by Faiz Riziq | Nov 17, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Sidang G20 pada minggu ini yang telah berakhir turut mengetengahkan isu pencerobohan data berupaya mengugat kos kerugian tahunan yang perlu ditampung oleh dunia. Menjelang tahun 2024, kegiatan ketirisan data pengguna itu akan membawa kepada nilai kerugian lepasi $5 trilion.
Melihat kepincangan itu, Presiden Joko Widodo pada pengendalian sidang semalam menegaskan segmen keselamatan siber wajar menjadi tumpuan seluruh negara untuk menangani kos kerugian yang bakal didepani dunia melalui pengukuhan polisi ekonomi digital.
Kos ini dilihat tidak sekadar membebankan kos syarikat atau memberi kesan mendalam kepada pengguna yang terlibat bagi jangka masa panjang, tetapi turut berpotensi mengugat status demokrasi dunia dan keyakinan awam ke atas sektor pendigitalan di masa hadapan.
Maka semua negara perlu menyeimbangkan kekuatan pendigitalan negara bagi memastikan isu kebocoran data yang berbangkit dapat dibanteras segera.
Antara syarikat yang pernah berdepan isu kebocoran data adalah seperti Shein, iPay88, Carousell dan beberapa entiti lain.
by Faiz Riziq | Nov 17, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Nationwide Express merupakan salah satu perkhidmatan kurier dan logistik yang telah beroperasi sekian lama, iaitu sejak 1985 yang lepas. Ia telah diasaskan oleh Tan Sri Basir Ismail. Namun, disebabkan oleh pelbagai cabaran, kini Nationwide Express menyatakan mereka akan menamatkan operasi perniagaan pada 15 Disember 2022 kelak. Pengambilan terakhir untuk barangan akan dilakukan pada 7 Disember kelak, dan tiada lagi pengambilan barangan akan dilakukan oleh Nationwide Express.
Sejumlah syarikat logistik lain turut menghadapi cabaran operasi kebelakangan ini, termasuk GDEX dan juga Pos Malaysia.
by Faiz Riziq | Nov 16, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Dalam tempoh 5 tahun lagi, Melaka rancang membangunkan sebuah Taman Tema Disney di Jasin dengan berkeluasan sehingga 80.9 hektar – ini secara langsung menjadikan pembangunan taman tema baharu tersebut antara yang terbesar di ASEAN.
Pembangunan ini menurut perkongsian Exco Pelancongan Warisan Melaka akan melibatkan perbelanjaan menyeluruh mencecah RM2 bilion. Selain itu, Melaka pada masa yang sama turut berhasrat membangunkan sistem Tren Maglev sepanjang 22 kilometer yang akan menghubungkan destinasi pelancongan negeri bersama nilai pelaburan sekitar RM900 juta.
Adanya perancangan sedemikian ini akan meningkatkan kembali trafik pelancongan Melaka seperti sebelum pandemik COVID-19. Tidak hanya pembangunan segmen hiburan tersebut, Melaka pada September lalu turut memaklumkan akan membangunkan laluan antara Malaysia-Indonesia pada laluan antara pesisir pantai di Dumai, Indonesia ke Telok Gong, Masjid Tanah. Buat masa ini langkah tersebut masih lagi di peringkat awal cadangan pembinaan.
Berbalik kepada pembangunan taman tema Disney tersebut, perancangan itu akan memperlihatkan penyertaan beberapa pihak bersama kementerian negeri – antaranya Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).
by Faiz Riziq | Nov 15, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Ekoran mengurangkan tekanan kerugian, syarikat induk Shopee iaitu Sea Group didapati telah memberhentikan sekitar 7,000 pekerjaan bersamaan 10% daripada jumlah petugasnya dalam tempoh 6 bulan. Melihat tindakan Sea mengurangkan tenaga kerjanya ini, mengikut laporan Bloomberg jumlah kerugiannya terkini dijangka lebih besar pada makluman suku ketiga hari ini (15 November). Tidak hanya itu, pertumbuhan hasil juga dijangka terus perlahan pada suku ketiga ini.
Buat pengetahuan umum, Sea akan melampirkan status aliran kewangan suku ketiga kumpulan pada hari ini, menerusi perkongsian tersebut akan diketahui sejauh mana tindakan pemberhentian pekerja Sea akan berlarutan.
Setakat September lalu, Sea telah melaksanakan pemberhentian pekerja pada segmen e-dagang Shopee, selain itu pihak pengurusan tertinggi Sea turut bertindak melepaskan perolehan gaji mereka sehingga syarikat kembali stabil.
by Faiz Riziq | Nov 15, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) pada hari ini (14 November) mengumumkan kerjasama dalam pengukuhan rangkaian pembayaran rentas sempadan bersama sokongan beberapa negara serantau. Ini meliputi kesepakatan dengan Bank Indonesia (BI), Bangko Sentral Ng Pilipinas (BSP), Money Authority of Singapore (MAS) dan Bank of Thailand (BOT).
Aturan di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) Rangkaian Pembayaran Serantau (RPC) itu sekaligus akan menjadikan rangkaian pembayaran rentas sempadan menjadi lebih pantas, murah, telus dan inklusif untuk kegunaan pengguna serantau.
Malah RPC turut dijangka menjadi penyumbang penting dalam mempercepat pemulihan ekonomi serantau dan dapat meningkatkan aktiviti perdagangan, pelaburan, pengukuhan kewangan, pengiriman wang, pelancongan dan kegiatan ekonomi yang lain merentas sempadan.
Kerjasama yang dicapai di Bali pada hari ini juga berpotensi untuk menggalakkan ekosistem kewangan yang lebih yang akan memberikan manfaat khususnya kepada PKS dalam memudahkan penyertaan mereka ke pasaran antarabangsa. Kerjasama ini akan merangkumi beberapa modaliti, termasuk kod QR dan pembayaran pantas.
Usaha ini secara langsung akan mempercepatkan pendigitalan ekonomi dan kewangan di negara serantau.
Recent Comments