Hibah VS Wasiat? Mana Yang Lebih Baik

Hibah VS Wasiat? Mana Yang Lebih Baik

Masih ramai yang memandang enteng akan perkara yang berkaitan pengurusan harta pusaka. Ada juga dalam dilema kerana tidak tahu menahu tentang hibah ataupun wasiat harta pusaka peninggalan mereka kelak. Timbul juga persoalan berkaitan situasi yang memerlukan hibah atau wasiat. Jangan bimbang, penting untuk kenali perbezaan keduanya terlebih dahulu dan keadaan situasi seseorang. Barulah mudah membuat pilihan sama ada perlu buat hibah atau wasiat.

 

 

Beza Hibah Dan Wasiat

Sebelum kita tentukan adakah hibah atau wasiat yang sesuai dilaksanakan, jom kenali terlebih dahulu perbezaan antara hibah dengan wasiat. Hibah merupakan akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain dalam tempoh hidupnya yang dilakukan tanpa sebarang balasan. Proses Hibah ini memerlukan ijab dan qabul, juga pemindahan hak milik harta boleh dilakukan ketika pemilik harta masih hidup atau selepas kematiannya.

Wasiat pula merupakan suatu janji atau disebut sebagai iqrar yang telah dibuat oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta miliknya untuk disumbangkan kepada pihak tertentu untuk mendapat ganjaran di akhirat kelak. Biasanya penerima wasiat adalah dalam kalangan bukan waris sahaja. Kadar wasiat pula tidak boleh melebihi nisbah ⅓ dan jika melebihi nisbah tersebut, perlu mendapat persetujuan daripada ahli waris yang lain.

 

Antara Hibah Dan Wasiat, Mana Lebih Sesuai?

Bagi menjawab yang mana lebih sesuai antara keduanya, ia perlu bergantung atas keadaan situasi harta milik seseorang individu itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki simpanan KWSP, wang tersebut tidak boleh diwasiatkan dan perlu diberikan kepada penama.

Selain itu, sekiranya terdapat kes yang rumit semasa pembahagian wasiat, mungkin waktu prosesnya memakan masa sekitar lebih 5 tahun. Berbeza dengan hibah, ia tidak memerlukan masa yang lama dan kosnya juga lebih murah. Selain itu, hibah tidak menetapkan jumlah had harta yang boleh dihibahkan. Namun, dalam penerimaan hibah, segala syarat yang ditetapkan perlu diikuti sepenuhnya.

Oleh itu, persoalan berkaitan yang manakah sesuai antara hibah dan wasiat, semuanya terpulang kepada anda. Setiap individu memiliki jumlah harta yang berbeza dan tidak sama nilainya. Oleh itu, anda perlu mengira segala aspek mengenai nilai harta sebelum memilih hibah atau wasiat.

Kesimpulannya, hibah atau wasiat sememangnya penting bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni dalam kalangan ahli keluarga selepas kematian kelak. Tanpa hibah atau wasiat, perbalahan sesama ahli keluarga atau waris dikhuatiri berlaku akibat berebut harta peninggalan tersebut.

Jom hibah atau lakukan wasiat segera sebelum nasi menjadi bubur. Hubungi kami segera untuk dapatkan pelan Hibah atau nak buat wasiat. Kami akan bagi konsultasi percuma.

Elon Musk Beli Twitter Dengan Nilai $44Billion, CEO Twitter Dipecat

Elon Musk Beli Twitter Dengan Nilai $44Billion, CEO Twitter Dipecat

Secara rasminya, Elon Musk kini memuktamadkan drama peralihan Twitter dengan membeli platform media sosial tersebut pada nilai $44 bilion, pada hari ini (28 Oktober).

Bagaimanapun peralihan tersebut dimaklumkan tidak akan menjejaskan 75% atau lebih 5,000 kakitangannya yang digambarkan sebelum ini bakal ditamatkan perkhidmatan. Elon Musk memaklumkan tindakan tersebut tidak akan dilaksanakan.

Akan tetapi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Parag Agrawal bersama CFO Ned Sagal dan Ketua Polisinya Vijaya Gadde dilaporkan telah dipecat serta-merta. Ini bermakna bahagian pengurusan kanan platform media sosial tersebut yang terkesan.

Berbalik kepada matlamat Elon, peralihan Twitter ini kelak akan memperlihatkan perubahan hala tuju media sosial tersebut – antaranya menjadikan ia sebuah aplikasi super dan lebih bebas.

Gaji Pekerja Di Malaysia Akan Meningkat Lebih 2% Menjelang 2023

Gaji Pekerja Di Malaysia Akan Meningkat Lebih 2% Menjelang 2023

Malaysia disasarkan bakal menaikkan gaji pekerja pada kitaran 2.2% bagi tahun hadapan, 2023. Jangkaan ini sekaligus meletakkan negara antara 10 negara di dunia yang akan menaikkan gaji pekerja mereka. Tinjauan di bawah ECA International berkaitan laporan Trend Gaji ini jelas menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-6, yang akan menaikkan gaji pekerja. Berdasarkan perkiraan, peningkatan gaji benar ini didasari pertumbuhan gaji nominal ditolak dengan kadar inflasi.

 

 

Selain Malaysia, beberapa negara Asia lain turut disasarkan menaikkan gaji benar rakyat mereka – antaranya Vietnam (4.0%), Thailand (2.2%) dan Filipina (1.6%).

  • India (4.6%)
  • Vietnam (4.0%)
  • China (3.8%)
  • Arab Saudi (2.3%)
  • Kemboja (2.2%)
  • Malaysia (2.2%)
  • Thailand (2.2%)
  • Oman (2.0%)
  • Rusia (1.9%)
  • Taiwan (1.8%)
  • Filipina (1.6%)
  • Hong Kong (1.6%)
  • Macau (1.6%)

 

 

UOB Bank Ambil Alih Citi Bank – 1 November 2022

UOB Bank Ambil Alih Citi Bank – 1 November 2022

Seperti yang umum sedari, UOB – United Overseas Bank Malaysia pada pertengahan September lalu telah berjaya meraih kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambilalih perniagaan perbankan pengguna Citibank di Malaysia.

Pelaksanaan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 November ini. Maka melalui peralihan itu, para pengguna Citibank tidak perlu khuatir kerana tidak akan menjejaskan sebarang operasi perbankan mereka. Begitu juga akan status kakitangan Citi Malaysia tidak akan terjejas, dan akan beralih ke UOB Malaysia.

Untuk makluman peralihan sejak Januari lalu ini – UOB tidak sekadar tertumpu pada perubahan aset di Malaysia sahaja tetapi turut melibatkan peralihan aset di Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagi sebarang maklumat lanjut, semua pengguna terlibat boleh layari laman rasmi Citibank untuk perincian seterusnya.

Peniaga Dakwa TikTok Kenakan Caj Jualan

Peniaga Dakwa TikTok Kenakan Caj Jualan

Beberapa peniaga tempatan mendakwa TikTok Shop memotong pendapatan mereka untuk kos penghantaran percuma bagi jualan beberapa bulan lepas. Kongsi mereka, jualan-jualan tersebut menggunakan baucar pemghantaran percuma, lantas sepatutnya ditanggung oleh TikTok.

 

Namun, selepas berbulan-bulan, TikTok mengecas mereka pula. Bukan itu sahaja, malah cas tersebut berkali ganda lebih mahal sehingga ada yang ratusan ringgit. Sorang peniaga berkata beliau dicaj sebanyak sekitar RM300 untuk kos penghantaran jualan yang berlaku pada Julai lalu, sedangkan barang dijualnya hanyalah tudung.

 

 

Berdasarkan perkongsian ini, 3 perkara berkait yang membuatkan penjual berasa teraniaya ialah:

  • TikTok diam-diam ambil duit daripada peniaga (antaranya untuk kos penghantaran yang sepatutnya percuma).
  • TikTok tidak beritahu penghantaran percuma ditanggung peniaga.
  • TikTok hanya cas kos tersebut selepas berbulan-bulan jualan tersebut selesai.

 

 

Jika perkara ini benar, TikTok dilihat seolah-olah memperdaya peniaga kerana mengenakan caj penghantaran selepas lama transaksi berlaku. Jika TikTok sejak awal memaklumkan kos penghantaran percuma ditanggung penjual dan mengenakan caj terus dalam transaksi sama, mungkin penjual masih boleh menerimanya.

 

 

Dalam ruangan komen, ada yang berkata ia mungkin disebabkan peniaga yang telah tertekan pautan dihantar scammer namun pemilik hantaran berkata mustahil kerana terlalu peniaga hadapi isu sama. TikTok Malaysia masih tidak memberi komen atas dakwaan ini. Teruskan bersama kami untuk perkembangan seterusnya.

Online
Hi! Boleh kami bantu?