Hanya 37% pekerja di negara didapati bersedia terima pemotongan gaji untuk mereka bekerja secara jarak jauh tanpa perlu hadir ke pejabat.
Fakta ini sekaligus menjelaskan keperluan bekerja di luar pejabat dilihat semakin dituntut oleh segelintir kumpulan pekerja. Selain disebabkan selesa akan persekitaran tersebut, beberapa faktor lain perlu diberi tumpuan oleh para majikan dan bahagian sumber manusia syarikat di Malaysia.
Antaranya menurut tinjauan Ranstad Malaysia, bahagian sumber manusia wajar memberi penjelasan kepada semua pekerja akan dasar keseimbangan yang ditetapkan oleh sesebuah syarikat. Ini kerana kekurangan komunikasi yang jelas, berpotensi mengakibat lebih 30% pekerja negara bertindak menukar pekerjaan mereka ekoran tidak selari dengan pemahaman awal mereka.
Malah untuk makluman, 64% pekerja di Malaysia inginkan pekerjaan mereka memiliki pengurusan yang kukuh bagi menjamin produktiviti mereka dari semasa ke semasa dan ternyata pada 2021 sekitar 61% telah menukar pekerjaan mereka susulan pengurusan syarikat yang lemah. Selain itu, faktor keseimbangan pekerjaan yang kurang pula menyumbang kepada peralihan 62% pekerja negara pada tempoh yang sama.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua
Semoga dipermudahkan urusan
Semoga kita semua sentiasa dimurahkan rezeki 🤲
Buat MEREKA Yang terkesan, semoga diberikan kemudahkan… InsyAllah aamiin yra
Tq info
Allahuakbar..semoga dipermudahkan urusan bagi yang terkesan
Semoga dipermudahkan urusan yang terkesan