Setelah GXBank, Aeon Bank Dan Boost Bank dilancarkan pada akhir tahun 2023 serta 6 bulan pertama tahun ini – disasarkan kemasukan bank digital baharu yang diterajui konsortium Sea Limited dan YTL Digital pula akan menyusul pada akhir tahun ini.
Menurut laporan StarBiz, aturan itu kekal mengikut garis masa yang telah ditetapkan kedua pihak selepas diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) negara. Buat pengetahuan umum kedua pihak menjadi penerima lesen bank digital negara bagi perlesenan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK) – iaitu penawaran khidmat bank tidak patuh syariah.
Selain Sea dan YTL Digital, pelancaran bank digital KAF Investment Bank di bawah perlesenan bank digital patuh syariah juga turut dinantikan pasaran negara. Secara menyeluruh berdasarkan garis masa pelancaran bank digital di Malaysia – GXBank telah dirasmikan pada 30 November 2023 lalu, disusuli AEON Bank pada 26 Mei 2024 dan Boost Bank pada 6 Jun 2024 lalu.
Pertama – Pemohon-pemohon yang berikut akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK):
Konsortium Boost Holdings Sdn. Bhd. dan RHB Bank Berhad;
Konsortium yang diterajui oleh GXS Bank Pte. Ltd. dan Kuok Brothers Sdn. Bhd; dan
Konsortium yang diterajui oleh Sea Limited dan YTL Digital Capital Sdn Bhd;
Kedua – Pemohon-pemohon yang berikut akan dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI):Konsortium AEON Financial Service Co., Ltd., AEON Credit Service (M) Berhad dan MoneyLion Inc,; dan
Konsortium yang diterajui oleh KAF Investment Bank Sdn. Bhd.
Recent Comments