Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi mengukur kepada paras inflasi utama Malaysia – menunjukkan prestasi inflasi pada Jun 2024 kekal di paras 2.0%. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini jelas memaparkan peningkatan kos yang lebih perlahan berbanding data sebelum ini. Mengikut rekod, paras inflasi ini didorong peningkatan pada Restoran & Perkhidmatan Penginapan (3.3%), diikuti Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api (3.2%), Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan Perkhidmatan (2.8%) dan Makanan & Minuman pula 2.0%.

Sementara taburan pada Pakaian & Kasut dan Insurans & Perkhidmatan Kewangan pula masing-masing menurun kepada -0.1%. Pada tinjauan yang sama, kos Makanan di Rumah juga telah memaparkan peningkatan 0.9% – keadaan berikutan perbelanjaan sayuran meningkat 6.2% menjadi catatan tertinggi dalam keperluan asas bahan makanan di rumah.

Manakala kos Makanan di Luar Rumah pula memaparkan peningkatan yang lebih perlahan sebanyak 3.3% – antara menu yang mencatatkan peningkatan lebih rendah seperti Roti Canai dan Masakan berteras Ayam. Selanjutnya berdasarkan taburan inflasi mengikut negeri pula – didapati terdapat 4 negeri mencapai paras inflasi lebihi tahap nasional iaitu Pulau Pinang (3.3%), Sarawak (2.7%), Pahang (2.7%) dan Selangor (2.4%). Biarpun hanya 4 negeri berdepan tekanan inflasi berlebihan namun berdasarkan peningkatan inflasi Makanan & Minuman – semua negeri dimaklumkan berdepan tekanan tersebut.

Lebih membimbangkan inflasi ke atas kumpulan berpendapatan bawah RM3,000 juga turut meningkat pada 1.8% – antaranya berdepan tekanan kos dalam keperluan makanan mentah seperti ayam (1.3%), saturan (5.9%).

 

 

Secara menyeluruh, inflasi di Malaysia masih lagi lebih rendah berbanding negera serantau antaranya Vietnam (2.0%), Filipina (3.7%), Indonesia (2.5%) dan Korea (2.4%). Namun negara lebih tinggi berbanding Thailand ().6%) dan China (0.2%).

Online
Hi! Boleh kami bantu?