Seagate Technology kini memaklumkan pihaknya merancang untuk mengurangkan 8% daripada tenaga kerja di seluruh dunia.

Dalam laporan suku pertama fiskal 2023, Seagate menyatakan Lembaga Pengarah Syarikat baru-baru ini telah meluluskan pelan penstrukturan semula untuk mengurangkan struktur kos. Ia bagi menyelaraskan keperluan operasi syarikat dengan lebih baik, mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

Pelan itu termasuk memberhentikan bilangan pekerja kira-kira 3,000 di seluruh dunia, atau 8% daripada tenaga kerja global, serta langkah-langkah penjimatan kos yang lain. Dalam pada itu, Seagate menjangkakan pelan penstrukturan semula berkenaan akan menjimatkan kira-kira $110 juta (~RM518 juta) setahun, bermula suku ketiga fiskal 2023. Perancangan Seagate untuk memberhentikan pekerja ini memberikan petanda terbaharu bahawa permintaan untuk PC dan pelayan awan adalah semakin merosot.

Online
Hi! Boleh kami bantu?