by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Tahukah anda, setakat 30 Jun 2022 lalu sebanyak RM145 Bilion telah dikeluarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hasil daripada permohonan 4 program pengeluaran yang terdiri daripada i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas.
Jumlah dalam tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022) itu sekaligus telah mendorong kepada penyusutan simpanan pencarum dengan menganggarkan sekitar 6.62 juta pencarum memiliki simpanan kurang daripada RM10,000 (data akhir Jun 2022).
Ini bermakna langkah penawaran tersebut telah membawa 52% daripada 12.78 juta pencarum KWSP mengalami penurunan simpanan untuk hari tua mereka kelak – dengan 3.2 juta pencarum berdepan simpanan kritikal bawah RM1,000 dan daripada jumlah itu seramai 2.58 juta pencarum merupakan kumpulan bumiputera.
Melihat pada data akhir Jun ini, KWSP secara terus menggalakan pencarum yang terlibat untuk mengfokuskan kepada pemulihan simpanan terlebih dahulu bagi menjamin kesejahteraan hari tua kelak. Antaranya memberi pilihan kepada pekerja untuk mencarum melebihi kadar caruman berkanun syer 11% pada bila-bila masa dan untuk yang bekerja sendiri boleh laksana caruman secara sukare di bawah Program i-Saraan.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seawal minggu ini, syarikat induk Facebook-Meta dijangka akan memulakan rancangan pemberhentian pekerjanya. Dianggarkan ribuan petugas bakal terkesan akan pelan pengurangan tenaga kerja tersebut. Pelaksanaan secara skala besar ini adalah tindak-balas Meta akan tekanan kos operasi yang didepani mereka dalam tempo ketidaktentuan ekonomi ketika ini.
Di mana pihak kumpulan menyasarkan pengurangan kos sehingga 10% setiap bulan untuk memastikan kecekapan operasi dicapai. Buat pengetahuan umum, setakat ini Meta memiliki lebih 87,000 petugas. Langkah itu secara langsung mengikut laporan menjadikan ia sebagai langkah pertama Meta melaksanakan pengurangan tenaga kerja dan menjadi jenama seterusnya setelah beberapa syarikat teknologi mula menamatkan sebilangan pekerja mereka – antaranya seperti Twitter pada minggu lalu.
by Faiz Riziq | Nov 4, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Twitter pada makluman hari ini (4 November) melalui notis emel menyatakan tindakan berhentikan sebahagian pekerja akan dilaksanakan. Menyedari ini menjadi detik yang sukar buat petugas Twitter, dalam notis yang dihantar pada Khamis semalam memaklumkan pekerja tidak perlu melaporkan diri pada hari Jumaat. Ini kerana berdasarkan notis pejabat Twitter akan ditutup buat sementara waktu dan segala akses akan digantung.
Twitter pada notis mengikut laporan AFP, menzahirkan rasa dukacita mereka akan situasi yang sedang berlaku susulan langkah pemberhentian pekerja ini bakal memberi kesan kepada individu yang telah melaksanakan pelbagai sumbangan pada pembangunan Twitter. Setakat ini, difahamkan 50% petugas Twitter bakal terjejas di bawah pimpinan baharu platform tersebut.
by Faiz Riziq | Nov 4, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Hanya 37% pekerja di negara didapati bersedia terima pemotongan gaji untuk mereka bekerja secara jarak jauh tanpa perlu hadir ke pejabat.
Fakta ini sekaligus menjelaskan keperluan bekerja di luar pejabat dilihat semakin dituntut oleh segelintir kumpulan pekerja. Selain disebabkan selesa akan persekitaran tersebut, beberapa faktor lain perlu diberi tumpuan oleh para majikan dan bahagian sumber manusia syarikat di Malaysia.
Antaranya menurut tinjauan Ranstad Malaysia, bahagian sumber manusia wajar memberi penjelasan kepada semua pekerja akan dasar keseimbangan yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat. Ini kerana kekurangan komunikasi yang jelas, berpotensi mengakibat lebih 30% pekerja negara bertindak menukar pekerjaan mereka ekoran tidak selari dengan pemahaman awal mereka.
Malah untuk makluman, 64% pekerja di Malaysia inginkan pekerjaan mereka memiliki pengurusan yang kukuh bagi menjamin produktiviti mereka dari semasa ke semasa dan ternyata pada 2021 sekitar 61% telah menukar pekerjaan mereka susulan pengurusan syarikat yang lemah. Selain itu, faktor keseimbangan pekerjaan yang kurang pula menyumbang kepada peralihan 62% pekerja negara pada tempoh yang sama.
by Faiz Riziq | Nov 3, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini (3 November) mengumumkan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada paras 2.50% kepada 2.75% – dengan peningkatan 25 bps (mata asas).
Buat pengetahuan umum, ini kenaikan kali keempat berturut-turut sejak Mei 2022 lalu. Penetapan ini dicapai berlandaskan sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), bagi ekonomi Malaysia, petunjuk terkini memaparkan pertumbuhan negara berada pada kedudukan yang lebih kukuh, didorong oleh pengukuhan permintaan dalam negeri dalam keadaan pertumbuhan eksport yang mampan. Pasaran buruh terus meningkat tatkala kadar pengangguran menjadi lebih rendah, ini secara langsung membawa kepada penyertaan buruh yang lebih tinggi dan prospek pendapatan negara yang lebih baik.
Namun, risiko terhadap pertumbuhan kekal wujud – ini merangkumi isu pertumbuhan global yang lebih lemah daripada jangkaan, konflik geopolitik yang semakin meningkat, serta isu gangguan rantaian bekalan. Malah menjelang tahun 2023, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos, serta apa-apa perubahan pada langkah-langkah dasar dalam negeri.
Keputusan ini menurut MPC selaras dengan penyesuaian semula penetapan dasar monetari yang mengimbangi risiko terhadap inflasi dan pertumbuhan dalam negeri yang mampan. Pada kadar OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
MPC memaklumkan pihaknya tidak membuat sebarang ketetapan awal dan akan terus menilai keadaan yang berubah-ubah serta kesannya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. Sebarang pelarasan pada penetapan dasar monetari pada masa hadapan akan terus dilaksanakan secara terkawal.
Untuk makluman, negara telah menetapkan paras 1.75%, sejak Julai 2020 lagi. Kini peningkatan OPR disasar akan terus berlaku oleh BNM berdasarkan situasi pasaran semasa. Berdasarkan kenaikan OPR, ini kenaikan ketiga yang telah dilaksanakan BNM sejak Januari 2022.
by Faiz Riziq | Nov 3, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.75% pada hari ini (3 November) secara jelas memberi gambaran penyusutan kepada segmen permohonan pinjaman. Ini kerana setakat September lalu, status permohonan pembiayaan isi rumah dilihat kembali menyederhana kepada 21.2% dan status kelulusan pinjaman turut dilihat menurun 14% berbanding data sebelumnya – namun jumlah RM67.8 bilion yang dicatatkan masih lagi tinggi berbanding sebelum pandemik sekitar RM40 bilion.
Situasi penyusutan itu mengikut penyelidikan RHB Investment Bank minggu ini, ekoran dasar monetari Malaysia yang semakin diperketatkan. Kini paras OPR yang menghampiri nilai 3% tersebut dijangka akan terus menyusutkan status kelulusan pinjaman negara kelak. Manakala bagi pertumbuhan pinjaman dalam kalangan perniagaan juga menunjukkan penurunan kepada 5.2% mengikut data BNM – di mana sebahagiannya disebabkan oleh kesan asas yang lebih tinggi. Namun begitu, pengeluaran pinjaman kekal mampan, didorong terutamanya oleh segmen perdagangan borong, perkilangan pengguna dan kejuruteraan awam.
Recent Comments