Bank of China – Malaysia Didenda Oleh BNM

Bank of China – Malaysia Didenda Oleh BNM

Bank of China (Malaysia) Berhad (BOCM) kini didenda RM88,000 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berikutan kegagalan mematuhi keperluan kehematan yang disyaratkan untuk pengaturan penyumberan luar yang penting – di bawah Penalti Monetari Pentadbiran (AMP).

Sebagai perincian BOCM, gagal mendapatkan kelulusan BNM sebelum menempatkan semula dua sistemnya ke pusat data baharu pada bulan Disember 2022 dan Februari 2023.

Hal ini secara jelas tidak mematuhi perenggan 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA) yang dibaca bersama dengan perenggan 12.1(b) Dokumen Dasar Penyumberan Luar (Outsourcing PD).

Buat pengetahuan umum dua sistem tersebut adalah sistem perbankan teras, dan penempatan semula sistem ini dianggap sebagai perubahan besar pada pengaturan penyumberan luar sedia ada yang telah diluluskan kerana tindakan itu boleh mengubah dedahan tahap dan/atau jenis risiko bagi BOCM. Menurut Outsourcing PD, sesebuah institusi kewangan perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada BNM sebelum membuat perubahan besar pada mana-mana pengaturan penyumberan luar penting sedia ada yang telah diluluskan.

Akan tetapi disebabkan berlakunya jurang dalam pemantauan BOCM ke atas aktiviti penyumberan luarnya maka tercetuslah ketidakpatuhan tersebut.

Secara menyeluruh BOCM telahpun melunaskan jumlah penalti tersebut pada 2 Ogos lalu dan kini telah mengambil lawangkah sewajarnya utnuk perkukuhkan pemantauan mereka dalam amalan penyumberan luar termasuklah menetapkan semakan berkala ke atas pengaturan penyumberan luar perkhidmatan mereka.

Inflasi Kekal 2.0% Tapi Semua Negeri Berhadapan Kos Makanan & Minuman – DOSH

Inflasi Kekal 2.0% Tapi Semua Negeri Berhadapan Kos Makanan & Minuman – DOSH

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi mengukur kepada paras inflasi utama Malaysia – menunjukkan prestasi inflasi pada Jun 2024 kekal di paras 2.0%. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini jelas memaparkan peningkatan kos yang lebih perlahan berbanding data sebelum ini. Mengikut rekod, paras inflasi ini didorong peningkatan pada Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.3%), diikuti Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api (3.2%), Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan Perkhidmatan (2.8%) dan Makanan & Minuman pula 2.0%.

Sementara taburan pada Pakaian & Kasut dan Insurans & Perkhidmatan Kewangan pula masing-masing menurun kepada -0.1%. Pada tinjauan yang sama, kos Makanan di Rumah juga telah memaparkan peningkatan 0.9% – keadaan berikutan perbelanjaan sayuran meningkat 6.2% menjadi catatan tertinggi dalam keperluan asas bahan makanan di rumah.

Manakala kos Makanan di Luar Rumah pula memaparkan peningkatan yang lebih perlahan sebanyak 3.3% – antara menu yang mencatatkan peningkatan lebih rendah seperti Roti Canai dan Masakan berteras Ayam. Selanjutnya berdasarkan taburan inflasi mengikut negeri pula – didapati terdapat 4 negeri mencapai paras inflasi lebihi tahap nasional iaitu Pulau Pinang (3.3%), Sarawak (2.7%), Pahang (2.7%) dan Selangor (2.4%). Biarpun hanya 4 negeri berdepan tekanan inflasi berlebihan namun berdasarkan peningkatan inflasi Makanan & Minuman – semua negeri dimaklumkan berdepan tekanan tersebut.

Lebih membimbangkan inflasi ke atas kumpulan berpendapatan bawah RM3,000 juga turut meningkat pada 1.8% – antaranya berdepan tekanan kos dalam keperluan makanan mentah seperti ayam (1.3%), saturan (5.9%).

 

 

Secara menyeluruh, inflasi di Malaysia masih lagi lebih rendah berbanding negera serantau antaranya Vietnam (2.0%), Filipina (3.7%), Indonesia (2.5%) dan Korea (2.4%). Namun negara lebih tinggi berbanding Thailand ().6%) dan China (0.2%).

Operasi Aset ExxonMobil Diambil Alih Oleh Petronas

Operasi Aset ExxonMobil Diambil Alih Oleh Petronas

Exxon Mobil yang telah bertapak lebih 130 tahun pada pasaran Malaysia kini berhasrat memindahkan semua operasi aset dua kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) di Malaysia – kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Aturan itu menurut Reuters melibatkan pemindahan dua operasi PSC yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia. Menerusi peralihan ini, kedua pihak menjamin aturan itu tidak akan menjejaskan status keselamatan operasi serta bekalan tenaga ke atas pengguna negara.

Penjelasan Exxon, tindakan ini bukanlah langkah jualan bahkan tiada perubahan akan gerak kerja yang telah dicapai pada kontrak perkongsian pengeluaran tersebut di bawah ExxonMobil Exploration & Production Malaysia Inc (EMEPMI). Pihaknya optimis mengekalkan komitmen pada operasi perniagaan di Malaysia. Buat pengetahuan umum, Exxon Mobil ketika ini antara pengeluar tenaga penting di negara dengan menyumbang sekitar 40% dalam minyak mentah dan 50% dalam gas asli di Semenanjung Malaysia.

Pegangan Ekuiti Affin Bank Ditangguh – Sarawak & LTAT

Pegangan Ekuiti Affin Bank Ditangguh – Sarawak & LTAT

Sarawak bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini dimaklumkan telah menangguh aturan perjanjian jual beli (S&P) yang bertindak meningkatkan pengambilan pegangan ekuiti kepada sekitar 30% dalam Affin Bank.

Mengikut laporan TheEdge, tindakan penangguhan itu berikutan Sarawak perlu memperincikan beberapa syarat peralihan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung perjanjian tersebut. Perincian itu antaranya dimaklumkan melibatkan pengawalan bank tersebut setelah peralihan pegangan dicapai. Difahamkan Sarawak akan laksana perbincangan bersama BNM untuk melengkapkan perjanjian tersebut.

Buat pengetahuan umum, sebelum ini pegangan asal membawa jumlah sekitar 4.8%, maka dengan perjanjian tersebut ia akan menjadikan Sarawak antara pemegang saham terbesar Affin Bank. Menerusi kepentingan itu, ia dijangka akan perkukuhkan ekonomi negeri dengan perkasakan ekosistem PKS dan perniagaan di Sarawak.

YTL, Syarikat Utama Shopee Kekal Perancangan, Akhir 2024 Lancar Digital Bank

YTL, Syarikat Utama Shopee Kekal Perancangan, Akhir 2024 Lancar Digital Bank

Setelah GXBank, Aeon Bank Dan Boost Bank dilancarkan pada akhir tahun 2023 serta 6 bulan pertama tahun ini – disasarkan kemasukan bank digital baharu yang diterajui konsortium Sea Limited dan YTL Digital pula akan menyusul pada akhir tahun ini.

Menurut laporan StarBiz, aturan itu kekal mengikut garis masa yang telah ditetapkan kedua pihak selepas diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) negara. Buat pengetahuan umum kedua pihak menjadi penerima lesen bank digital negara bagi perlesenan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) – iaitu penawaran khidmat bank tidak patuh syariah.

Selain Sea dan YTL Digital, pelancaran bank digital KAF Investment Bank di bawah perlesenan bank digital patuh syariah juga turut dinantikan pasaran negara. Secara menyeluruh berdasarkan garis masa pelancaran bank digital di Malaysia – GXBank telah dirasmikan pada 30 November 2023 lalu, disusuli AEON Bank pada 26 Mei 2024 dan Boost Bank pada 6 Jun 2024 lalu.

Pertama – Pemohon-pemohon yang berikut akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK):

Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad;

Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd; dan
Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd;
Kedua – Pemohon-pemohon yang berikut akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI):

Konsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc,; dan
Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.

Online
Hi! Boleh kami bantu?