“Eh, Raja Melayu pun ada beli saham?”
Pelaburan saham ini terbuka kepada semua orang tidak mengira warna kulit mahupun darjah kebesaran seseorang. Daripada rakyat marhaen sehinggalah kepada raja pun boleh memiliki dan melabur dalam instrumen pelaburan saham ini. Artikel kali ini kita akan melihat saham-saham yang dimiliki oleh raja-raja melayu. Haa, raja pun melabur dalam saham tau!
Jom kita lihat saham-saham yang dimiliki oleh raja-raja melayu ketika ini.
- Citaglobal Berhad

Citaglobal Berhad yang dulunya dikenali sebagai WZ Satu Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam kejuruteraan minyak dan gas. Antara pemilik saham syarikat ini bukan daripada orang biasa-biasa, tetapi ianya dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Jika kita rujuk sumber daripada Bursamarketplace diatas, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan pemegang kedua terbesar dalam syarikat ini dengan memiliki sekitar 12.15% pegangan saham dalam Citaglobal Berhad. Menurut sumber daripadaNews Straits Times pada 19 September 2022, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menambah lagi pegangan baginda dalam syarikat ini.
2. Berjaya Food Berhad
Berjaya Food Berhad yang merupakan pemilik kepada rangkaian makanan dan minuman popular di Malaysia, iaitu Starbucks dan Kenny Roger Roasters.


Menurut laporan kewangan tahunan syarikat Berjaya Food Berhad yang terkini, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Johor memegang sekitar 4.5 juta unit saham BJFOOD ini dan merupakan antara 30 pemegang saham terbesar syarikat ini.

3. REDtone Digital Berhad
REDtone Digital Berhad merupakan syarikat telekomunikasi dan menyediakan perkhidmatan digital di Malaysia.

Menurut laporan daripada Bursamarketplace diatas, DYMM Sultan Ibrahim, Johor adalah pemegang kedua terbesar dalam syarikat ini. Sultan Johor mempunyai pegangan sebanyak 134.0 Juta unit saham bersamaan dengan 17.13% pegangan dalam syarikat tersebut.
Banyak Lagi Saham Dimiliki Raja-Raja Melayu
Tiga saham diatas adalah saham patuh syariah yang dimiliki oleh raja-raja melayu ketika ini. Ada juga saham lain yang dimiliki oleh sultan-sultan negeri melayu ini seperti saham syarikat:-
- Berjaya Asset Berhad
- 7-Eleven Malaysia Holding Berhad
- TMC-Life Sciences Berhad
- Cumanya saham-saham diatas ini adalah saham tidak patuh syariah menurut Majlis Penasihat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Jadi, dalam portfolio anda ada tak saham syarikat yang dipegang oleh raja-raja melayu?
Wahh raja pun ada saham juga
Alhamdulilah..
Ampun Tuanku…terbaik Tuanku…Yang sedia ada pun x habis makan..y main saham ni utk buat tambah2 jer ni..bagi patik sikit ye Tuanku😅
Tahniah tuanku