by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seagate Technology kini memaklumkan pihaknya merancang untuk mengurangkan 8% daripada tenaga kerja di seluruh dunia.
Dalam laporan suku pertama fiskal 2023, Seagate menyatakan Lembaga Pengarah Syarikat baru-baru ini telah meluluskan pelan penstrukturan semula untuk mengurangkan struktur kos. Ia bagi menyelaraskan keperluan operasi syarikat dengan lebih baik, mengambil kira keadaan ekonomi semasa.
Pelan itu termasuk memberhentikan bilangan pekerja kira-kira 3,000 di seluruh dunia, atau 8% daripada tenaga kerja global, serta langkah-langkah penjimatan kos yang lain. Dalam pada itu, Seagate menjangkakan pelan penstrukturan semula berkenaan akan menjimatkan kira-kira $110 juta (~RM518 juta) setahun, bermula suku ketiga fiskal 2023. Perancangan Seagate untuk memberhentikan pekerja ini memberikan petanda terbaharu bahawa permintaan untuk PC dan pelayan awan adalah semakin merosot.
by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Tips, Tinjauan & Statistik
Meskipun mengakui kontrak peralihan Twitter bernilai $44 bilion itu lebih mahal dari apa yang dijangkakannya, Elon Musk dimaklumkan bersedia untuk melengkapkan perjanjian tersebut. Seperti yang dilaporkan, Elon telah diarahkan mahkamah di California untuk menyelesaikan pembelian Twitter pada 28 Oktober 2022, pada jumaat – akhir minggu ini.
Sekiranya gagal berbuat demikian, Elon bersama pengurusan Twitter akan kembali ke mahkamah untuk jalani sesi tuntutan percubaan saman antara kedua pihak ekoran pelanggaran perjanjian jual-beli asal. Berdasarkan situasi semasa, Elon telah mula memberi isyarat bahawa penyelesaian pembelian Twitter kini dilandasan betul – di mana telah menukar profil Twitternya kepada Chief Twit.
by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Tips, Tinjauan & Statistik
Sekiranya geran motor atau geran kereta hilang, anda tidak perlu panik kerana ia biasa berlaku dalam kalangan pemilik kenderaan. Biasanya, geran kereta hilang disebabkan kecuaian sendiri atau geran anda rosak disebabkan kejadian tidak diingini seperti terbakar atau ditenggelami banjir.
Persoalannya, adakah geran kereta atau geran motor ini penting? Secara umumnya, terdapat beberapa situasi yang mungkin memerlukan anda mengemukakan geran kereta original atau geran motor original seperti menjual kenderaan anda kepada pihak ketiga. Jika geran kereta atau geran motor hilang, anda boleh mendapatkan geran yang baharu melalui tiga cara iaitu melalui bank, pejabat JPJ dan kiosk JPJ yang akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam artikel ini.
3 Cara yang Boleh Anda Pertimbangkan Jika Geran Motor, Geran Kereta Hilang
Geran kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) merupakan dokumen yang mengandungi maklumat lengkap tentang pendaftaran kenderaan anda yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Anda boleh menganggap geran kenderaan sebagai kad pengenalan untuk kereta atau motor anda.
Adakah geran kereta atau geran motor diperlukan apabila anda mahu renew roadtax atau tukar hak milik kenderaan? Jawapan pendeknya, tidak. Anda tidak memerlukan geran original untuk tujuan-tujuan sebegini. Namun begitu, sekiranya anda mahu menjual kereta atau motor anda kepada pihak ketiga, anda perlu menyerahkan geran original kepada pembeli. Berikut merupakan tiga perkara yang anda boleh lakukan sekiranya anda kehilangan geran kereta atau geran motor:
1. Geran Kereta/Motosikal di Bank
Cara pertama yang anda boleh lakukan adalah dengan mendapatkan salinan geran kereta atau motor original daripada mana-mana cawangan bank yang telah meluluskan atau memberi loan kereta kepada anda. Kebiasaannya, pihak bank memegang geran kereta original anda sekiranya pinjaman kereta masih belum habis bayar.
Namun begitu, anda masih boleh meminta salinan geran original sekiranya anda membuat permohonan secara bertulis mengikut Akta Sewa Beli Pindaan 2010 yang memerlukan bank mengemukakan VOC kepada pemohon apabila dipohon secara bertulis.
Cara Dapatkan Geran Kereta/Motor dari Bank:
Berikut merupakan cara dapatkan geran kereta atau motor dari bank:
- Kunjungi mana-mana cawangan bank yang memberi pinjaman kereta anda.
- Lengkapkan borang yang diperlukan.
- Serahkan kad pengenalan (MyKad) kepada pegawai yang bertugas.
- Selepas proses pengesahan (imbasan cap jari), pegawai yang bertugas akan menyerahkan geran kereta original kepada anda.
- Jika anda ingin mendapatkan salinan geran untuk tuntutan insurans, anda hanya perlu membuat panggilan kepada pihak bank.Setelah disahkan, salinan geran akan dihantar kepada anda melalui e-mel.
2. Geran Kereta/Motosikal di JPJ
Anda boleh mendapatkan sijil geran yang asal daripada mana-mana cawangan JPJ yang berdekatan dengan anda. Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk geran kereta dan RM20 akan dikenakan untuk geran motor.
Cara Dapatkan Geran Kereta di JPJ:
Setelah segala dokumen telah disediakan, ikuti langkah-langkah berikut apabila berurusan di kaunter JPJ:
- Bawa kad pengenalan anda (MyKad) dan dokumen lain yang diperlukan.
- Isi dan lengkapkan borang JPJ K7.
- Serahkan MyKad dan borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi kepada pegawai yang bertugas.
- Selepas proses pengesahan, anda akan menerima salinan geran asal seperti yang anda perlukan.
Sebagai pemilik kenderaan yang berdaftar, anda perlu sediakan dokumen-dokumen berikut sebelum berurusan dengan JPJ.
Dokumen-dokumen yang Diperlukan oleh Pemilik Berdaftar
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pemilik berdaftar:
- Borang Senarai Semak Geran Pemilikan Kenderaan.
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi.
- Kad Pengenalan Asal (MyKad) untuk pengenalan diri.
- Bayaran fi yang telah ditetapkan.
- Untuk pemilik motosikal, surat kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari dua tahun.
Selain pemilik berdaftar, permohonan VOC hanya boleh dilakukan oleh mana-mana pegawai agensi kerajaan, syarikat, pegawai organisasi atau waris sahaja. Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan:
Dokumen-dokumen yang Diperlukan Bagi Wakil Pihak Pemilik Berdaftar
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh wakil pihak pemilik berdaftar:
- Borang Senarai Semak Salinan Geran.
- Dua salinan Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi.
- Surat rasmi daripada Agensi/Syarikat/Pertubuhan Kerajaan.
- Bayaran fi yang telah ditetapkan.
- Untuk motosikal, surat kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari dua tahun.
Dokumen-dokumen yang Diperlukan oleh Waris
Berikut merupakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh waris:
- Borang Senarai Semak Salinan Geran.
- Dua Borang JPJ K7 yang telah lengkap diisi.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemilik berdaftar.
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad) penerima.
- Dokumen sokongan yang menjelaskan sebab pemilik berdaftar kenderaan tidak dapat hadir untuk pertimbangan Pengarah Negeri atau pegawai yang diberi kuasa.
- Dokumen sokongan yang membuktikan hubungan antara benefisiari dan pemilik berdaftar.
- Sekiranya pemilik berdaftar atau owner kenderaan telah meninggal dunia, borang JPJK7 hendaklah ditandatangani oleh waris yang telah dilantik oleh Mahkamah atau Pesaka Kecil/Executor/Executrix/Administrator yang telah ditetapkan oleh Mahkamah dalam Surat Pentadbiran (Grant of Letter Administration) atau Surat Probate (Grant of Probate)/Amanah Raya;.
- Bayaran fi yang diperlukan.
- Untuk motosikal, surat kebenaran daripada institusi kewangan sekiranya mempunyai tuntutan hak milik kurang dari dua tahun.
3. Geran Kereta/Motosikal di Kiosk JPJ
Selain memohon geran di kaunter, anda juga boleh mendapatkan salinan geran kereta atau geran motosikal dari mana-mana kiosk JPJ yang terdapat di seluruh Malaysia. Langkah ini lebih mudah jika dibandingkan dengan dua cara yang telah dijelaskan di atas.
Cara Print Geran Kereta di Kiosk JPJ:
Berikut merupakan langkah-langkah yang anda perlu ikuti sekiranya mahu mendapatkan geran kereta atau geran motor di kiosk JPJ:
- Masukkan MyKad anda dan letakkan ibu jari kanan anda pada pengimbas cap jari.
- Pilih Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).
- Semak maklumat berkaitan yang dipaparkan untuk tindakan lanjut.
- Masukkan kad debit anda untuk membuat pembayaran.
- Anda akan dicaj RM50 (untuk geran kereta original) untuk setiap transaksi yang berjaya.
- Pilih cetakan resit sekiranya anda memerlukannya.
Kesimpulan
Sebaik sahaja anda mendapat salinan geran kereta atau geran motor yang baharu, pastikan anda menjaganya dengan baik supaya ia tidak hilang sekali lagi. Anda boleh membuat beberapa salinan untuk disimpan atau simpan dalam fail bersama dokumen kenderaan yang lain. Walaupun VOC ini boleh diakses secara online, anda masih memerlukan geran kereta atau geran motor original apabila hendak menjual kereta atau motor anda.
Selain itu, jika anda mempertimbangkan untuk mendapatkan insurans kereta terbaik di Malaysia? Tak perlu cari jauh-jauh, dapatkan insurans kereta anda dengan KMC! Selain insurans kereta, anda juga boleh mendapatkan insurans motor dan insurans rumah di KMC!
by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
AEON menjangkakan dalam 12 bulan mendatang, pihaknya berupaya melaksanakan ujian rintis ke atas bank digitalnya iaitu ACS Digital menjelang Oktober 2023.
Seperti yang umum ketahui, pada akhir April lalu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – AEON menjadi antara 5 syarikat diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjadi penerima lesen bank digital negara.
Perkongsian bank digital melibatkan AEON Financial Service, AEON Credit Service dan MoneyLion Inc ini secara menyeluruhnya disasarkan akan hadir ke pasaran umum pada tahun 2024. Dan untuk persediaan itu, mengikut laporan AEON menjangkakan platform tersebut akan mula meraih keuntungan setelah beroperasi sekitar 4.5 tahun.
Pada masa yang sama, AEON kelak turut merancang melantik Raja Teh Maimunah selaku Ketua Pegawai Eksekutif ACS Digital – yang bertindak mengelola kemajuan pembangunan bank digital mereka. Dimaklumkan lantikan ini akan berkuat kuasa mulai 1 Disember kelak.
Untuk makluman Raja Teh memiliki latarbelakang dalam skop perbankan dan pernah berkhidmat bersama Bursa Malaysia, Pusat Kewangan Kuwait serta CIMB.
by Faiz Riziq | Oct 27, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Sejajar dengan matlamat bank pusat negara untuk melindungi hak pengguna, Bank Islam memaklumkan pihaknya akan beralih sepenuhnya – menggunakan sistem pengesahan Go Secure mulai Jun 2023 kelak.
Go Secure, adalah kaedah pengesahan yang berasaskan aplikasi ini bertindak meluluskan aliran transaksi yang dijalankan di Perbankan Internet Bank Islam (IB) dan aplikasi GO by Bank Islam. Buat pengetahuan umum, pelaksanaan Go Secure telah dijalankan sejak tahun 2020, namun ia sekadar tertumpu pada aliran perbankan elektronik. Kini sistem pengesahan tersebut diperluaskan ke seluruh pengguna Bank Islam.
Ini bermakna Go Secure akan menggantikan perkhidmatan pengesahan i-Access Code (IAC) yang dihantar melalui mesej ke nombor telefon pengguna yang berdaftar. Melalui peralihan ini, ia sekaligus dapat meningkatkan kecekapan keselamatan pengguna untuk menangani ancaman penipuan di masa hadapan.
Recent Comments