by Faiz Riziq | Jul 16, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Tindakan laksana pembiayaan defisit fiskal bersama perbelanjaan pembangunan secara langsung telah memperlihatkan berlakunya peningkatan hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak RM50 bilion kepada RM1.22 bilion setakat akhir April 2024.
Penjelasan Kementerian Kewangan (MOF) ini memperincikan terdapat tindakan pinjaman kasar dilaksanakan negara melibatkan sejumlah RM70.5 bilion dalam tempoh 4 bulan pertama 2024. Ini termasuklah terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) beriumlah RM30 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) berjumlah RM34.5 bilion, dan bil Perbendaharaan Malaysia berjumlah RM6 bilion. Pinjaman tersebut untuk makluman digunakan untuk menyelesaikan hutang matang berjumlah RM20.6 bilion, dengan baki RM49.9 bilion menampung defisit dan tempoh matang hutang masa hadapan.
Sementara berhubung perbelanjaan pembangunan pula, langkah dana ini penting untuk menyokong negara memacu pertumbuhan ekonomi, di samping memastikan infrastruktur negara kekal berdaya saing untuk meneroka peluang pelaburan baharu.
Walaupun berdepan kenaikan paras hutang, pentadbiran berjaya mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), berjumlah RM91.4 bilion pada 2023, lebih rendah daripada 5.6% yang dicatatkan pada 2022, bersamaan RM99.5 bilion. Menerusi sasaran itu, dijangka defisit fiskal diunjurkan menurun lagi kepada 4.3% daripada KDNK, atau RM85.4 bilion, pada 2024.
by Faiz Riziq | Jul 15, 2024 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Untuk memastikan aliran perbelanjaan sesebuah firma terus lancar tanpa kos tambahan, Merchantrade Asia kini perkenalkan Kad Prabayar Perniagaan Visa pertama di Malaysia. Pengenalan Merchantrade Money Biz ini secara langsung akan memberi kelebihan kepada semua peringkat pekerja ketika menggunakan dana korporat di bawah pemantauan majikan.
Akses itu sekaligus menyamai kad kredit korporat yang kebiasaanya tersedia buat kumpulan eksekutif atasan sahaja. Menerusi manfaat yang sama, ini sekaligus akan membantu para majikan mengubah cara pengurusan perbelanjaan mereka bersama pekerja ketika beroperasi.
Lebih menarik dengan memadankan ia bersama dompet digital Merchantrade, para pekerja turut boleh laksana petukaran asing secara terus dengan akses 20 mata wang asing bersama kadar tetap bagi langkah pembayaran antarabangsa.
Setakat ini lebih 880 syarikat telah mendaftar pada fasa percubaan untuk menikmati manfaat penyelesaian yang disediakan Merchantrade. Menerusi penyertaan tersebut, ini akan mengandakan lagi transaksi nirtunai (tanpa tunai) dalam kalangan pemain ekonomi kecil negara secara meluas.
by Faiz Riziq | Jul 9, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan terus mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) di paras 3.00% pada data terbaharu kelak, yang akan diumumkan pada minggu ini.
Langkah ini menurut Stardard Chartered Research didorong berhubung penyesuaian kos semasa pasaran setelah negara melaksanakan penyasaran subsidi diesel pada Jun lalu. Untuk peringkat awal, disasarkan berlakunya kesan sederhana ke atas inflasi negara dengan jangkaan kenaikan 0.1% mata di pasaran.
Prestasi itu turut disokong oleh BNM apabila Mei lalu menyatakan aliran inflasi negara bagi tahun ini akan terus sederhana. Sasaran ini sekaligus mencerminkan pertumbuhan negara kekal stabil dengan tekanan kos yang lebih terkawal berupaya dilaksanakan.
Buat pengetahuan umum, paras OPR 3.00% telah dikuat kuasakan sejak tahun lalu. Sekiranya ia alami perubahan dan dinaikkan – ia sekaligus menamatkan pengekalan OPR yang telah dilaksanakan sebanyak 7 kali bermula Mei 2023.

Screenshot
by Faiz Riziq | Jul 9, 2024 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Kesan tekanan kos semasa, kekurangan pengetahuan pengurusan wang kini didapati 65% pekerja di Malaysia akui berdepan tekanan kewangan dan disebabkan itu ia secara langsung menjejaskan prestasi mereka di tempat kerja.
Dapatan laporan Financial Education Well-being Research Centre (FEWRC) Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ini jelas menunjukkan pengurusan wang yang baik berupaya mempengaruhi kesejahteraan semasa individu.

Berdasarkan perincian lanjut, secara purata 70% pekerja dewasa di Malaysia berada pada tahap kesejahteraan wang terendah adalah pekerja yang berprestasi rendah. Manakala 78% daripada kumpulan ini yang memiliki tahap kewangan yang stabil pula memiliki jangkaan produktiviti yang baik ketika bekerja.
Berikutan situasi ini, ia turut mendorong kepada tahap kesetiaan pekerja dalam sesebuah organisasi dan syarikat. AKPK mendapati 91% pekerja dewasa yang tiada masalah pengurusan wang cenderung lebih setia kepada syarikat mereka berbanding 89% yang berdepan masalah tersebut, lebih aktif mencari pekerjaan baharu.

Maka untuk mengatasi isu ini, keperluan pendidikan kewangan harus diperluaskan, ini termasuklah komitmen para majikan. Berlandaskan tuntutan itu, sekitar 74% pekerja negara ingin menambah-baik isu tersebut dengan menghadiri kursus kewangan namun hanya 48% majikan pula menyatakan ketersediaan mereka untuk menganjurkan keperluan tersebut.

by Faiz Riziq | Jul 5, 2024 | Fakta & Informasi, Perbankan
Menyedari kebelakangan ini, pengguna negara sering berdepan isu melibatkan gangguan khidmat dalam talian bersama perbankan – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan situasi ini membolehkan tindakan penalti dan penyeliaan dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Ini selari dengan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – bagi mana-mana bank melanggar perundangan sehingga menyebabkan gangguan khidmat berupaya berdepan denda BNM.
Makluman MOF pada sidang Dewan Rakyat minggu ini, menjelaskan setakat ini BNM telah mengarahkan institusi bank yang terlibat untuk laksana langkah pemulihan dan menambahbaik komunikasi bersama pengguna yang terjejas. Tidak hanya itu penilaian secara berkala turut dilaksanakan BNM untuk mengenalpasti punca utama permasalahan gangguan dan kesannya ke atas pengguna.
Recent Comments