by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Pada jam 9 pagi hari ini (8 November) nilai Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS kepada 4.7350/7390 berbanding penutupan semalam, sentimen ini disokong dengan jangkaan China akan membuka semula sempadannya.
Sasaran itu secara langsung akan membawa kepada aliran positif ekuiti negara. Meskipun jangkaan ini bersifat manipulasi pelabur berbanding realiti – namun tanggapan sedemikian meningkatkan ruang untuk pelabur menambah risiko tempatan pada pegangan mereka serta meluaskan pengambilan risiko masing-masing.
Walupun terdapat sentimen positif ini, nilai Ringgit dijangka akan kekal lemah. Setakat ini bagi tindakan diniagakan – Ringgit kekal rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain seperti Singapura, Yen Jepun, Euro dan Pound Britain.
by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) menambah lebih baik perkhidmatan sedia adanya bagi memenuhi permintaan pelanggan apabila membuka operasi perbankan di tiga cawangannya pada dua hari Sabtu bulan November ini. Cawangan MBSB yang akan dibuka pada 5 November dan 26 November ini adalah di PJ Sentral, Pulau Pinang dan juga Johor Bahru. Perbankan hujung minggu ini terbuka kepada pelanggan untuk melaksanakan aktiviti perbankan seperti membuka akaun simpanan, pembiayaan, takaful dan permohonan debit kad.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Nor Azam M Taib berkata, sebagai institusi kewangan, pihak bank perlu sentiasa mengkaji dan menambah baik perkhidmatan di cawangan bagi memenuhi kehendak perbankan pelanggan.
“Kami berbesar hati untuk memenuhi tanggungjawab beroperasi pada hujung minggu. Kami berharap pelanggan akan dapat memanfaatkan peluang ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sementara itu, beliau menggalakkan orang ramai menyertai kempen MBSB Bank’s ‘Simpan Berganda Menang Bergaya CASA-i’ yang akan berakhir pada Mei 2023. Kempen tersebut menawarkan hadiah bernilai RM2.4 juta meliputi hadiah pakej pelancongan atau umrah, kereta mewah berupa Mercedes Benz A 200 Progressive Line, Mercedes Benz C 200 Avantgarde Line, Mercedes Benz GLC 300e Coupe, emas, iPhone, wang tunai dan pelbagai lagi.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) di Malaysia ketika ini memaparkan peningkatan 3.0% kepada 113.8 berbanding 110.5 pada tempoh yang sama pada tahun 2021. Peningkatan itu menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah didorong kenaikan kos subsektor hiburan seperti kesenian, hiburan dan rekreasi 7.5%.

Di mana peningkatan ini telah disumbangkan oleh aktiviti Hiburan & Rekreasi Lain sebanyak 1.2%, manakala aktiviti Taman Hiburan dan Taman Tema pula 0.8% dan acara luar bangunan 0.6%. Seterusnya perkhidmatan penginapan dan aktiviti khidmat makanan & minuman turut menyumbang kenaikan dengan 7% serta pengangkutan dengan 4.9%.

Manakala kos khidmat hartanah pula memaparkan peningkatan 0.3%, diikuti pendidikan 1.1%, kesihatan 0.4% dan khidmat profesional pula 0.4%.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Hari ini nilai mata wang tempatan dibuka pada paras yang sama kekal sekitar 4.7425/7460, sama dengan paras penutupan Khamis, hari sebelumnya. Melihat pada nilai tersebut, pemerhatian Hong Leong Investment Bank Research melihat perubahan Kadar Dana Persekutuan (FFR)-Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka akan terus melemahkan nilai Ringgit.
Untuk makluman pelebaran spread FFR-OPR dilihat telah meningkat dari pertambahan 63 bps (mata asas) kepada pertambahan 113 bps. Ini sekaligus memungkinkan aliran Ringgit lemah dan disasar mencapai paras 4.80 menjelang akhir tahun ini, sementara secara purata pula nilai Ringgit tahun ini dijangka sekitar 4.44.
Buat pengetahuan umum, Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu ini telah melaksanakan kenaikan OPR kepada 2.75% – situasi tersebut secara langsung turut meningkatkan tekanan kadar pinjaman kalangan rakyat negara.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Nilai Bitcoin sedia memperlihatkan penurunan sejak awal tahun ini, tetapi beberapa kali, kriptowang popular tersebut cuba melepasi kembali paras RM100,000. Terbaru, kini nilai Bitcoin sekali lagi melepasi paras RM100,000 selepas sekian lama dibawah paras nilai tersebut.

Peningkatan nilai pasaran Bitcoin ini dikaitkan dengan laporan terbaru dari Amerika Syarikat, mengatakan pasaran buruh disana kekal kukuh, walaupun keadaan ekonomi yang masih tidak menentu. Ia tidak diketahui lagi berapa lamakah momentum terbaru kriptowang ini akan kekal. Selari peningkatan nilai Bitcoin, beberapa kriptowang lain turut menerima kesan positif, dan memperlihatkan peningkatan nilai masing-masing.
by Faiz Riziq | Nov 7, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Peningkatan buat kali keempat sejak Mei 2022 lalu, memperlihatkan paras Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara berpotensi mencapai kadar sebelum pandemik iaitu 3.00% pada Januari 2023 kelak. Ambank Research pada tinjauan sorotan ekonomi mendapati sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) berupaya menaikkan tambahan 25 mata asas (bps) lagi pada pengumuman seterusnya iaitu Januari tahun hadapan.
Kenaikan OPR ini berlaku susulan hasil tindak-balas penyedia ekonomi negara ke atas tekanan inflasi di peringkat domestik dan kelemahan Ringgit yang kini telah mencapai penyusutan 13.9% pada tahun ini. Untuk makluman setakat ini, Malaysia telah alami kenaikan OPR sekitar 100 bps bagi sepanjang tahun 2022.
Meskipun begitu, kadar pertumbuhan KDNK Malaysia pada pandangan Tengku Zafrul – Menteri Kewangan sementara negara dilihat kekal utuh dan memiliki peluang yang luas untuk terus membanting prestasi ekonomi negara walaupun berdepan kenaikan OPR secara berturutan.
Recent Comments