bulan. Angka ini tidak berubah daripada 2022 tetapi jauh lebih tinggi daripada 2019 (43%) sebagai perbandingan antara pra dan pasca pandemik
  • 94% responden menyatakan bahawa mereka sedang giat melakukan sesuatu untuk menangani keadaan kewangan mereka. 3 aktiviti yang paling popular ialah: Kurangkan perbelanjaan untuk aktiviti masa lapang (57%), Kurangkan makan di luar (56%), Mula menjejaki aliran perbelanjaan (55%)

 

Celik Kewangan Digital

 

  • 4% daripada responden menghadapi kemungkinan penipuan kewangan/cubaan penipuan
  • Media sosial menjadi medium pilihan untuk mempelajari dan menjalankan kajian tentang hal kewangan mendahului media tradisional
  • Media sosial juga merupakan medium yang paling dipercayai untuk maklumat dan penyelidikan kewangan, mengatasi media tradisional

 

Perbezaan Tabiat Kewangan Lelaki & Wanita

 

  • 75% responden wanita menyimpan kurang daripada RM500 sebulan, berbanding 66% responden lelaki
  • 69% responden wanita boleh bertahan kurang daripada 3 bulan dengan simpanan sendiri tanpa mengubah gaya hidup, berbanding 64% responden lelaki
  • 51% responden wanita telah memulakan perancangan kewangan untuk persaraan, berbanding 61% responden lelaki
  • 44% responden wanita telah mula melabur, berbanding 56% responden lelaki
  • 38% responden wanita tidak mengetahui apa itu skor kredit, berbanding 28% responden lelaki
  • 48% responden wanita menyatakan bahawa mereka tidak memiliki kad perubatan, berbanding 40% responden lelaki

 

Tabiat Kewangan Gen Z

 

  • 68% responden Gen Z menjimatkan kurang daripada RM500 sebulan, berbanding 70% responden Milenial
  • 68% responden Gen Z & Milenial boleh bertahan kurang dari 3 bulan dengan simpanan sendiri
  • 51% responden Gen Z membelanjakan tepat atau lebih daripada pendapatan mereka setiap bulan, berbanding 60% responden Milenial
  • 53% daripada responden Gen Z menyatakan bahawa keadaan kewangan mereka pada tahun 2023 adalah lebih baik daripada tahun lepas, berbanding 40% daripada responden Milenial
  • 33% responden Gen Z memiliki kad kredit (vs 37% responden Milenial & 43% responden Gen X). Walau bagaimanapun, hanya 45% daripada mereka biasanya membayar bil kad kredit mereka sepenuhnya setiap bulan (berbanding 53% & 52% responden Milenial dan Gen X masing-masing)
  • 48% responden Gen Z telah mula merancang kewangan untuk persaraan, berbanding 57% responden Milenial
MRTA, MRTT, MLTA & MLTT? Benda Kena Tahu Ketika Beli Rumah Pertama

MRTA, MRTT, MLTA & MLTT? Benda Kena Tahu Ketika Beli Rumah Pertama

Di Malaysia perkataan “MRTA, MRTT, MLTA, dan MLTT” sering kita dengar. Tetapi masih ramai orang yang tidak tahu maksud 4 perkataan ini. Anda perlu tahu bahawa empat perkataan ini adalah jenis perlindungan insurans nyawa yang sangat penting untuk pinjaman perumahan atau gadai janji Anda.

Empat produk tersebut direka untuk menampung beban kewangan pinjaman perumahan yang mungkin berlaku jika peminjam meninggal dunia dan/atau hilang upaya kekal. Ini bermakna jika sesuatu yang buruk berlaku kepada Anda, keadaan kewangan orang-orang yang Anda sayangi akan terjamin apabila mereka memerlukannya.

4 produk insurans ini adalah seperti jaringan keselamatan kewangan untuk pinjaman rumah anda. Tetapi apakah perbezaan antara MRTA, MRTT, MLTA dan MLTT? Mana satu lebih baik? Baiklah, kita akan membincangkannya sepenuhnya dalam artikel ini.

 

Apa Itu MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance)?

 

Mortgage Reducing Term Assurance atau yang biasa dipanggil MRTA adalah sejenis insurans pinjaman perumahan yang direka dengan jumlah perlindungan yang menyusut, mengikut tempoh pinjaman Anda. Oleh itu, apabila Anda membayar pinjaman perumahan Anda, nilai hutang yang belum dibayar (tertunggak) akan berkurangan.

MRTA ini direka supaya jumlah yang perlu akan dibayar pada masa tuntutan adalah mencukupi dengan jumlah nilai pinjaman tertunggak pada masa itu. Jadi, adalah sangat penting untuk Anda dapat memastikan apabila Anda mengambil MRTA, Anda telah memasukkan tempoh dan juga nilai pinjaman perumahan dengan betul.

Jika jumlah yang diinsuranskan dalam MRTA ini lebih rendah daripada pinjaman perumahan Anda semasa membuat tuntutan, mungkin terdapat perbezaan antara nilai pinjaman dan bayaran MRTA. Begitu juga jika Anda menginsuranskan lebih daripada nilai pinjaman perumahan. Anda perlu tahu bahawa hanya jumlah yang terhutang akan dibayar kepada pemberi pinjaman, tanpa sebarang keuntungan tambahan.

 

Adakah MRTA Wajib atau Tidak?

Di Malaysia MRTA ini tidak wajib, tetapi mungkin diperlukan dalam terma dan syarat setiap penyedia pinjaman perumahan. Ini sudah tentu mempunyai tujuan, walaupun Anda tidak memerlukan perlindungan ini secara sah, institusi kewangan mungkin memberitahu Anda apa yang Anda perlu ambil untuk melindungi nilai pinjaman.

 

Berapa Kos Mortgage Reducing Term Assurance?

Pada asasnya kos Mortgage Reducing Term Assurance ini bergantung kepada beberapa faktor. Contohnya, seperti umur Anda, nilai pinjaman perumahan yang Anda ambil, dan tempoh pembayaran balik. Perlindungan dibayar sekali gus pada permulaan tempoh polisi. Anda perlu ingat bahawa biasanya masalah insurans tidak dapat dipisahkan daripada istilah (penilaian risiko). Apabila umur Anda semakin meningkat, risiko Anda juga akan semakin meningkat.

Dalam kes ini, semakin tinggi nilai pinjaman perumahan yang Anda ambil, semakin lebih tinggi pula risiko kewangan yang ada. Jika Anda tidak pasti sama ada polisi yang ditawarkan berbaloi atau tidak, pilihan terbaik ialah membandingkan beberapa produk dari institusi insurans yang berbeza. Jika Anda masih berasa ragu dan keliru, Anda boleh berunding dengan pakar kewangan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.

 

Adakah MRTA Boleh Dipulangkan Balik?

Jawapannya adalah tidak. Jika berlaku tuntutan, sudah tentu wang tersebut akan dibayar secara langsung kepada institusi kewangan, seperti bank. Ini bermakna MRTA ini akan memenuhi jumlah nilai pinjaman perumahan yang Anda miliki, tanpa memulangkan wang atau memberikan faedah lain kepada pihak ketiga. Pada asasnya MRTA ini adalah produk insurans atau perlindungan yang direka untuk membayar pinjaman perumahan dan itu sahaja yang akan dilakukan.

 

Apa Itu MLTA (Mortgage Level Term Assurance)?

 

Mortgage Level Term Assurance atau yang biasanya dirujuk sebagai MLTA ialah sejenis insurans pinjaman perumahan di mana jumlah diinsuranskan kekal sepanjang tempoh pelan. Ini bermakna MLTA akan membayar jumlah yang sama pada tahun ke-5, seperti yang berlaku pada tahun ke-15.

Dalam kes ini, MLTA akan memberikan nilai kewangan atau manfaat yang jelas sepanjang tempoh polisi.Persoalannya tetapi ini bukan seperti MRTA, Jika ada lebihan bayaran, MRTA akan dibayar kepada benefisiari?

Okay, saya akan terangkan menggunakan contoh supaya Anda boleh faham dengan mudah. Sebagai contoh, jika Anda mempunyai pelan perlindungan MLTA berharga RM500,000, dan jumlah pinjaman perumahan tertunggak berjumlah RM300,000.

Tuntutan yang berjaya akan membayar RM300,000 kepada institusi kewangan yang memberi pinjaman perumahan untuk menampung pinjaman tertunggak. Dan jumlah selebihnya, iaitu RM200,000, akan dibayar kepada benefisiari polisi tersebut. Sangat menguntungkan kan?

 

Adakah MLTA Wajib atau Tidak?

Sama seperti MRTA, di Malaysia MLTA tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, institusi kewangan pinjaman perumahan boleh menjadikannya sebagai syarat untuk menerima permohonan pinjaman. Ini bermakna, walaupun MLTA ini tidak diwajibkan oleh peraturan kerajaan, Anda mungkin akan sukar mendapatkan pinjaman perumahan yang tidak mempunyai kriteria perlindungan insurans hayat.

 

Berapa Kos Mortgage Level Term Assurance?

Sama seperti MRTA, kos MLTA dinilai atau ditentukan berdasarkan beberapa faktor. Contohnya, seperti umur Anda, jumlah diinsuranskan dan juga tempoh polisi yang Anda pilih. Bayaran premium MLTA dibuat secara ansuran sepanjang tempoh polisi.

Anda perlu tahu bahawa kerana jumlah diinsuranskan dalam MLTA tidak berkurangan dari masa ke semasa, risiko kewangan untuk pemberi pinjaman adalah lebih besar daripada MRTA. Ini bermakna premium MLTA (dengan jumlah diinsuranskan yang sama) berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada MRTA. Okay, untuk kejelasan saya akan berikan contoh mudah yang menggambarkan perbandingan antara MRTA dan MLTA.

  • Umur = 28 tahun
  • Nilai pinjaman perumahan = RM450,000
  • Faedah = 6%
  • Tempoh Insurans = 30 tahun

 

MLTA MRTA
Jumlah Pinjaman RM450,000 RM450,000
Tempoh Pembayaran 30 Tahun 30 Tahun
Faedah 6% 6%
Kos Keseluruhan RM122,445.00 RM11,695.00

 

Adakah MLTA Boleh Dipulangkan Balik?

Jawapannya ialah sebarang jumlah insurans tambahan, jika melebihi nilai pinjaman perumahan, akan dibayar kepada benefisiari saat tuntutan (claim). Ini bermakna, jika pinjaman perumahan Anda adalah RM300,000 dan jumlah diinsuranskan dalam MLTA ialah RM500,000, benefisiari Anda akan menerima RM200,000 manakala RM300,000 diberikan kepada pemberi pinjaman.

Oleh itu, jenis insurans MLTA ini dapat membantu meringankan beban dan juga memberi sokongan kewangan tambahan. Ini sekiranya individu atau orang yang diinsuranskan meninggal dunia atau mengalami hilang upaya kekal.

 

Apa ITU MRTT (Mortgage Reduction Term Takaful)?

 

Mortgage Reduction Term Takaful atau yang biasanya dirujuk sebagai MRTT adalah sejenis produk insurans hayat jangka pendek yang mengikut prinsip Takaful kewangan Islam atau patus syariah. Pada asasnya, MRTT ini adalah insurans untuk menampung kos pinjaman perumahan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti kematian atau hilang upaya kekal.

Sama seperti jenis insurans MRTA, nilai yang dilindungi oleh jenis insurans MRTT ini juga direka bentuk untuk menyusut mengikut jumlah nilai baki pinjaman perumahan Anda yang akan berkurangan. Ini kerana jumlah baki pinjaman perumahan akan berkurangan secara beransur-ansur, dan MRTT yang telah disusun dengan baik juga akan berkurangan mengikut jumlah pinjaman sedia ada.

Tapi Anda perlu ingat bahawa anda perlu pastikan tempoh masa dan juga nilai untuk diinsuranskan. Anda mesti menulis dengan betul pada permulaan permohonan insurans ini. Jika Anda telah menulis dengan betul, Anda tidak perlu risau kerana sudah pasti baki pinjaman tertunggak dan juga nilai yang diinsuranskan akan mengikut dengan tempoh polisi.

 

Adakah MRTT Wajib atau Tidak?

Sama seperti jenis insurans lain, MRTT tidak wajib di Malaysia. Tetapi sesetengah pinjaman perumahan memerlukan Anda mempunyai insurans hayat untuk melindungi jumlah pinjaman perumahan.

Berapa Kos Mortgage Reduction Term Takaful?

MRTT tidak menentukan kos yang tepat. Kos polisi sudah tentu berdasarkan risiko. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk menentukan jumlah kos ini. Contohnya seperti jumlah pinjaman yang dilindungi, tempoh perlindungan, umur Anda yang mengambil pinjaman perumahan dan sebagainya.

Dalam kes ini, Anda harus berbincang dengan profesional kewangan, terutamanya pakar dalam insurans jika Anda tidak boleh memilih insurans yang sesuai untuk Anda. Anda perlu tahu bahawa, pada masa ini MRTT adalah produk insurans yang lebih murah jika dibandingkan dengan polisi berjangka lain yang serupa.

Adakah MRTT Boleh Dipulangkan Balik?

Pembayaran tuntutan yang berjaya ke atas polisi MRTT ini dibuat terus ke institusi kewangan yang menyediakan pinjaman perumahan. Anda perlu tahu bahawa tiada wang tambahan yang dibayar kepada waris Anda. Ini bermakna, jika pinjaman perumahan tertunggak sebesar RM100,000 dan jumlah cagaran MRTT Anda ialah RM110,000 apabila tuntutan dibayar, hanya RM100,000 yang boleh dikeluarkan. Jumlah RM100,000 akan dihantar terus kepada institusi kewangan yang menyediakan pinjaman perumahan. Ini bermakna Anda telah membayar nilai perlindungan yang lebih tinggi.

 

Apa Maksud MLTT (Mortgage Level Term Takaful)?

 

Mortgage Level Term Takaful atau biasa dirujuk sebagai MLTT ialah produk insurans hayat yang direka untuk menyediakan sokongan kewangan, sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal. Jumlah keseluruhan yang diinsuranskan dalam perlindungan yang ditawarkan oleh MLTT adalah kekal dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman.

Anda perlu tahu bahawa MLTT ini adalah produk insurans atau kewangan Islamik yang memastikan jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah kekal sama, sepanjang pelan. Sudah tentu ini mengekalkan nilai pembayaran terjamin, bermakna jumlah diinsuranskan yang perlu dibayar pada masa tuntutan adalah sama dari tahun 1 hingga tahun terakhir perlindungan.

 

Adakah MLTT Wajib atau Tidak?

Jawapannya tidak wajib. Tetapi sesetengah institusi kewangan mungkin memerlukan Anda mempunyai insurans hayat untuk melindungi pinjaman perumahan Anda, sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Berapa Kos Mortgage Level Term Takaful?

Jika kita membandingkan MRTT vs MLTT, jaminan tempoh nilai kekal sudah tentu lebih mahal daripada perlindungan, di mana jumlah yang dibayar akan berkurangan dari masa ke semasa. Ini kerana risiko kewangan bagi institusi kewangan yang memberi pinjaman adalah lebih besar untuk perlindungan yang akan membayar jumlah yang sama pada bila-bila masa.

Sudah tentu ini berbeza jika dibandingkan dengan jumlah yang mana jumlah yang dijamin akan berkurangan dari masa ke semasa. Anda perlu tahu bahawa kos MLTT adalah berdasarkan beberapa faktor seperti umur Anda, tempoh perlindungan dan jumlah keseluruhan pinjaman yang dilindungi. Oleh itu, kalau Anda semakin berusia, semakin lama pula tempoh perlindungan, atau semakin tinggi nilai perlindungan, semakin tinggi pula kosnya.

Adakah MLTT Boleh Dipulangkan?

Anda perlu tahu bahawa insurans takaful MLTT ini akan membayar jumlah tambahan yang diinsuranskan terus kepada pemilik polisi atau benefisiari jika tuntutan dibuat. Sebagai contoh, jika Anda mempunyai pinjaman perumahan RM200,000, dengan insurans Anda ialah RM300,000.

RM200,000 akan dibayar kepada institusi kewangan pinjaman perumahan dan RM100,000 akan dibayar kepada benefisiari. Jika kita membuat perbandingan antara MLTT vs MRTT, perlindungan dengan nilai kekal sudah tentu akan membayar dana tambahan kepada individu tersebut. Manakala, jenis takaful jangka pendek hanya akan membayar jumlah keseluruhan pinjaman perumahan yang belum dijelaskan, dan akan dibayar terus kepada institusi kewangan yang berkenaan.

 

MRTT vs MRTA atau MLTT vs MLTA

 

Pada asasnya MRTT dan MRTA adalah dua produk insurans yang akan membantu Anda untuk menampung bayaran semula pinjaman perumahan Anda dengan institusi kewangan jika Anda berada dalam situasi yang sukar.Kedua-dua produk insurans ini menawarkan jumlah perlindungan gadai janji yang dikurangkan sepanjang Anda membayar pinjaman kepada bank (institusi kewangan).

Jadi apakah perbezaan antara MRTT dan MRTA? Cara paling mudah untuk membezakan antara MRTT dan MRTA ialah: MRTT ialah versi takaful MRTA yang merangkumi pengurangan jumlah pinjaman perumahan selama tempoh perlindungan.

Perbezaan utama dan satu-satunya antara MRTT dan MRTA ialah MRTT berfungsi berdasarkan prinsip kewangan Islamik (mengelakkan riba atau transaksi berasaskan faedah).Anda juga perlu ingat bahawa dinamik konsep (Islam vs bukan Islam) juga berlaku untuk MLTT vs MLTA.MLTT ialah versi takaful atau yang menggunakan prinsip Islamik atau patuh syariah untuk jenis perlindungan serupa yang ditawarkan oleh MLTA.

 

Perbezaan Antara MRTA, MLTA, MRTT, dan MLTT

Berikut ialah beza antara MLTT (Mortgage Level Term Takaful), MRTT (Mortgage Reduction Term Takaful), MLTA (Mortgage Level Term Assurance) dan MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance):

 

MLTT MRTT MLTA MRTA
Perlindungan Kematian dan hilang upaya kekal Kematian dan hilang upaya kekal Kematian dan hilang upaya kekal Kematian dan hilang upaya kekal
Jumlah Perlindungan Kekal sepanjang tempoh pelan Menurun mengikut tempoh pelan Kekal sepanjang tempoh pelan Menurun mengikut tempoh pelan
Pembayaran Polisi Bayaran bulanan sepanjang tempoh pelan Pembayaran sekali gus di awal pelan Bayaran bulanan sepanjang tempoh pelan Pembayaran sekali gus di awal pelan
Pembayaran Kepada Bank, sehingga nilai tertunggak pinjaman perumahan
+Bayaran tambahan kepada benefisiari
Bank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan Bank, sehingga nilai tertunggak pinjaman perumahan
+Bayaran tambahan kepada benefisiari
Bank atau institusi kewangan yang memberikan pinjaman perumahan
Kos Kos jangka panjang yang lebih tinggi disebabkan jumlah perlindungan yang tetap, dibayar secara ansuran. Pembayaran sekaligus yang boleh dimasukkan dalam jumlah pinjaman perumahan. Mencerminkan penurunan nilai pembayaran. Kos jangka panjang yang lebih tinggi disebabkan jumlah perlindungan yang tetap, dibayar secara ansuran. Pembayaran sekaligus dan boleh boleh dibayar menggunakan pinjaman perumahan. Mencerminkan penurunan nilai pembayaran.
Prinsip Perbankan Islam Ya Ya Tidak Tidak
Bank Digital Sudah Ada Di Malaysia, Aplikasi Rize – Dikuasakan Bank Al-Rajhi

Bank Digital Sudah Ada Di Malaysia, Aplikasi Rize – Dikuasakan Bank Al-Rajhi

Pada 17 Februari 2023 lalu, Rize secara rasmi telah dilancarkan sebagai sebuah bank digital yang dikuasakan oleh Bank Al-Rajhi Malaysia. Pada intinya, Rize adalah bank digital yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada pengalaman perbankan yang dibayangkan semula dengan teknologi terbaik. Semua keperluan perbankan Rize akan tersedia dalam aplikasi telefon pintar tanpa perlu pergi ke cawangan bank fizikal lagi.

 

Antara kelebihan utama Rize:

 

Personal Financing-i

 

 

Menawarkan pilihan pembiayaan peribadi yang berpatutan kepada pelanggan dan boleh disesuaikan untuk setiap tujuan hidup mereka. Personal Financing-i oleh Rize adalah produk pembiayaan digital tanpa kertas yang bebas masalah, memerlukan dokumen minimum dan tiada yuran pemprosesan. Pemohon hanya perlu mengambil empat langkah dan 15 minit untuk dapatkan wang pembiayaan dalam akaun mereka! Fuh!

 

Savings Pot

 

Rize telah memperkenalkan ciri eksklusif di Malaysia yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan atau pemain fintech lain. Savings Pot adalah tabung simpanan bank digital Malaysia yang tunggal dengan kadar keuntungan (profit rate), membolehkan pelanggan mendapatkan keuntungan sambil menyimpan duit. Semakin banyak mereka simpan, semakin banyak keuntungan yang akan mereka peroleh.

Ciri Savings Pot Rize juga membenarkan sumbangan daripada orang lain ke dalam tabung tersebut. Ini bermaksud seorang pelanggan Rize boleh mengajak keluarga dan sahabat untuk bersama menyumbang ke dalam tabung tersebut bagi mencapai matlamat tabung simpanan dengan lebih cepat. Sekarang jom kita tengok tutorial untuk membuka akaun bank digital secara online menggunakan aplikasi Rize ini.

Pertama sekali, kita kena muat turun aplikasi Rize MY di Google Play Store atau Apple App StorePercuma je.

 

 

Tutorial Pembukaan Akaun:

 

Langkah 1: Klik ‘Sign up now’

Langkah 2: Setelah siap baca semua dokumen penerangan, tanda dan klik ‘Confirm’

Langkah 3: Baca syarat kelayakan seterusnya, tanda dan klik yang berkenaan

Langkah 4: Masukkan nama pendek yang diingini untuk kegunaan dalam aplikasi

Langkah 5: Masukkan nombor telefon

Langkah 6: Masukkan ‘password’ yang akan dihantar pada nombor telefon tadi. Kemudian klik ‘Next’

Langkah 7: Klik ‘Let’s continue’ untuk meneruskan proses

Langkah 8: Sahkan identiti anda

Sila ambil gambar bahagian depan dan belakang MyKad dalam keadaan cahaya terbaik dan tanpa silau. Kemudian anda akan dikehendaki untuk mengambil ‘selfie’ menggunakan kamera dalam aplikasi.

Langkah 9: Teruskan dan klik Let’s continue’

Langkah 10: Isi maklumat pekerjaan anda

Langkah 11: Jawab soalan yang dipaparkan, kemudian klik ‘Confirm’

Langkah 12: Semak maklumat yang telah diisi tadi, kemudian klik ‘Submit’

Langkah 13: Klik ‘Create my account’

Langkah 14: Masukkan password yang diingini

Pastikan password tersebut menepati syarat-syarat tertera

Langkah 15: Akaun anda telah siap dibuka! Cuma perlu masukkan minimum RM20 bagi mendapatkan akses penuh kepada bank digital Rize

Jika tiada apa-apa isu, akaun anda telah siap dibuka!

Langkah 16: Masukkan duit

Langkah 17: Log masuk ke bank sendiri seperti biasa dan pilih pemindahan duit melalui DuitNow

Langkah 18: Tahniah! Apabila pemindahan duit berjaya, anda dah boleh gunakan bank digital sekarang

 

Nak Dapatkan Kad Bank Rize?

Kalau anda berminat nak dapatkan kad fizikal Rize pun mudah juga. Rize menyediakan kad VISA Rize Debit. Boleh simpan kad debit ini nanti, mana tahu bila smartphone habis bateri, boleh bayar guna kad kan!

Boleh Semak Baki Akaun ASNB – Touch N Go Ewallet

Boleh Semak Baki Akaun ASNB – Touch N Go Ewallet

Penambahan ciri akaun ASNB, Amanah Saham Nasional Berhad pada segmen GoInvest dalam Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini dilihat akan memudahkan lagi para pengguna untuk menyemak dan meningkatkan pelaburan mereka. Bagaimanapun, berdasarkan akses itu – ia dilihat tersedia untuk pengguna yang telah memiliki akaun ASNB sahaja. Ini bermakna akses untuk mendaftar akaun ASNB masih tidak tersedia buat pengguna baharu.

 

Pada integrasi di aplikasi TNG eWallet ini, pengguna boleh pergi pada bahagian GoInvest dan klik ASNB > klik Mulakan Sekarang, dengan memaut akaun ASNB anda > seterusnya pengguna dapat melihat secara menyeluruh akan jumlah pelaburan yang tersedia pada aplikasi.

 

Menerusi akses ini juga, TNG eWallet secara langsung turut menggalakkan pengguna laksana pelaburan baharu pada tawaran pelaburan ASNB. Akses itu turut tersedia buat semua pengguna untuk meningkatkan kuasa pelaburan mereka.

 

Ini senarai akses yang tersedia buat pengguna ASNB pada aplikasi TNG eWallet:

  • Jumlah Pelaburan
  • Senarai unit amanah ASNB bersama jumlah pelaburan (Unit Amanah Harga Tetap dan Unit Amanah Harga Berubah (akses ini turut tersedia bagi i Akaun Remaja/Bijak)
  • 5 Transaksi Terakhir bagi setiap unit amanah
  • Melabur dalam Unit Amanah baru bagi akaun sendri atau Remaja/Bijak
  • Melabur dalam Unit Amanah sedia ada bagi akaun sendiri atau Remaja/Bijak

 

Namun untuk ciri pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB ini dimaklumkan ia tidak tersedia dalam TNG eWallet. Para pengguna masih perlu kunjungi ASNB atau ejen untuk laksana pengeluaran atau gunakan aplikasi myASNB untuk miliki akses pengeluaran sehingga RM2,000 tersebut.

Ada 4 Langkah Mudah Untuk Buat Bank Draft

Ada 4 Langkah Mudah Untuk Buat Bank Draft

Anda mungkin pernah mendengar tentang draf bank atau juga dikenali sebagai bank draft. Apa itu bank draft?

Draf bank adalah alat yang mudah dan selamat untuk melakukan pembayaran besar tanpa perlu membawa banyak wang tunai. Kegunaannya adalah untuk memudahkan pembayaran yang besar. Contohnya, membayar deposit untuk rumah lelong, kereta lelong, atau untuk permohonan IPO dalam pelaburan saham.

Menggunakan draf bank untuk hantaran kahwin juga lebih selamat daripada menggunakan wang tunai. Draf bank ini boleh diletakkan di dalam bingkai dan ditempatkan di atas dulang hantaran. Untuk pengetahuan anda, draf bank dijamin oleh institusi kewangan. Ia boleh digunakan oleh pelbagai pihak untuk membuat pembayaran kepada pihak ketiga.

Ia seakan-akan bank menulis cek bagi pihak kita. Jadi, tidak ada masalah cek tersebut ditolak atau ‘bounce’, kerana wang yang disebut dalam draf bank tersebut memang ada. Mari kita kongsi cara buat bank draft terkini dan kegunaannya yang ramai orang tidak mengetahuinya.

 

1. Pergi Ke Kaunter Bank Terdekat

 

Langkah pertama dalam membuat draf bank adalah pergi ke cawangan dan kaunter bank yang berdekatan dengan jenis bank yang anda pilih. Misalnya, jika anda adalah pemilik akaun Maybank, anda perlu pergi ke kaunter Maybank. Setibanya di kaunter, beritahu penjaga kaunter bahawa anda ingin membuat draf bank. Mereka akan memberikan anda borang draf bank.

 

2. Isi Semua Butiran dalam Borang Permohonan Bank Draft

 

Setelah mendapatkan borang draf bank, teruskan dengan mengisinya. Isikan maklumat penerima yang diminta dalam borang tersebut. Biasanya, anda perlu mengisi nama penuh penerima, alamat rumah penerima, nombor kad pengenalan penerima, nombor telefon penerima, dan pekerjaan penerima. Isi borang berkaitan untuk membuat bank draft.

Isikan semua butiran yang diminta seperti nama penuh penerima/nama syarikat, serta maklumat lain seperti nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, dan lain-lain. Setelah selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang bank draft, langkah seterusnya adalah mengambil nombor giliran. Ia sangat mudah kan?

3. Dapatkan atau Ambil Nombor Giliran

 

Setelah selesai mengisi borang permohonan draf bank, anda perlu mengambil nombor giliran dan menunggu giliran anda dipanggil. Prosesnya sangat mudah, sama seperti urusan di bank lain.

 

4. Isi Borang Pengeluaran

 

Kemudian, apabila tiba giliran anda, anda akan diminta untuk mengisi borang pengeluaran. Pastikan anda menyatakan jumlah pengeluaran yang sebenar yang ingin dilakukan. Setelah semua selesai, draf bank anda telah berjaya dibuat.

 

Fungsi Atau Kegunaan Bank Draft

 

 

Dalam banyak keadaan, draf bank boleh digunakan untuk membuat pembayaran dalam pelbagai mata wang. Fungsinya mirip dengan wang tunai dan kebanyakan institusi kewangan tidak menetapkan tarikh luput bagi draf bank.

Namun, ada beberapa institusi kewangan yang mungkin tidak menerima draf bank yang telah berusia beberapa bulan. Oleh itu, pastikan anda memeriksa perkara ini terlebih dahulu sebelum menggunakan draf bank tersebut. Selain itu, draf bank juga dikenali sebagai cek bank atau cek perbankan.

Secara keseluruhannya, draf bank sangat berguna untuk melakukan pelbagai transaksi dan tidak terdapat had jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan. Walaupun membatalkan draf bank adalah sukar, jika penerima belum menebus draf bank untuk pembayaran, ia masih boleh dibatalkan oleh pihak bank. ika draf bank mengalami kerosakan atau menghadapi kejadian yang tidak diingini sebelum dihantar kepada penerima, ia juga masih boleh dibatalkan.

ASB VS Unit Amanah/Unit Trust

ASB VS Unit Amanah/Unit Trust

Unit trust vs ASB yang mana terbaik? Soalan ini selalu ditanya oleh ramai orang terutama bagi mereka yang masih pemula dalam dunia pelaburan. Mempunyai wang tambahan sudah tentu tidak akan menambah apa-apa hasil jika Anda hanya menyimpannya di bank sebagai simpanan. Anda perlu tahu bahawa menyimpan wang di bank sebagai simpanan, wang Anda tidak akan meningkat dan akan kalah dengan kadar inflasi dan caj pentadbiran.

“Jangan biarkan Anda bekerja untuk wang, tetapi biarkan wang yang Anda ada bekerja untuk Anda”, inilah kata-kata Robert T Kiyosaki dalam bukunya yang bertajuk “Rich Dad, Poor Dad”.

Kata yang disampaikan oleh Robert T Kiyosaki ini mengajak kita untuk menambah ilmu dalam pengurusan kewangan agar kita tidak perlu lagi bersusah payah mencari duit suatu hari nanti. Okay, dalam artikel kali ini kami akan menerangkan secara lengkap perbezaan 2 pelaburan di Malaysia iaitu ASB dan unit trust. Jom semak artikel ini!

ASB atau unit trust, yang mana lebih baik? Soalan ini sememangnya menjadi persoalan yang sering kita dengar oleh ramai pihak yang masih keliru memilih produk pelaburan yang sesuai untuk mereka. ASB dan unit trust sememangnya produk pelaburan terbaik untuk mereka yang sudah faham kedua-duanya dan paling penting mengikut keadaan kewangan Anda. Setiap produk pelaburan tentunya mempunyai ciri-ciri tersendiri.

 

Pelaburan ASB (Amanah Saham Bumiputera)

Anda perlu tahu Amanah Saham Bumiputera atau lebih dikenali sebagai ASB merupakan satu simpanan alternatif yang dilancarkan pada 2 Januari 1990 oleh ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad). ASB ini khas kepada semua warga yang berstatus bumiputera Malaysia. Simpanan alternatif ASB ini mempunyai matlamat untuk menjana pulangan tempoh masa yang panjang dan berterusan secara konsisten.

ASB ialah Unit Amanah Tetap.

Maknanya Anda beli hari ni RM1 satu unit, jual pada tahun 2030 pun harga tetap sama. Tak berubah dan boleh dapat serta merta jika jual unit. Selain mempunyai harga tetap, ASB juga ditawarkan tanpa sebarang caj kos jualan atau yuran penebusan unit ASB.

Walau bagaimanapun, pelaburan dalam ASB ni mempunyai had jumlah pelaburan maksimum sebanyak RM200,000 dan had ini tidak terpakai sekiranya pendapatan dividen pelaburan melebihi had pelaburan. ASB mempunyai 2 bentuk pelaburan iaitu dalam bentuk buku pelaburan dan juga dalam bentuk sijil. Minimum penambahan buku ialah 1 unit. Sijil adalah gandaan 1,000 unit.

Anda perlu tahu bahawa ASB simpanan biasa dan ASB financing / ASB loan adalah 2 perkara yang sangat berbeza. ASB simpanan, Anda akan masukkan wang yang Anda inginkan. Tak perlu bayar bulanan. Pembiayaan ASB ialah Anda menggunakan bantuan daripada institusi kewangan bank untuk boleh melabur dalam ASB. Walau bagaimanapun, dalam kes ini Anda mesti membayar ansuran setiap bulan. Jika tidak sijil akan dijual.

 

Pelaburan Unit Trust (Unit Amanah)

Pada asasnya unit trust atau unit amanah adalah pelaburan yang mengumpul dana daripada banyak pelabur yang kemudiannya akan diuruskan oleh fund manager profesional (pengurus dana profesional). Unit trust ini adalah produk pelaburan yang ditawarkan atau ditubuhkan oleh UTMC (Unit Trust Management Company) atau Syarikat Pengurus Unit Amanah. Dalam kes ini, wang pelabur akan dilaburkan dalam pelbagai aset-aset lain atau portofolio ekuiti.

Anda sebagai pelabur juga perlu membayar caj pengurusan dana kepada pengurus dana. Caj pengurusan dan jualan adalah kos yang dikenakan dalam pelaburan unit trust ini. Biasanya, caj pengurusan adalah sekitar 1.5% setiap tahun dan caj jualan adalah antara 5-6%.

Unit trust adalah produk pelaburan yang sangat sesuai untuk Anda yang tidak mahu bersusah payah dengan aktiviti analisis produk pelaburan dan untuk Anda yang masih pemula dalam dunia pelaburan. Ini kerana wang yang Anda laburkan akan diuruskan oleh orang profesional dan rasmi di Malaysia. Pada masa ini terdapat 41 UTMC berdaftar secara rasmi di Malaysia.

 

Persamaan ASB dan Unit Trust (Unit Amanah)

Persamaan antara ASB dan unit trust ialah ASB sebenarnya unit trust juga, seperti yang dijelaskan sebelum ini. Rasanya tak ramai orang yang tahu tentang perkara ini. Bagaimana konsepnya?

Pada asasnya konsep kedua-dua instrumen pelaburan ini sangat simple, letak wang Anda dan wang Anda akan dilaburkan dalam beberapa instrumen pelaburan dalam pasaran modal atau pasaran kewangan seperti saham. Dan Anda hanya perlu menunggu untuk mendapat pulangannya nanti. Anda tidak perlu bersusah payah membuat analisis atau melihat graf atau sebagainya. Bagi Anda yang masih pemula dalam dunia pelaburan, kedua-dua instrumen pelaburan ini sangat sesuai. Ini kerana risiko yang Anda ambil tidak terlalu besar.

 

Perbezaan ASB dan Unit Trust

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konsep unit trust pada asasnya adalah sama dengan ASB, cumanya ASB mendapat keuntungan melalui gabungan dividen dan bonus. Manakala, di unit trust Anda akan mendapat keuntungan dalam bentuk dividen yang digabungkan dengan kenaikan harga unit dalam saham. ASB mempunyai harga tetap, bermakna harga jualan adalah sama dengan harga belian.

ASB ini berbeza dengan kebanyakan unit trust lain yang harga unitnya turun naik seperti saham. ASB mempunyai risiko sederhana, manakala unit trust mempunyai risiko sederhana ke tinggi. ASB hanya ada 3 dana atau jenis iaitu ASB 1, ASB 2, dan ASB 3, manakala unit trust ada banyak jenis dana.

Berasaskan data daripada SC (Securities Commission Malaysia), sejak 28 Februari 2022, Malaysia mempunyai 746 dana yang diiktiraf dan sebahagian daripadanya adalah berasaskan syariah. Pelaburan ASB dan unit trust ini memang sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan tiada masa untuk membuat analisis teknikal atau fundamental bagi pelaburan saham di Bursa Malaysia. Ini kerana ASB dan unit trust merupakan instrumen pelaburan yang dianggap mempunyai risiko yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan dalam saham di Bursa Malaysia.

 

ASB Unit Trust
Objective Investment Investment
Invest In Equity – high %
Bonds – low %
Proportion – no option to choose
Equity 0–99%
Bonds 0–99%
Proportion- investor can choose type of funds
Unit Trust Management Company Permodalan Nasional Berhad (PNB) – dimilik kerajaan Malaysia Various, mostly bank backed
Flexibility Liquid (invest via cash – lump sum, regular, or via loan from bank) Liquid (invest via cash – lump sum)
Capital Guaranteed. Protected (Syariah investment cannot be guaranteed on capital & returns) No Guaranteed. (Some not syariah investment cannot be guaranteed on capital & returns)
Returns No Guaranteed No Guaranteed
Type of Returns Dividen and bonus Dividen and unit price increase

 

Kelebihan dan Kelemahan Pelaburan ASB

Anda perlu tahu bahawa pelaburan ASB selain memberikan pulangan dividen yang menarik dan mempunyai kadar unit yang rendah iaitu RM1.00 seunit, ASB juga dijamin oleh kerajaan Malaysia. Perkara yang sangat menarik tentang pelaburan ASB ialah dividen dan bonus yang Anda perolehi adalah bebas cukai.

Pelaburan ASB juga mempunyai tahap kecairan yang tinggi di mana wang Anda boleh dikeluarkan dalam masa 24 jam jika Anda mempunyai kecemasan. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama pelaburan ASB boleh memberikan nilai bersih yang tinggi sekiranya deposit telah mencapai usia 1 bulan. Dan Anda berhak menerima dividen sebagai peratusan purata dividen tahunan untuk bulan tersebut.

Satu lagi kelebihan yang anda boleh dapat dengan melabur dalam ASB ialah kecairan sijil ASB yang Anda boleh gunakan di bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman overdraft. Namun, kelayakan ini hanya diperlukan untuk jenis perniagaan pemilikan tunggal. Selain mempunyai banyak kelebihan yang sangat menarik, pelaburan dalam ASB juga mempunyai keburukan iaitu had maksimum pelaburan hanya RM200,000.

Pulangan dividen yang anda akan perolehi daripada pelaburan ASB ini juga adalah rendah jika dibandingkan dengan jenis pelaburan lain. Ini menjadikan pelaburan ASB sangat sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

 

Nombor Kelebihan Pelaburan ASB
1 Dijamin oleh kerajaan Malaysia.
2 Dividen dan bonus yang diperolehi adalah bebas cukai.
3 Mempunyai kecairan yang tinggi.
4 Memberikan nilai bersih yang tinggi
5 Kecairan sijil ASB yang Anda boleh gunakan di bank tempatan untuk mendapatkan pinjaman overdraft.

 

Nombor Kelemahan Pelaburan ASB
1 Had Maksimum RM200,000
2 Dividen yang diperolehi adalah rendah

 

 

Kelebihan dan Kelemahan Pelaburan Unit Trust

Kelebihan melabur dalam unit trust ialah harga unit sentiasa turun naik dan tidak tetap. Kenaikan harga unit saham sudah tentu boleh memberikan keuntungan yang lebih besar kepada pelabur. Selain itu, dengan modal yang sangat kecil serendah RM1,000, pelabur sudah boleh mempelbagaikan instrumen pelaburan mereka.

Anda perlu tahu bahawa dana unit trust yang Anda laburkan akan dilaburkan dalam pelbagai sektor seperti sektor minyak, sektor kesihatan, dan sebagainya. Selain itu, pelabur juga boleh mengeluarkan pelaburan mereka tanpa penalti mengikut harga semasa pada bila-bila masa. Ini kerana unit trust mempunyai kecairan yang sangat tinggi.

Pelaburan dalam unit trust akan diuruskan oleh profesional dalam bidang pelaburan seperti fund manager profesional. Mereka akan menjalankan kajian dan mempunyai kemahiran dalam menguruskan pelaburan ini. Satu lagi kelebihan yang Anda boleh rasai dalam pelaburan di unit trust ialah dari segi kompounding, iaitu keupayaan sesuatu aset memperolehi pendapatan yang boleh dilaburkan semula untuk perolehi hasil mereka sendiri.

Sumber modal ini tentunya berasaskan modal pelaburan yang datang dari wang pelabur sendiri dan modal pelaburan daripada keuntungan pelaburan itu sendiri. Sama seperti ASB, unit trust juga merupakan instrumen pelaburan yang tidak sesuai untuk pelabur yang ingin melabur dalam tempoh yang singkat.

Walau bagaimanapun, jika Anda melanjutkan tempoh pelaburan lebih daripada 5 tahun, risiko kemungkinan kerugian akan terjadi boleh lebih rendah. Oleh itu, jika Anda seorang yang ingin mendapatkan keuntungan yang cepat, unit trust bukanlah pilihan terbaik untuk Anda. Unit trust juga tiada jaminan untung malah Anda boleh mengalami kerugian.

Di samping itu, cukai yang dikenakan ke atas unit trust sering kali lebih tinggi. Jika pegangan unit mempunyai prestasi yang baik maka ia boleh menjadi kelebihan buat pelabur. Jika pegangan unit jatuh, sudah tentu pelabur akan rugi.

 

Nombor Kelebihan Pelaburan Unit Trust
1 Memberikan keuntungan yang lebih besar.
2 Akan diuruskan oleh profesional.
3 Mempunyai kecairan yang sangat tinggi.
4 Kompounding

 

Nombor Kelemahan Pelaburan Unit Trust
1 Tidak sesuai untuk pelabur yang ingin melabur dalam tempoh yang singkat.
2 Tiada jaminan untung malah Anda boleh mengalami kerugian.
3 Cukai yang dikenakan ke atas unit trust sering kali lebih tinggi.

 

Unit Trust vs ASB Loan

Unit Trust dan ASB loan atau ASB financing sangat berbeza. Perbezaan antara unit trust dan ASB loan ialah unit trust adalah instrumen pelaburan, manakala ASB loan adalah pinjaman. Anda perlu tahu bahawa ASB loan adalah salah satu produk pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti bank dengan tujuan agar Anda boleh melabur dalam ASB.

Perbezaan antara unit trust public mutual dan ASB ialah unit trust public mutual adalah produk pelaburan unit trust yang ditawarkan oleh Public Mutual, manakala ASB adalah produk pelaburan yang ditawarkan oleh PNB (Permodalan Nasional Berhad). Anda perlu tahu bahawa Public Mutual Berhad adalah salah satu UTMC (Unit Trust Management Company) rasmi di Malaysia.

Online
Hi! Boleh kami bantu?