Masih ramai yang memandang enteng akan perkara yang berkaitan pengurusan harta pusaka. Ada juga dalam dilema kerana tidak tahu menahu tentang hibah ataupun wasiat harta pusaka peninggalan mereka kelak. Timbul juga persoalan berkaitan situasi yang memerlukan hibah atau wasiat. Jangan bimbang, penting untuk kenali perbezaan keduanya terlebih dahulu dan keadaan situasi seseorang. Barulah mudah membuat pilihan sama ada perlu buat hibah atau wasiat.

 

 

Beza Hibah Dan Wasiat

Sebelum kita tentukan adakah hibah atau wasiat yang sesuai dilaksanakan, jom kenali terlebih dahulu perbezaan antara hibah dengan wasiat. Hibah merupakan akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang secara sukarela kepada seseorang yang lain dalam tempoh hidupnya yang dilakukan tanpa sebarang balasan. Proses Hibah ini memerlukan ijab dan qabul, juga pemindahan hak milik harta boleh dilakukan ketika pemilik harta masih hidup atau selepas kematiannya.

Wasiat pula merupakan suatu janji atau disebut sebagai iqrar yang telah dibuat oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta miliknya untuk disumbangkan kepada pihak tertentu untuk mendapat ganjaran di akhirat kelak. Biasanya penerima wasiat adalah dalam kalangan bukan waris sahaja. Kadar wasiat pula tidak boleh melebihi nisbah ⅓ dan jika melebihi nisbah tersebut, perlu mendapat persetujuan daripada ahli waris yang lain.

 

Antara Hibah Dan Wasiat, Mana Lebih Sesuai?

Bagi menjawab yang mana lebih sesuai antara keduanya, ia perlu bergantung atas keadaan situasi harta milik seseorang individu itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki simpanan KWSP, wang tersebut tidak boleh diwasiatkan dan perlu diberikan kepada penama.

Selain itu, sekiranya terdapat kes yang rumit semasa pembahagian wasiat, mungkin waktu prosesnya memakan masa sekitar lebih 5 tahun. Berbeza dengan hibah, ia tidak memerlukan masa yang lama dan kosnya juga lebih murah. Selain itu, hibah tidak menetapkan jumlah had harta yang boleh dihibahkan. Namun, dalam penerimaan hibah, segala syarat yang ditetapkan perlu diikuti sepenuhnya.

Oleh itu, persoalan berkaitan yang manakah sesuai antara hibah dan wasiat, semuanya terpulang kepada anda. Setiap individu memiliki jumlah harta yang berbeza dan tidak sama nilainya. Oleh itu, anda perlu mengira segala aspek mengenai nilai harta sebelum memilih hibah atau wasiat.

Kesimpulannya, hibah atau wasiat sememangnya penting bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni dalam kalangan ahli keluarga selepas kematian kelak. Tanpa hibah atau wasiat, perbalahan sesama ahli keluarga atau waris dikhuatiri berlaku akibat berebut harta peninggalan tersebut.

Jom hibah atau lakukan wasiat segera sebelum nasi menjadi bubur. Hubungi kami segera untuk dapatkan pelan Hibah atau nak buat wasiat. Kami akan bagi konsultasi percuma.

Online
Hi! Boleh kami bantu?