Saham ialah sekuriti yang mewakili sebahagian modal pemilik dalam perniagaan. Pemegang saham merupakan pemilik perniagaan dan berkongsi kejayaan atau kegagalan perniagaan. Prestasi perniagaan sering boleh diukur dengan jumlah dividen yang diterima oleh pemegang saham dan harga saham, disebut harga di pasaran saham. (Amanah juga sering dirujuk sebagai saham).

Bentuk-bentuk saham berbeza yang didagangkan di Bursa Malaysia:

 

Saham Biasa

Juga dinamakan saham ekuiti, iaitu modal risiko syarikat. Saham biasa memberikan pemegang hak pemilikan dalam syarikat itu, seperti hak untuk berkongsi keuntungan, hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung, memilih dan memecat pengarah. Kewajipan pemilikan juga diberikan dan ini boleh menyebabkan kehilangan wang pelabur jika syarikat itu tidak berjaya. Saham biasa lazimnya membentuk sebahagian besar modal syarikat dan tidak mempunyai hak istimewa ke atas saham lain. Sekiranya berlaku pembubaran, saham biasa adalah selepas semua liabiliti lain dalam syarikat.

 

Saham keutamaan

Saham ini memberi hak bagi dividen (biasanya tetap) yang berada pada kedudukan pembayaran sebelum pemegang saham. Saham keutamaan lebih digemari juga apabila berkaitan dengan pembahagian aset setelah pembubaran syarikat. Saham keutamaan umumnya tidak memberi hak mengundi,tetapi hak mengundi boleh dibuat bergantung pada kegagalan untuk membayar dividen ke atas saham keutamaan bagi tempoh masa yang tertentu.

 

Kronologi untuk lebih anda faham

Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah saham ini merupakan satu perniagaan. Dari pihak pemilik mahupun pelabur ianya satu perniagaan. Dari pihak pemilik, mari kita sama-sama melihat kronologi tentang saham:

Fifi ingin memulakan perniagan menjual satay di kawasan perumahan nya. Sebagai modal permulaan, Fifi mengeluarkan modal sebanyak RM2000 untuk menjalankan perniagan menjual satay. Perniagaan Fifi berkembang dan Fifi memerlukan modal yang lebih banyak untuk perniagaannya. Lalu Fifi pergi ke Bank untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan sataynya. Perniagaan terus berkembang, kini permintaan terhadap Satay Fifi bukan sahaja di dalam negara, malah ke negara jiran. Fifi perlu modal yang lebih banyak dan untuk meminjam wang daripada bank, kadar keuntungan bank sangat tinggi.

Jadi untuk mendapatkan kos yang lebih rendah, Fifi ingin menjual 50% pegangan beliau kepada orang awam untuk mendapatkan modal. Selepas melalui beberapa proses, 200,000 unit saham Satay Fifi akan dijual. Kini syarikat Fifi memakai gelaran ‘Berhad’ sempena penjualan pegangan saham beliau kepada orang awam. Begitulah perjalanan perniagaan sehingga berjaya di apungkan saham syarikat tersebut. Proses apungan saham kepada orang awam pula di panggil “Initial Public Offering” ataupun dalam kata mudah IPO.

Dari pihak pelabur ataupun pedagang saham, mereka boleh terlibat di dalam perniagaan ini dengan beberapa cara iaitu:

Membeli saham ini ketika IPO. Apabila syarikat melakukan IPO, para pelabur atau pedagang boleh lah membeli saham ini dengan lebih awal. Harga pula berdasar kan “offering price” yang di nyatakan didalam prospektus. Para pelabur atau pedagang juga boleh melakukan jual beli saham syarikat selepas syarikat ini “listing” di Bursa Malaysia.

 

Setiap Perniagaan Ada Untung Rugi

Sepertimana yang kita ketahui, untung rugi adalah lumrah kehidupan setiap perniagaan yang ada di dunia ini. Mana mungkin ada bisnes yang untung saja, tak pernah rugi? Sedangkan berniaga nasi lemak di tepi jalan pun, kalau ditakdirkan pagi tersebut hujan lebat; ramai orang mungkin tak singgah untuk membelinya. Maka terpaksalah peniaga tersebut menanggung kerugian pada hari itu. Samalah juga dengan pelaburan saham. Ada saham yang akan untung dan ada saham yang akan rugi.

Online
Hi! Boleh kami bantu?