by Faiz Riziq | Oct 31, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Setelah AEON, kini RHB Bank Bhd pula menyasarkan pengenalan bank digitalnya bersama Boost Holdings menjangkakan akan dilaksana pada separuh kedua tahun 2023 kelak. Menurut makluman Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Rashid pembangunan platform tersebut akan sedia memperlihatkan pelaburan sekitar RM1 bilion bagi kedua pihak. Untuk makluman Boost dan RHB menerima pengesahan lesen bank digital Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 20133 (APK). Berdasarkan perincian pelancaran bank digital tersebut, sekiranya ia tidak dapat dicapai pada separuh kedua tahun 2023, selewat-lewatnya ia akan direalisasikan pasa suku pertama 2024 kelak.
by Faiz Riziq | Oct 30, 2022 | Perbankan, Tips, Tinjauan & Statistik
Memahami lonjakan kaedah nirtunai (tanpa tunai) melalui pendekatan e-pembayaran semakin meluas, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mulai melancarkan kempen e-Duit buat pemerkasaan sektor ekonomi negara. Pelancaran pada hari ini (29 Oktober) memperincikan matlamat BNM adalah untuk mempercepatkan penerapan nirtunai dalam kalangan perniagaan dan isi rumah sebanyak 15% setiap tahun dan meningkatkan transaksi pembayaran atas talian per kapita daripada 221 kepada 400 transaksi menjelang tahun 2026 kelak.
Matlamat dalam tempoh 5 tahun ini akan melaksanakan pelbagai acara bersama penyedia teknologi lain – antaranya mempertingkatkan kesedaran dan menambah baik tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia di pelbagai platform. Untuk makluman sepanjang Oktober, pasukan Bulan Literasi Kewangan telah menjelajah ke 61 lokasi merentas tujuh negeri dan menyediakan sumber pendidikan kewangan secara percuma serta bebas kepada lebih 20,000 rakyat Malaysia. Sumber ini meliputi pengurusan kewangan peribadi, celik kewangan digital, kesedaran tentang penipuan kewangan dan khidmat nasihat pengurusan hutang.
Adanya usaha lanjutan ini ia akan turut menyokong agenda Malaysia untuk memperkasakan pendigitalan dalam ekonomi negara.
by Faiz Riziq | Oct 29, 2022 | Hartanah, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan, Tips, Tinjauan & Statistik
“Saya buat pembiayaan perumahan di atas nama saya dan suami. Apabila suami meninggal dunia, adakah saya perlu membayar semuanya?“
Ramai orang keliru dengan status pembiayaan perumahan setelah salah seorang daripada mereka telah meninggal. Sebelum ini mereka berdua akan berkongsi wang untuk membayar sejumlah pinjaman rumah, tetapi apabila salah seorang meninggal dunia, adakah bayaran itu diteruskan seperti biasa dengan jumlahnya atau dikurangkan jumlahnya?
Atau tidak perlu bayar langsung? Sedangkan dalam dokumen pembiayaan rumah, tertera kedua-dua nama mereka. Sekiranya anda bertanya kepada pegawai bank atau peguam yang mengendalikan kes kematian pemilik pinjaman rumah ini, pasti jawapan mereka tetap sama. Ia berasaskan kepada apa yang tercatat dalam dokumen Mortgage Reduced Term Takaful (MRTT).

Mortgage Reduced Term Takaful (MRTT)
MRTT adalah sejenis takaful yang melibatkan 3 pihak iaitu peminjam, penjual dan juga bank yang terlibat untuk proses pembiayaan. Dengan adanya MRTT, si mati akan dilindungi daripada membuat bayaran pembiayaan seterusnya.
Ia adalah perlindungan kewangan yang akan diberikan untuk membiayai baki pinjaman rumah si mati sepenuhnya hanya atas nama si mati. Ia bermaksud, jika anda membeli rumah atas dua nama, ia akan dibahagikan mengikut peratus iaitu si mati dan anda. Jika 50-50, maksudnya 50% akan dibiaya oleh MRTT dan anda perlu bayar separuh lagi jumlah harga rumah. Anda perlu jadualkan semula jumlah pembayaran yang akan anda bayar, selepas bayaran si mati dipotong daripada jumlah pinjaman asal.
Sekiranya 100% MRTT hanya diletakkan kepada anda dan tidak langsung cover si mati, bermakna tiada perlindungan kewangan diberikan kepada si mati. Anda terpaksa membayar 100% jumlah pinjaman rumah seperti biasa. Kes-kes sebegini akan menyebabkan rumah disita atau lain-lain lagi kerana pembayar mungkin mengalami masalah kewangan untuk membayar. MRTT ini juga akan diguna pakai jika seseorang itu mengalami kecacatan kekal yang disahkan, bukan hanya kematian sahaja.
Bagaimana Nak Tahu Berapa Peratus Perlindungan MRTT Yang Anda Dan Pasangan Ambil?
Kita pun terlupa apa yang telah kita buat sewaktu memohon pinjaman rumah dahulu. Tak ingat berapa peratus perlindungan yang diambil untuk setiap orang. Jangan risau, kita boleh hubungi pihak bank yang kita buat pembiayaan rumah tersebut untuk menyemak segala maklumat. Anda juga boleh berbincang dengan pegawai bank berkenaan dengan pembiayaan perumahan selepas berlaku kematian salah seorang peminjam.
by Faiz Riziq | Oct 28, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Seperti yang umum sedari, UOB – United Overseas Bank Malaysia pada pertengahan September lalu telah berjaya meraih kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambilalih perniagaan perbankan pengguna Citibank di Malaysia.
Pelaksanaan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 November ini. Maka melalui peralihan itu, para pengguna Citibank tidak perlu khuatir kerana tidak akan menjejaskan sebarang operasi perbankan mereka. Begitu juga akan status kakitangan Citi Malaysia tidak akan terjejas, dan akan beralih ke UOB Malaysia.
Untuk makluman peralihan sejak Januari lalu ini – UOB tidak sekadar tertumpu pada perubahan aset di Malaysia sahaja tetapi turut melibatkan peralihan aset di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi sebarang maklumat lanjut, semua pengguna terlibat boleh layari laman rasmi Citibank untuk perincian seterusnya.
by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
AEON menjangkakan dalam 12 bulan mendatang, pihaknya berupaya melaksanakan ujian rintis ke atas bank digitalnya iaitu ACS Digital menjelang Oktober 2023.
Seperti yang umum ketahui, pada akhir April lalu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – AEON menjadi antara 5 syarikat diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjadi penerima lesen bank digital negara.
Perkongsian bank digital melibatkan AEON Financial Service, AEON Credit Service dan MoneyLion Inc ini secara menyeluruhnya disasarkan akan hadir ke pasaran umum pada tahun 2024. Dan untuk persediaan itu, mengikut laporan AEON menjangkakan platform tersebut akan mula meraih keuntungan setelah beroperasi sekitar 4.5 tahun.
Pada masa yang sama, AEON kelak turut merancang melantik Raja Teh Maimunah selaku Ketua Pegawai Eksekutif ACS Digital – yang bertindak mengelola kemajuan pembangunan bank digital mereka. Dimaklumkan lantikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Disember kelak.
Untuk makluman Raja Teh memiliki latarbelakang dalam skop perbankan dan pernah berkhidmat bersama Bursa Malaysia, Pusat Kewangan Kuwait serta CIMB.
by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Sejajar dengan matlamat bank pusat negara untuk melindungi hak pengguna, Bank Islam memaklumkan pihaknya akan beralih sepenuhnya – menggunakan sistem pengesahan Go Secure mulai Jun 2023 kelak.
Go Secure, adalah kaedah pengesahan yang berasaskan aplikasi ini bertindak meluluskan aliran transaksi yang dijalankan di Perbankan Internet Bank Islam (IB) dan aplikasi GO by Bank Islam. Buat pengetahuan umum, pelaksanaan Go Secure telah dijalankan sejak tahun 2020, namun ia sekadar tertumpu pada aliran perbankan elektronik. Kini sistem pengesahan tersebut diperluaskan ke seluruh pengguna Bank Islam.
Ini bermakna Go Secure akan menggantikan perkhidmatan pengesahan i-Access Code (IAC) yang dihantar melalui mesej ke nombor telefon pengguna yang berdaftar. Melalui peralihan ini, ia sekaligus dapat meningkatkan kecekapan keselamatan pengguna untuk menangani ancaman penipuan di masa hadapan.
Recent Comments