Luno Memperkenalkan Cardano Dan Solana Di Platform

Luno Memperkenalkan Cardano Dan Solana Di Platform

Luno, bursa aset digital yang dikawal selia dan terkemuka di Malaysia hari ini mengumumkan penambahan dua lagi mata wang kripto di platformnya iaitu Cardano (ADA) dan Solana (SOL), sekaligus mengembangkan lagi rangkaian aset digital boleh labur mereka.

 

Mulai 21 September, pengguna boleh membeli, menjual dan menyimpan ADA di aplikasi dan laman web Luno, di samping tawaran mata wang kripto yang sedia ada. Luno juga akan menambah SOL ke platformnya mulai 6 Oktober. Memandangkan terdapat minat berterusan dalam penggunaan Bitcoin yang semakin meluas, ADA dan SOL merupakan tambahan mata wang kripto terbaharu dalam portfolio Luno, selepas penambahan Chainlink (LINK) dan Uniswap (UNI) pada awal tahun ini. Langkah ini menjadikan jumlah tawaran mata wang untuk rakyat Malaysia kepada sembilan, dan Luno akan terus memastikan pelabur Malaysia mendapat akses yang lebih luas kepada peluang pelaburan.

 

“Memegang pada kepercayaan membina pelaburan untuk jangka masa panjang, kami percaya akan kepentingan menyediakan akses kepada pelanggan terhadap aplikasi kripto yang lebih baharu yang mempunyai potensi menyakinkan pada masa hadapan. Selain itu, melihat akan landskap kripto yang semakin berkembang, kami berhasrat untuk memperkasakan literasi kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan memupuk pemahaman yang lebih mendalam mengenai aset digital dan pelaburan. Lebih penting lagi, kami mahu pelabur sentiasa berkembang maju dalam perjalanan kripto mereka bersama Luno tanpa perlu risau akan keselamatan yang dikawal rapi oleh Luno”, kata Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang.

 

“Kami ingin mengatasi kerumitan berkaitan mata wang kripto, serta menyediakan platform yang mudah untuk orang ramai melabur dan belajar. Pelabur tidak perlu membuat pelaburan yang besar untuk bermula tetapi mereka boleh membina dan mengembangkan pelaburan mereka dari masa ke masa dengan jumlah yang lebih kecil yang mana jumlah minimum untuk mula melabur di Luno hanyalah RM1”, tambah Tang.

 

Cardano sering digambarkan sebagai ‘evolusi generasi akan datang’ Ethereum. Mata wang kripto ini dijangka bakal menjadi platform yang paling berskala dan mampan untuk menjalankan aplikasi yang tidak berpusat (dApps) dengan mengambil pendekatan berkaedah, berasaskan penyelidikan dalam pembangunannya. Solana pula adalah rantaian blok terpantas di dunia dan ekosistem yang paling pesat berkembang dalam kripto, dengan beribu-ribu projek merangkumi kewangan tidak berpusat (DeFi), token tidak sepiawai (NFT), Web3 dan pelbagai lagi. Menurut Tang, meskipun ADA dan SOL memenuhi piawaian ciri keselamatan Luno, tersenarai di Luno bukan jaminan mata wang kripto tersebut mempunyai potensi pelaburan untuk masa hadapan. “Luno menilai aset prospektif berdasarkan faktor seperti keselamatan, pematuhan dan utiliti, namun kami sentiasa menggalakkan mereka yang ingin melabur dalam kripto untuk melakukan penyelidikan yang sewajarnya dan membuat pertimbangan yang baik sebelum melabur. Luno hanya menawarkan pilihan pelaburan yang paling menarik, untuk jangka masa panjang. Dalam beberapa bulan akan datang, pelanggan dapat meneroka dan melabur dalam lebih banyak peluang untuk memanfaatkan dan menjadi sebahagian daripada sistem kewangan global baharu.”

 

Sebagai sebahagian daripada pelancaran mata wang kripto baharu, pelabur dapat menikmati diskaun 50 peratus untuk Beli dan Jual Segera, di samping pengurangan yuran Luno Exchange untuk Cardano dari 21 September hingga 20 Oktober 2022 dan Solana dari 6 Oktober hingga 7 November 2022. Untuk butiran lanjut mengenai promosi, sila rujuk halaman yuran dan kemudahan Luno.

BNM Sasar Tanpa Tunai Naik 15% Setiap Tahun

BNM Sasar Tanpa Tunai Naik 15% Setiap Tahun

Memahami lonjakan kaedah nirtunai (tanpa tunai) melalui pendekatan e-pembayaran semakin meluas, Bank Negara Malaysia (BNM) kini mulai melancarkan kempen e-Duit buat pemerkasaan sektor ekonomi negara. Pelancaran pada hari ini (29 Oktober) memperincikan matlamat BNM adalah untuk mempercepatkan penerapan nirtunai dalam kalangan perniagaan dan isi rumah sebanyak 15% setiap tahun dan meningkatkan transaksi pembayaran atas talian per kapita daripada 221 kepada 400 transaksi menjelang tahun 2026 kelak.

 

Matlamat dalam tempoh 5 tahun ini akan melaksanakan pelbagai acara bersama penyedia teknologi lain – antaranya mempertingkatkan kesedaran dan menambah baik tahap celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia di pelbagai platform. Untuk makluman sepanjang Oktober, pasukan Bulan Literasi Kewangan telah menjelajah ke 61 lokasi merentas tujuh negeri dan menyediakan sumber pendidikan kewangan secara percuma serta bebas kepada lebih 20,000 rakyat Malaysia. Sumber ini meliputi pengurusan kewangan peribadi, celik kewangan digital, kesedaran tentang penipuan kewangan dan khidmat nasihat pengurusan hutang.

 

Adanya usaha lanjutan ini ia akan turut menyokong agenda Malaysia untuk memperkasakan pendigitalan dalam ekonomi negara.

Raja Melayu Pun Memiliki Saham

Raja Melayu Pun Memiliki Saham

“Eh, Raja Melayu pun ada beli saham?”

 

Pelaburan saham ini terbuka kepada semua orang tidak mengira warna kulit mahupun darjah kebesaran seseorang. Daripada rakyat marhaen sehinggalah kepada raja pun boleh memiliki dan melabur dalam instrumen pelaburan saham ini. Artikel kali ini kita akan melihat saham-saham yang dimiliki oleh raja-raja melayu. Haa, raja pun melabur dalam saham tau!

Jom kita lihat saham-saham yang dimiliki oleh raja-raja melayu ketika ini.

 

  1. Citaglobal Berhad

Citaglobal Berhad yang dulunya dikenali sebagai WZ Satu Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam kejuruteraan minyak dan gas. Antara pemilik saham syarikat ini bukan daripada orang biasa-biasa, tetapi ianya dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri.

 

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

 

 

Jika kita rujuk sumber daripada Bursamarketplace diatas, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan pemegang kedua terbesar dalam syarikat ini dengan memiliki sekitar 12.15% pegangan saham dalam Citaglobal Berhad. Menurut sumber daripadaNews Straits Times pada 19 September 2022, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menambah lagi pegangan baginda dalam syarikat ini.

 

2. Berjaya Food Berhad

Berjaya Food Berhad yang merupakan pemilik kepada rangkaian makanan dan minuman popular di Malaysia, iaitu Starbucks dan Kenny Roger Roasters.

 

 

Menurut laporan kewangan tahunan syarikat Berjaya Food Berhad yang terkini, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Johor memegang sekitar 4.5 juta unit saham BJFOOD ini dan merupakan antara 30 pemegang saham terbesar syarikat ini.

 

 

3. REDtone Digital Berhad

 

REDtone Digital Berhad merupakan syarikat telekomunikasi dan menyediakan perkhidmatan digital di Malaysia.

 

 

Menurut laporan daripada Bursamarketplace diatas, DYMM Sultan Ibrahim, Johor adalah pemegang kedua terbesar dalam syarikat ini. Sultan Johor mempunyai pegangan sebanyak 134.0 Juta unit saham bersamaan dengan 17.13% pegangan dalam syarikat tersebut.

 

Banyak Lagi Saham Dimiliki Raja-Raja Melayu

 

Tiga saham diatas adalah saham patuh syariah yang dimiliki oleh raja-raja melayu ketika ini. Ada juga saham lain yang dimiliki oleh sultan-sultan negeri melayu ini seperti saham syarikat:-

  • Berjaya Asset Berhad
  • 7-Eleven Malaysia Holding Berhad
  • TMC-Life Sciences Berhad
  • Cumanya saham-saham diatas ini adalah saham tidak patuh syariah menurut Majlis Penasihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

 

Jadi, dalam portfolio anda ada tak saham syarikat yang dipegang oleh raja-raja melayu?

Pernah Terfkir Jika Salah Seorang Meninggal, Apa Akan Jadi Dengan Pinjaman Rumah?

Pernah Terfkir Jika Salah Seorang Meninggal, Apa Akan Jadi Dengan Pinjaman Rumah?

“Saya buat pembiayaan perumahan di atas nama saya dan suami. Apabila suami meninggal dunia, adakah saya perlu membayar semuanya?“

 

Ramai orang keliru dengan status pembiayaan perumahan setelah salah seorang daripada mereka telah meninggal. Sebelum ini mereka berdua akan berkongsi wang untuk membayar sejumlah pinjaman rumah, tetapi apabila salah seorang meninggal dunia, adakah bayaran itu diteruskan seperti biasa dengan jumlahnya atau dikurangkan jumlahnya?

Atau tidak perlu bayar langsung? Sedangkan dalam dokumen pembiayaan rumah, tertera kedua-dua nama mereka. Sekiranya anda bertanya kepada pegawai bank atau peguam yang mengendalikan kes kematian pemilik pinjaman rumah ini, pasti jawapan mereka tetap sama. Ia berasaskan kepada apa yang tercatat dalam dokumen Mortgage Reduced Term Takaful (MRTT).

 

 

Mortgage Reduced Term Takaful (MRTT)

 

MRTT adalah sejenis takaful yang melibatkan 3 pihak iaitu peminjam, penjual dan juga bank yang terlibat untuk proses pembiayaan. Dengan adanya MRTT, si mati akan dilindungi daripada membuat bayaran pembiayaan seterusnya.

Ia adalah perlindungan kewangan yang akan diberikan untuk membiayai baki pinjaman rumah si mati sepenuhnya hanya atas nama si mati. Ia bermaksud, jika anda membeli rumah atas dua nama, ia akan dibahagikan mengikut peratus iaitu si mati dan anda. Jika 50-50, maksudnya 50% akan dibiaya oleh MRTT dan anda perlu bayar separuh lagi jumlah harga rumah. Anda perlu jadualkan semula jumlah pembayaran yang akan anda bayar, selepas bayaran si mati dipotong daripada jumlah pinjaman asal.

Sekiranya 100% MRTT hanya diletakkan kepada anda dan tidak langsung cover si mati, bermakna tiada perlindungan kewangan diberikan kepada si mati. Anda terpaksa membayar 100% jumlah pinjaman rumah seperti biasa. Kes-kes sebegini akan menyebabkan rumah disita atau lain-lain lagi kerana pembayar mungkin mengalami masalah kewangan untuk membayar. MRTT ini juga akan diguna pakai jika seseorang itu mengalami kecacatan kekal yang disahkan, bukan hanya kematian sahaja.

 

Bagaimana Nak Tahu Berapa Peratus Perlindungan MRTT Yang Anda Dan Pasangan Ambil?

 

Kita pun terlupa apa yang telah kita buat sewaktu memohon pinjaman rumah dahulu. Tak ingat berapa peratus perlindungan yang diambil untuk setiap orang. Jangan risau, kita boleh hubungi pihak bank yang kita buat pembiayaan rumah tersebut untuk menyemak segala maklumat. Anda juga boleh berbincang dengan pegawai bank berkenaan dengan pembiayaan perumahan selepas berlaku kematian salah seorang peminjam.

 

 

Pentingkah Ambil Takaful Untuk Anak Dari Kecil?

Pentingkah Ambil Takaful Untuk Anak Dari Kecil?

Wujudkah takaful untuk anak? Menjadi satu kerugian sekiranya ibu dan ayah tidak memberikan yang terbaik buat anak. Beringat dan berjaga-jaga, anak juga perlu perlindungan takaful. Bukan untuk dewasa sahaja. Amat jarang kita lihat ibu bapa yang mengambil takaful perubatan untuk anak mereka. Kebanyakan ibu bapa mementingkan hal keperluan dan kemahuan anak seperti makanan, susu formula, pakaian dan sebagainya lagi. Tidak dinafikan, itu memang keperluan penting.

Namun dengan adanya takaful, kita dapat memberi perlindungan kepada anak-anak dengan lebih baik lagi. Segala kemudahan takaful juga telah disediakan. Anda boleh terus mendaftar dan menerima faedahnya pada masa yang diperlukan nanti.

 

 

Perlukah Takaful Untuk Anak?

 

Takaful untuk anak sememangnya amat diperlukan untuk memastikan tahap kesihatan, kesejahteraan dan juga keselamatan mereka lebih terjamin. Ia kerana anak-anak ini akan lebih mudah terdedah kepada bahaya terutamanya dari segi kesihatan. Selain kesihatan, terdapat juga takaful pendidikan buat anak-anak. Oleh itu, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda telah mendaftar takaful lengkap buat anak anda. Terdapat banyak faedah dan kelebihan takaful terhadap anak-anak anda.

 

Sebab Perlu Takaful Untuk Anak?

Walaupun anak masih kecil tetapi mereka berhak untuk mendapat perlindungan. Jom lihat antara kebaikan dan kepentingan takaful buat anak.

 

Mendapat Pampasan Dengan Harga Yang Kompetitif

Biasanya, anak-anak mempunyai kebarangkalian untuk menggunakan semua tuntutan pampasan. Dengan adanya perlindungan takaful anak, perlindungan mereka akan lebih terjamin dan mendapat pampasan dengan harga yang lebih kompetitif.

 

 Mendapat Perlindungan Dan Sokongan

Selain harga yang kompetitif, takaful untuk anak juga diperlukan bagi mendapat perlindungan dari pelbagai jenis penyakit. Jadi segala penyakit, kegagalan organ dan kelainan pada tubuh badan juga akan diberi jaminan untuk dirawat dengan kadar terbaik dan segera. Takaful adalah umpama sokongan apabila seseorang itu dilanda kesukaran seperti masuk hospital, disahkan penyakit dan lain-lain lagi. Bukan sahaja orang dewasa, anak kecil juga turut boleh dilindungi.

 

Tak Perlu Risau Kos Rawatan Perubatan Anak

Ketahuilah bahawa kos perubatan kanak-kanak juga amat mahal dan makin meningkat saban tahun. Dengan adanya takaful untuk anak, kita sebagai ibubapa tidak perlu risau lagi akan kos perubatan mereka kerana dilindungi oleh takaful. Cuba kita bayangkan, jika anak diuji dengan kemerosotan kesihatan pasti memakan kos yang sangat tinggi. Ini salah satu kepentingan takaful untuk anak.

 

Ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan

Bonus ini bagi anda yang mencarum takaful untuk anak dan tidak membuat tuntutan dalam tempoh masa tertentu. Ganjaran bonus ini biasanya akan diperolehi dalam bentuk rebat tunai. Pastikan anda memilih syarikat takaful yang memiliki pelan ini sekiranya mahukan ganjaran bonus yang menarik ini. Oleh itu, ganjaran bonus yang diperolehi semakin banyak sekiranya anda bermula lebih awal.

Kesimpulannya, anak-anak adalah anugerah yang tak ternilai yang dikurniakan oleh tuhan kepada kita. Mereka adalah amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Oleh itu, takaful untuk anak dapat mengurangkan kerisauan kita terhadap mereka sekiranya terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

 

Dana Pendidikan Anak

Mempunyai takaful untuk anak juga banyak kelebihannya. Salah satu kebaikan takaful untuk anak adalah dapat membuat dana pendidikan untuk sambung pelajaran kelak. Terdapat banyak jenis pelan takaful, anda boleh memilih takaful yang mempunyai faedah pendidikan ini. Semua yang kita lakukan adalah untuk kepentingan anak, jadi jangan buang masa lagi. Takaful untuk anak sememangnya penting untuk jangka masa yang lama. Kurangkan kerisauan anda apabila anak-anak dilanda ujian kesihatan dengan mengambil perlindungan takaful sekiranya anda mampu. Ini merupakan antara pilihan perlindungan yang ada buat anak-anak anda.

 

Kesimpulan

 

Sebagai ibubapa haruslah merancang untuk masa depan anak. Salah satunya dapatkan takaful perubatan untuk langkah pertama anda sekeluarga untuk mengurangnya risiko kewangan jika anak anda mengalami sebarang penyakit dan kos perubatan telah ditangung oleh perubatan. Masalah kewangan tidak akan terjadi. Pihak KMC, juga ada menawarkan plan takaful untuk bayi. Dengan harga mampu milik, anda boleh merancang untuk keluarga anda nanti. Hubungi kami segera untuk dapatkan sebut harga percuma!

Online
Hi! Boleh kami bantu?