Bersempena ulang tahun ke-50 bandaraya Kuala Lumpur pada hari ini (14 November), Bank Negara Malaysia (BNM) kini mengumumkan pengeluaran duit syiling edisi khas untuk meraikan peringatan tersebut setelah ia disytiharkan selaku bandar raya pada tahun 1972 lagi.
Mengikut pengeluaran, terdapat dua kategori iaitu Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) danDuit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.). Kedua-dua kategori tersebut akan menampilkan paparan rekaan syiling yang memperlihatkan bangunan tertinggi di kota KL bersama pengangkutan tren dan digandingkan dengan muka jam Bangunan Sultan Abdul Samad – untutk paparan hadapan.

Sementara rekaan belakang syiling pula akan memaparkan nama BNM selaku pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling numismatik dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, berserta logo rasmi KL50. Manakala bangunan Istana Budaya dan elemen daripada Taman Tasik Perdana juga dipaparkan bagi melambangkan KL sebagai pusat kebudayaan dan bandar lestari. Nilai muka 10 RINGGIT dan 1 RINGGIT pula dipaparkan pada bahagian bawah duit syiling tersebut.
Rekaan tersebut menurut BNM bertujuan melambangkan peredaran zaman sejak Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pada tahun 1972 dan telah menyaksikan kemajuan dan perkembangan KL sebagai sebuah bandar raya moden. Bagi tindakan pembelian, orang awam boleh melaksanakan tempahan mulai hari ini sehingga jam 11 malam pada 27 November kelak. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman duit.bnm.gov.my untuk tindakan pembelian.
Wowww…nak 1 hehehe
Tq for sharing
Bestnya… cantik
Wow
Tq sharing
Wahh cantik 😍😍
Boleh simpan buat koleksi