Disney Bakal Bekukan Pengambilan & Berhentikan Pekerja

Disney Bakal Bekukan Pengambilan & Berhentikan Pekerja

Setelah beberapa jenama teknologi besar melaksanakan pemberhentian pekerja, kelak Disney pula didapati melakukan tindakan yang sama dalam usaha untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengimbangi kerugian kumpulan yang mencecah sehingga $1.5 bilion pada suku keempat tempoh hari.

Berlandaskan perkongsian memo itu ia tidak sekadar mempertimbangkan pembuangan pekerja tetapi turut akan membekukan pengambilan petugas baharu.

Langkah ini menurut laporan adalah wajar selari dengan sasaran jenama untuk meraih paras pendapatan suku tahunan seperti mana yang ditetapkan Wall Street. Meskipun tindakan sedemikian menjadi taruhan Disney, namun pihaknya kekal optimis mencapai keuntungan melalui segmen penstriman Disney+ pada tahun kewangan 2024.

Sempena 50 Tahun Bandar KL, BNM Keluarkan Duit Syiling Edisi Khas

Sempena 50 Tahun Bandar KL, BNM Keluarkan Duit Syiling Edisi Khas

Bersempena ulang tahun ke-50 bandaraya Kuala Lumpur pada hari ini (14 November), Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengumumkan pengeluaran duit syiling edisi khas untuk meraikan peringatan tersebut setelah ia disytiharkan selaku bandar raya pada tahun 1972 lagi.

Mengikut pengeluaran, terdapat dua kategori iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) danDuit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.). Kedua-dua kategori tersebut akan menampilkan paparan rekaan syiling yang memperlihatkan bangunan tertinggi di kota KL bersama pengangkutan tren dan digandingkan dengan muka jam Bangunan Sultan Abdul Samad – untutk paparan hadapan.

 

 

Sementara rekaan belakang syiling pula akan memaparkan nama BNM selaku pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, berserta logo rasmi KL50. Manakala bangunan Istana Budaya dan elemen daripada Taman Tasik Perdana juga dipaparkan bagi melambangkan KL sebagai pusat kebudayaan dan bandar lestari. Nilai muka 10 RINGGIT dan 1 RINGGIT pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.

Rekaan tersebut menurut BNM bertujuan melambangkan peredaran zaman sejak Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pada tahun 1972 dan telah menyaksikan kemajuan dan perkembangan KL sebagai sebuah bandar raya moden. Bagi tindakan pembelian, orang awam boleh melaksanakan tempahan mulai hari ini sehingga jam 11 malam pada 27 November kelak. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman duit.bnm.gov.my untuk tindakan pembelian.

Pada Akhir 2022, Inflasi Di Malaysia Kekal Tinggi – BNM

Pada Akhir 2022, Inflasi Di Malaysia Kekal Tinggi – BNM

Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka sederhana bagi baki tahun 2022, namun paras tersebut dilihat akan kekal tinggi untuk suku keempat kelak. Makluman Bank Negara Malaysia (BNM) pada tinjauan perkembangan Ekonomi dan Kewangan Suku Ketiga 2022 hari ini (11 November) menjelaskan secara keseluruhannya paras inflasi negara dijangka berpurata pada 3.3% untuk tahun ini.

Perkara ini berlaku susulan permintaan semakin melonjak dikala keadaan kos yang sedang tinggi. Bagi tahun 2023 pula, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos, serta sebarang perubahan yang akan berlaku pada dasar dalam negeri. Namun BNM menegaskan kesan peningkatan inflasi itu akan terus dibendung dengan kawalan harga, subsidi serta lebihan kapasiti yang boleh ditampung dalam ekonomi negara.

Akan tetapi perlu diakui sebarang risiko yang melanda pada pertumbuhan dunia akan turut memberi kesan kepada tekanan kos di Malaysia. Antaranya ketidaktentuan harga komoditi dunia serta konflik perdagangan akan terus berisiko mengugat kesejahteraan bekalan negara.

Lebih 1,000 Pekerja GoTo Akan Diberhentikan

Lebih 1,000 Pekerja GoTo Akan Diberhentikan

Selepas Meta, GoTo (Gojek-Tokopedia) firma teknologi milik Indonesia pula dilaporkan akan membuang lebih 1,000 pekerjanya dalam usaha mengurangkan tekanan kos dan meningkatkan semula status kewangan mereka.

Pengurangan tersebut mengikut makluman Bloomberg akan merangkumi semua bahagian kumpulan dan anggaran tersebut bersamaan dengan lebih 10% tenaga kerja mereka.

Setakat akhir Jun ini, GoTo memiliki sekitar 9,360 pekerja tetap dan 455 pekerja lagi adalah petugas sementara. Berdasarkan jumlah kakitangan tersebut, tidak diperincikan berapa peratusan penamatan pekerja akan berlaku dalam dua kumpulan tersebut.

Penjawat Awam Di Sarawak Akan Naik Gaji – Premier Sarawak

Penjawat Awam Di Sarawak Akan Naik Gaji – Premier Sarawak

Mengambil pendekatan yang diterapkan pada negara jiran Singapura, Sarawak ketika ini dalam pertimbangan untuk mengkaji menaikkan gaji penjawat awam negeri. Langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha pentadbiran negeri untuk membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Menurut makluman semalam Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg melihat pendekatan tersebut akan membantu, tingkatkan daya integriti penjawat awam negeri dan sekaligus menampung tekanan kos sara hidup yang didepani masyarakat awam ketika ini.

Kajian tersebut akan dilaksanakan secara terperinci meliputi sistem bergaji, faedah pencen yang akan dirujuk pada perkhidmatan awam persekutuan. Namun Sarawak melihat pelbagai usaha boleh dilaksanakan negeri tanpa bergantung sepenuhnya kepada jabatan persekutuan (JPA).

Maka untuk merealisasikan usaha itu, ketika ini sebuah rang undang-undang khusus sedang dirangka oleh Sarawak untuk menubuhkan dana kekayaan berdaulat yang dijangka dapat dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.

Online
Hi! Boleh kami bantu?