by Faiz Riziq | Nov 11, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka sederhana bagi baki tahun 2022, namun paras tersebut dilihat akan kekal tinggi untuk suku keempat kelak. Makluman Bank Negara Malaysia (BNM) pada tinjauan perkembangan Ekonomi dan Kewangan Suku Ketiga 2022 hari ini (11 November) menjelaskan secara keseluruhannya paras inflasi negara dijangka berpurata pada 3.3% untuk tahun ini.
Perkara ini berlaku susulan permintaan semakin melonjak dikala keadaan kos yang sedang tinggi. Bagi tahun 2023 pula, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos, serta sebarang perubahan yang akan berlaku pada dasar dalam negeri. Namun BNM menegaskan kesan peningkatan inflasi itu akan terus dibendung dengan kawalan harga, subsidi serta lebihan kapasiti yang boleh ditampung dalam ekonomi negara.
Akan tetapi perlu diakui sebarang risiko yang melanda pada pertumbuhan dunia akan turut memberi kesan kepada tekanan kos di Malaysia. Antaranya ketidaktentuan harga komoditi dunia serta konflik perdagangan akan terus berisiko mengugat kesejahteraan bekalan negara.
by Faiz Riziq | Nov 10, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan penerbitan semula sukuk berjangka pendek A-1 bernilai US$1.12 bilion (US$1=RM4.73) dalam tiga siri. Ketiga-tiga siri itu merangkumi terbitan sebanyak US$450 juta bagi tempoh satu bulan pada 4.02 peratus, US$370 juta tenor tiga bulan pada 4.78 peratus dan US$300 juta tenor enam bulan pada 5.10 peratus.
“Terbitan sukuk itu hari ini merupakan lelongan sukuk ke-12 IILM bagi 2022. Lelongan itu mendapat minat yang ketara di kalangan pengedar dan pelabur utama Islam di seluruh pasaran GCC serta Asia, dengan permintaan yang kukuh terutamanya pada tenor satu dan enam bulan.
“Tender kompetitif itu menyaksikan jumlah tempahan yang mantap melebihi US$1.71 bilion, mewakili purata nisbah bidaan kepada penutup sebanyak 153 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Lanjutan daripada penerbitan semula hari ini, IILM telah mencapai terbitan kumulatif setakat ini berjumlah US$12.67 bilion merangkumi 34 siri sukuk.
by Faiz Riziq | Nov 10, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Sejak awal Julai lalu, pentadbiran negara telah laksanakan tinjauan akan pendekatan terbaik bagi pelaksanaan subsidi minyak bersasar untuk rakyat Malaysia. Melihat pada usaha itu, tempoh yang terbaik untuk usaha tersebut direalisasikan adalah sekitar pertengahan tahun 2023, jangkaan di mana peningkatan inflasi semakin mengecil.
Jangkaan ini menurut perkongsian pemerhati ekonomi Standard Chartered Bank boleh dilaksanakan pada tempoh tersebut, sekiranya hanya 20% daripada pengguna RON95 yang disasarkan makan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan dijangka akan meningkat sekitar 1.3% atau separuh daripada angka tersebut bagi pengenalan harga baru yang akan diberikan.
Umum ketahui, Tengku Zafrul pada Julai lalu telah menzahirkan ketidakseimbangan pada manfaat yang dimiliki pengguna bahan api yang berpendapatan rendah (B40). Menurutnya setiap RM1 subsidi bahan api, RM0.53 (53%) daripada dinikmati oleh kumpulan T20 (pendapatan tinggi) dan hanya RM0.15 (15%) sahaja dapat dimanfaat oleh B40.
Maka situasi sedemikian perlu diubah, dan jurang kelebihan ini harus ditutup demi kebajikan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
by Faiz Riziq | Nov 9, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Binance kini dilihat terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena kriptowang, apabila mengumumkan perancangan untuk mengambil-alih FTX. Pengambil-alihan ini berlaku selepas FTX dilihat mengalami krisis, dan pegangan asetnya jatuh mendadak dalam hanya sekitar dua tiga hari kebelakangan ini.
Usaha pengambil-alihan oleh Binance ini dilihat lebih kepada menyelamatkan FTX dan penggunanya, serta pada masa yang sama pasaran kriptowang. Buat masa ini, Binance telah menyatakan hasrat, dan proses lanjutan akan berlaku sebelum pengambil-alihan ini dimetari sepenuhnya.
Tetapi, pada masa yang sama, pengambil-alihan ini dilihat akan terus membuatkan Binance mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran kriptowang – termasuk memonopolinya. Prosesnya juga dijangka agak sukar, memandangkan Binance diharamkan disejumlah negara, termasuk di Amerika Syarikat.
by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
BigPay, aplikasi dompet digital dan pembayaran serantau kini menampilkan ciri baharu iaitu tambah nilai kriptowang, melalui kerjasama TripleA – penyedia pembayaran kriptowang berlesen di bawah bank pusat Singapura (MAS).
Ini bermakna ciri tambah nilai kriptowang tersebut akan membolehkan pengguna menukar aset kripto mereka kepada wang tunai yang dapat dibelanjakan pada kad debit BigPay dengan mudah.
Mengikut makluman Capital A, setakat ini kriptowang yang diterima pada ciri tersebut ialah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), USD Coin (USDC) dan Tether (USDT) dan nilai selanjutnya akan dikembangkan kelak. Pelancaran ciri baharu BigPay pada kaedah debit dan kad kredit ini mengikut kenyataan dijamin akan menjadi proses penukaran yang telus yang tidak memerlukan bayaran tersembunyi untuk pengguna seperti yang dilihat dalam banyak urus niaga kripto ke fiat.
Selain sokongan ciri ini, BigPay di bawah Akta Perkhidmatan Pembayaan 2019 turut menambah 3 perkhidmatan baharu kepada Lesen Institusi Pembayaran Utama (MPI) yang dikeluarkan oleh MAS untuk perkhidmatan pengeluaran akaun, pemindahan wang domestik dan perkhidmatan pengeluaran e-wang di Singapura.
Adanya gagasan baharu ini, ia dilihat akan membantu BigPay menggandakan pangkalan kapasiti pengguna mereka di Singapura. Sementara penggunanya di Malaysia, dilihat lebih 2 juta pengguna negara telah berjaya miliki akses kewangan melalui rangkaian yang tersedia di bawah BigPay.
by Faiz Riziq | Nov 8, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank pusat negara dijangka akan kekal meningkatkan paras kadar faedah pada tahun 2023 dan lebih membimbangkan kenaikan tersebut disasarkan berlaku sebanyak dua kali. Jangkaan di bawah Standard Chartered Bank (StanChart) ini merangkumi pertambahan 25 mata asas (bps) pada Januari 2023 dan pertambahan 25 bps selanjutnya pada Mei 2023.
Sasaran tersebut sekaligus akan membawa nilai Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara mencecah 3.25% – iaitu paras normal sebelum diturunkan ketika pandemik COVID-19.
StanChart melihat peningkatan kadar faedah itu akan dipengaruhi dengan perubahan pemberian subsidi ke atas struktur ekonomi pada tahun 2023. Ini juga termasuklah sentimen aliran permintaan pada pasaran negara. Maka melihat pada jangkaan sedemikian, orang awam perlulah peka akan perubahan agresif tersebut dan mengatur langkah perbelanjaan demi kesejahteraan aliran tunai di masa hadapan.
Recent Comments