44% CEO Rancang Bekukan Pengambilan Pekerja Pada 2023 – Susulan Jangkaan Ekonomi Meleset

44% CEO Rancang Bekukan Pengambilan Pekerja Pada 2023 – Susulan Jangkaan Ekonomi Meleset

Sekitar 63% kumpulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Asia Pasifik menjangkakan pada tahun hadapan, 2023 – akan berlakunya kelembapan pada pertumbuhan ekonomi global. Maka tindak balas pada situasi tersebut menurut tinjauan KPMG International, bagi persediaan 6 bulan mendatang sekitar 44% CEO merancang untuk membekukan pengambilan pekerja – langkah itu untuk mengimbangi tekanan kos operasi.

Sementara 43% pula akan meningkatkan harga dan 40% pula bercadang mengurangkan margin keuntungan. Akan tetapi apa yang merunsingkan adalah 29% CEO pula dalam pertimbangan melaksanakan pemberhentian sementara untuk mengukuhkan operasi. Ini bermakna akan terdapat kumpulan pekerja terjejas ketika fasa tersebut berlaku. Melihat pada aliran tersebut, KPMG Malaysia menjangkakan kumpulan syarikat di negara akan berdepan kesukaran untuk membiayai hutang susulan peningkatan kadar faedah semasa. Ia sekaligus mendorong kepada risiko pertumbuhan yang lebih perlahan.

Perbezaan Insurans “Agreed Value” vs “Market Value”

Perbezaan Insurans “Agreed Value” vs “Market Value”

Harga Semasa – Market Value

Menginsuranskan kenderaan mengikut harga pasaran atau dipanggil “Market Value” adalah terjemahan mudah.

Sebagai contoh:

  • Kenderaan anda bernilai rm100k sekarang. Diinsuranskan pada kadar rm100k.
  • Seandainya kenderaan anda terlibat dalam kemalangan yang berakhir dengan status “total loss”, kiraan gantirugi akan dibuat dengan harga pasaran di masa itu.
  • Jika kenderaan anda telah susut nilai ke rm75k, Syarikat Insurans/takaful akan membayar mengikut nilai semasa itu rm75k.

 

Harga Perjanjian – Agreed Value

Berlawanan dengan menginsuranskan kenderaan anda megikut harga pasaran. “Agreed Value” adalah harga yang ditetapkan oleh syarikat Insurans/Takaful dan selalunya lebih tinggi dari harga pasaran kenderaan anda sekarang.

Kebaikan:
Kenderaan anda bernilai rm100k sekarang. Diinsuranskan pada harga rm110k
Sama seperti kemalangan diatas, status kemalangan berakhir dengan “total loss”
Anda sangat bernasib baik kerana menginsuranskan kenderaan anda dengan nilai “agreed value” kerana syarikat insurans/takaful akan membayar penuh rm110k

 

Total loss

Status total loss tidak hanya diguna pakai untuk kerosakkan yang tidak boleh dibaik pulih. Ianya juga diguna pakai apabila nilai baik pulih adalah lebih tinggi dari nilai yang diinsuranskan.

Contoh kerapan:

  • Menginsuranskan kenderaan pada kadar terendah (contoh: 10k) terlibat dalam kemalangan bersama kenderaan lain. Jumlah penuh tuntutan dari semua kenderaan lain terhadap insurans anda + kos baik pulih kenderaan sendiri lebih dari 10k, ini adalah status “total loss”

Keburukan:

  • Status total loss akan tercatat dalam rekod JPJ sebagai kereta lupus. Walaupun dapat diperbaiki, anda tidak akan dapat memperbaharui lagi insurans & roadtax.
Kemelesan ekonomi dunia semakin tinggi, Malaysia tidak terkecuali – Bank Dunia

Kemelesan ekonomi dunia semakin tinggi, Malaysia tidak terkecuali – Bank Dunia

Risiko dunia ke arah kemelesetan ekonomi dilihat semakin tinggi, ekoran peningkatan kadar faedah dari semasa ke semasa dan perkembangan pertumbuhan negara dijangka semakin perlahan. Pengamatan Bank Dunia bersama Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan pada tahun ini dan 2023 akan terdapat satu per tiga daripada ekonomi dunia bakal mencatatkan pertumbuhan negatif selama dua suku berturutan. Lebih membimbangkan susulan kelembapan pasaran, ekonomi dunia bakal kehilangan sekitar $4 Trilion menjelang tahun 2026 – angka kerugian ini bersamaan dengan pertumbuhan negara Jerman.

Malah kerunsingan pakar ekonomi ketika ini adalah impak ke atas ekonomi negara membangun, antara yang tidak terkecuali adalah Malaysia. Di mana pihaknya melihat penurunan nilai mata wang membawa erti paras hutang negara membangun juga akan membebankan, ditambah dengan tekanan inflasi semasa yang terus meningkat meskipun kenaikan kecil. Pihaknya turut akui, pada fasa pemulihan ini, ia memberi kelebihan kepada negara maju – apabila seirng menjadi tumpuan perolehan modal dunia melalui pinjaman besar serta pembelian bon negara. Situasi tersebut secara menerus meningkatkan tekanan pada pembangunan dari sisi makro.

Cara Mengenal Diri Sendiri Lebih Dalam

Cara Mengenal Diri Sendiri Lebih Dalam

Mungkin soalan ini terlintas di fikiran anda, “Adakah penting untuk memahami atau mengenali diri anda?”. Jawapannya, sudah tentu, penting. Sebab, sebelum kita nak dikenali dan kenal orang lain, kita kena faham dan kenal diri sendiri.

Seperti yang pernah dikatakan oleh Buya Hamka, “Mengenal diri sendiri jauh lebih sukar daripada ingin mengetahui peribadi orang lain. Oleh itu, kenali diri anda sebelum mengenali peribadi orang lain.”

Oleh itu, mengenali diri sebenarnya adalah salah satu aspek penting untuk menjalani kehidupan ini agar lebih bahagia dan fokus. Jadi, macam mana kita nak kenal diri dan apa faedah mengenali diri kita? Ya, pilihan yang tepat kerana artikel ini akan membincangkannya. Namun, sebelum menjawab kesemua persoalan di atas, kita perlu memahami terlebih dahulu erti mengenal diri artikel di bawah yang memberikan bukan sahaja teori, amali tetapi juga pengalaman penulis dengan terus terang dan jujur.

 

Pengertian Mengenal Diri Sendiri

Mengenal diri bermakna memahami sepenuhnya semua elemen dalam diri anda, sama ada unsur psikologi, fizikal, moral, potensi dan sosial. Pada dasarnya, kita sebagai manusia memang mempunyai dua entiti iaitu berkenaan dengan jasmani dan rohani. Dari segi fizikal, mungkin kita boleh mengetahui dan memahaminya, tetapi bagaimana pula secara rohani? Ini menunjukkan bahawa mengenali diri sendiri bukanlah mudah.

Supaya kita dapat mengenali dan memahami diri kita dengan sebaik mungkin, mula menentukan watak yang menjadi keistimewaan kita, kemudian melakukan muhasabah untuk memahami jati diri dan keperibadian kita. Untuk butiran lanjut tentang cara mengenali diri sendiri, baca penjelasan penuh di bawah, jom!

 

Cara Mengenal Diri Sendiri Lebih Dalam

 

Mengetahui dan Memahami Kekuatan dan Kelemahan

Adalah penting untuk mengetahui dan memahami kekuatan dan kelemahan kita. Tulis sekurang-kurangnya 5 perkara yang menjadi kekuatan dan kelemahan anda supaya anda tahu had anda. Mengetahui kekuatan anda juga bertujuan untuk menjadikan anda lebih bersemangat dan memotivasikan diri anda untuk terus berkembang ke arah yang baik. Kemudian, mengetahui kelemahan diri bukan sahaja untuk menjatuhkan diri, tetapi sebagai bahan penilaian supaya anda boleh keluar dari zon yang anda anggap ‘lemah’.

 

Perhatikan Bidang Yang Dikuasai dan Kurang Dikuasai

Cuba mula memerhati kawasan yang kita mahir dan kawasan yang kita tidak pandai. Ia bertujuan untuk memberitahu kita minat dan potensi kita sendiri. Perlu diingat bahawa jangan terlalu mendesak untuk dapat menguasai semua bidang tertentu dengan tujuan untuk dipuji atau ‘dilihat’ oleh orang lain. Sebaliknya, ia akan mengubah anda sepenuhnya. Kemudian, mengetahui bidang yang dikuasai dan kurang terkawal juga membantu kita dalam menentukan ke mana hala tuju dalam kehidupan, dan memahami diri kita bahawa kita sebagai manusia mempunyai batasan sendiri.

 

Jujurlah dengan Diri Sendiri

Apabila kita mengenali diri sendiri, bermakna kita menerima pelbagai perspektif yang membentuk diri kita, baik dari segi personaliti, jati diri, mahupun di mana kita berada sekarang. Kaedah ini sekurang-kurangnya dapat membantu untuk mengetahui semua tentang keperibadian anda, tetapi harus digariskan bahawa kaedah ini bukanlah untuk mengkritik diri sendiri. Apabila anda ingin menilai, amati dan jujur ​​pada diri sendiri apa perkara yang membuatkan kita rasa tidak selesa. Perasaan ini boleh menjadi petunjuk jika kita mengelak sesuatu. Tidak mengapa jika perasaan itu berlaku kerana kita sebagai manusia tidak semestinya suka semuanya kan?

Dengar Suara Hati

Cuba belajar mendengar dan memahami suara dalaman. Hati nurani akan menggambarkan perasaan dan keyakinan diri. Hati nurani juga boleh menunjukkan sesuatu yang menyenangkan, malah menjengkelkan. Daripada ini, kita juga dapat mengetahui mesej yang ingin kita sampaikan kepada diri kita atau orang lain di sekeliling kita. Sebagai contoh, berdiri di hadapan cermin dan cuba menggambarkan diri anda. Apakah perkara yang anda katakan kepada diri sendiri? Adakah mereka perkara positif atau negatif? Atau adakah anda fokus pada penampilan anda?

 

Belajar Menggambarkan Penampilan Anda Sendiri

Cuba untuk menggambarkan penampilan anda, satu contoh ialah penampilan fizikal anda. Jika huraian itu membawa kepada sisi negatif, ubahlah ia menjadi sesuatu yang positif yang ada pada diri anda. Belajar untuk lebih menghargai fizikal anda. Kita ambil contoh, jika hidung mancung membuatkan anda berasa tidak selamat, jadikan pemikiran itu sebagai persepsi positif, sebagai contoh, anggap hidung mancung anda sebagai tarikan atau keunikan anda sendiri. Dengan cara itu, anda boleh lebih menghargai apa yang anda ada. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini, di mana setiap orang tidak akan terlepas dari kekurangan dan kelemahan mereka. Untuk lebih menyayangi diri sendiri, anda boleh membaca buku Love Your Self oleh Relvantiana.

 

Kami juga sediakan Laporan Kenali Diri

 

 

Wah apa itu Laporan Kenali Diri? Baik kami menyediakan satu laporan khas untuk anda memahami diri anda. Laporan ini mempunyai banyak info tentang diri anda. Laporan ini direka melalui kaedah metafizik melalui tarikh lahir, nama penuh & tahun kelahiran anda. Bagi anda yang susah untuk faham atau malas nak mencuba untuk memahami diri anda. Lepaskan tugas anda dengan kami. Kami akan rungkaikan tentang diri anda melalui laporan yang disediakan. Amat mudah bukan? Berminat tak? Kalau ya, jom dapatkan laporan ini yang berharga RM20 sahaja. Klik SINI

Perkara untuk Newbie tentang Saham

Perkara untuk Newbie tentang Saham

Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham, disebut harga di pasaran saham. (Amanah juga sering dirujuk sebagai saham).

Bentuk-bentuk saham berbeza yang didagangkan di Bursa Malaysia:

 

Saham Biasa

Juga dinamakan saham ekuiti, iaitu modal risiko syarikat. Saham biasa memberikan pemegang hak pemilikan dalam syarikat itu, seperti hak untuk berkongsi keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat pengarah. Kewajipan pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu tidak berjaya. Saham biasa lazimnya membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham lain. Sekiranya berlaku pembubaran, saham biasa adalah selepas semua liabiliti lain dalam syarikat.

 

Saham keutamaan

Saham ini memberi hak bagi dividen (biasanya tetap) yang berada pada kedudukan pembayaran sebelum pemegang saham. Saham keutamaan lebih digemari juga apabila berkaitan dengan pembahagian aset setelah pembubaran syarikat. Saham keutamaan umumnya tidak memberi hak mengundi,tetapi hak mengundi boleh dibuat bergantung pada kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham keutamaan bagi tempoh masa yang tertentu.

 

Kronologi untuk lebih anda faham

Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah saham ini merupakan satu perniagaan. Dari pihak pemilik mahupun pelabur ianya satu perniagaan. Dari pihak pemilik, mari kita sama-sama melihat kronologi tentang saham:

Fifi ingin memulakan perniagan menjual satay di kawasan perumahan nya. Sebagai modal permulaan, Fifi mengeluarkan modal sebanyak RM2000 untuk menjalankan perniagan menjual satay. Perniagaan Fifi berkembang dan Fifi memerlukan modal yang lebih banyak untuk perniagaannya. Lalu Fifi pergi ke Bank untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan sataynya. Perniagaan terus berkembang, kini permintaan terhadap Satay Fifi bukan sahaja di dalam negara, malah ke negara jiran. Fifi perlu modal yang lebih banyak dan untuk meminjam wang daripada bank, kadar keuntungan bank sangat tinggi.

Jadi untuk mendapatkan kos yang lebih rendah, Fifi ingin menjual 50% pegangan beliau kepada orang awam untuk mendapatkan modal. Selepas melalui beberapa proses, 200,000 unit saham Satay Fifi akan dijual. Kini syarikat Fifi memakai gelaran ‘Berhad’ sempena penjualan pegangan saham beliau kepada orang awam. Begitulah perjalanan perniagaan sehingga berjaya di apungkan saham syarikat tersebut. Proses apungan saham kepada orang awam pula di panggil “Initial Public Offering” ataupun dalam kata mudah IPO.

Dari pihak pelabur ataupun pedagang saham, mereka boleh terlibat di dalam perniagaan ini dengan beberapa cara iaitu:

Membeli saham ini ketika IPO. Apabila syarikat melakukan IPO, para pelabur atau pedagang boleh lah membeli saham ini dengan lebih awal. Harga pula berdasar kan “offering price” yang di nyatakan didalam prospektus. Para pelabur atau pedagang juga boleh melakukan jual beli saham syarikat selepas syarikat ini “listing” di Bursa Malaysia.

 

Setiap Perniagaan Ada Untung Rugi

Sepertimana yang kita ketahui, untung rugi adalah lumrah kehidupan setiap perniagaan yang ada di dunia ini. Mana mungkin ada bisnes yang untung saja, tak pernah rugi? Sedangkan berniaga nasi lemak di tepi jalan pun, kalau ditakdirkan pagi tersebut hujan lebat; ramai orang mungkin tak singgah untuk membelinya. Maka terpaksalah peniaga tersebut menanggung kerugian pada hari itu. Samalah juga dengan pelaburan saham. Ada saham yang akan untung dan ada saham yang akan rugi.

Online
Hi! Boleh kami bantu?