by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Tatkala negara masih menanti keputusan penuh pembentukan kerajaan Malaysia, Sarawak hari ini (21 November) meneruskan agenda pembentangan Belanjawan Negeri 2023 dengan jumlah peruntukan RM10.797 bilion. Selari dengan tema mendahulukan rakyat, Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan negeri tersebut memaklumkan pentadbiran negeri ini membangunkan ekonomi Sarawak seiring dengan sokongan teknologi dan inovasi.
Berdasarkan peruntukan itu, ini pecahan Belanjawan Sarawak 2023 yang dilaksanakan;
- Perbelanjaan Mengurus RM3.997 bilion
- Akaun Dana Pembangunan RM6.8 bilion
- Emolumen RM938 juta
- Bekalan dan Perkhidmatan RM1.508 bilion
- Perolehan Aset RM90 juta
- Perbelanjaan Mengurus Lain RM118 juta
Mengikut pengagihan itu, Sarawak menyasarkan tahun 2023 berpotensi memperlihatkan Sarawak menjana lebihan RM238 juta dan menjangkakan peruntukan tahun hadapan akan membantu memperkasakan ekonomi luar bandar Sarawak.
by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Politik Malaysia terus melakarkan sejarah, apabila hasil proses mengundi Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) telah membawa kepada penggantungan Parlimen negara buat pertama kalinya. Di mana memperlihatkan PH dengan 82 kerusi, PN 73 kerusi dan BN 30 kerusi diikuti 35 kerusi untuk parti lain.
Kedudukan tersebut secara langsung jelas akan membawa kepada pembentukan ‘Kerajaan Gabungan’ buat pertama kali di Malaysia. Situasi ini bermakna akan membawa impak yang besar dalam perubahan dasar dan pasaran ekonomi negara.
Melihat pada kesan tersebut, perkongsian pemerhati ekonomi i-CATS University College menjangkakan ekonomi Malaysia akan mengukuh namun senario ini akan menjejaskan sentimen para pelabur negara. Pelabur kemungkinan akan terus ambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Malah situasi ini turut disokong ahli penganalisis Maybank Investment yang menjangkakan ‘pakatan tidak diduga’ itu boleh memberi kesan kepada status ekonomi negara untuk suatu tempoh meskipun ia kekal stabil.
Akan tetapi sebarang perubahan tampuk pimpinan negara, para pemerhati ekonomi melihat usaha memperkasakan dasar kewangan dan belanjawan Malaysia wajar diutamakan demi kepentingan rakyat negara yang kini berdepan paras inflasi 4.5% diikuti kadar faedah di paras 2.75%. Adanya usaha meluluskan Bajet 2023 kelak ini akan membawa kelegaan pada hala tuju Malaysia di masa hadapan.
by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan ini, ia secara langsung meneruskan aliran penurunan nilainya sejak minggu lalu. Penyusutan tersebut dilihat kesan penggantungan Parlimen hasil keputusan PRU15 yang menjejaskan sentimen keyakinan para pelabur.
Setakat jam 9 pagi hari ini (21 November) nilai mata wang tempatan telah susut 290 mata asas (bps) kepada 4.5780/5880 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.5490/5565.
by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Aliran pinjaman bank kelak dilihat akan terus meningkat dan berkembang sehingga 6% pada tahun 2023. S&P Global Ratings pada pemerhatian prospek 2023 melihat pertumbuhan itu dapat diraih susulan sasaran ekonomi Malaysia akan stabil hasil permintaan pengguna dan operasi perniagaan negara yang dijangka semakin meningkat.
Untuk makluman paras KDNK negara disasarkan mencapai 6.6% pada tahun ini bersama purata 4.5% dalam tempoh 3 tahun mendatang. Tambahan pertumbuhan Malaysia akan terus mampan bersama jangkaan pengukuhan modal dan peruntukan negara.
Bagaimanapun S&P kekal akui, tahun 2023 akan menampilkan kadar faedah, inflasi yang lebih tinggi sehingga berisiko menjejaskan permintaan kredit. Khususnya ke atas pengguna berpendapatan rendah dan usahawan kecil. Akan tetapi kehadiran bank digital yang dijangka beroperasi pada tahun 2023 dilihat akan menyeimbangkan permintaan pinjaman negara berdasarkan kesesuaian kemampuan pengguna.
P/S: Kepada pembaca yang nak buat pinjaman bank, boleh melalui pihak kami di KMC. Boleh terus tekan button Whatsapp sebelah kanan dibawah ya.
by Faiz Riziq | Nov 17, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat
Amerika Syarikat (AS) dan China kini mengambil pendekatan untuk mengelakkan dari sebarang konflik Perang Dingin berlaku. Jaminan ini dikongsikan kedua pihak pada pertemuan sidang kemuncak negara G20 (Kumpulan 20) di Bali pada minggu ini.
Pertemuan Presiden Joe Biden dan Presiden Xi Jinping itu mengikut laporan pemerhati ekonomi, akan menjadi langkah permulaan untuk kedua negara mengurangkan ketegangan antara pentadbiran negara.
Kedua pihak menzahirkan untuk laksana ‘persaingan’ secara aman tanpa memulakan konflik demi mencapai keseimbangan dalam sektor ekonomi. Semua ketahui kesan perang perdagangan kedua negara berupaya memberi kesan yang mendalam kepada pertumbuhan global.
Selain mencapai kata sepakat itu, AS dan China turut membincangkan hala tuju isu serantau, peperangan nuklear dan impak ekonomi yang sedang didepani semua pihak.
Akan tetapi meskipun kedua pihak telah menzahirkan matlamat yang sama untuk mengelakkan berlakunya konflik, AS dan China kekal memiliki percanggahan pendapat berhubung isu Taiwan.
Recent Comments