by Faiz Riziq | Nov 24, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada tahun 2023, meskipun alirannya disasar perlahan kepada 4.3% berbanding unjuran asal 8.2% pada tahun ini. Tinjauan RAM Ratings, agensi penarafan negara itu menjelaskan aliran perlahan ini adalah disebabkan kesan tindakbalas pertumbuhan lebih lemah berlaku, terutama kelembapan dalam permintaan elektronik pengguna yang akan memberikan kesan kepada sektor semikonduktor negara.
Selain kesan ini, ketidaktentuan geopolitik turut berupaya menekan negara ke arah senario kemelesetan dan situasi itu akan menjejaskan pertumbuhan negara. Akan tetapi pertumbuhan negara berupaya untuk kekal positif, melalui pengukuhan struktur asas domestik – di mana dengan langkah itu struktur ekonomi akan berterusan meluas.
Setakat ini Malaysia masih perlu bersedia akan sebarang kesan global ke atas ekonomi negara. Khususnya tatkala kenaikan inflasi 4.5% dan lonjakan kadar faedah boleh menyebabkan risiko kenaikan harga negara berterusan berlaku sehingga menjejaskan aliran perbelanjaan pengguna dalam sektor ekonomi.
by Faiz Riziq | Nov 23, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seiring dengan tempoh pemulihan AirAsia X (AAX) kini memaparkan perolehan untung bersih berjumlah RM25.09 juta bagi suku kelima yang berakhir pada 30 September lalu. Prestasi kewangan sukuan itu turut memperlihatkan jumlah hasil kepada RM100.10 juta.
Angka tersebut sekaligus meletakkan AAX di persekitaran yang baik, kekal beroperasi meskipun di bawah tekanan mencabar ekoran kenaikan harga bahan api dan kelemahan nilai Ringgit berbanding AS. Namun kedudukan tunai AAX dilihat melonjak 3 kali ganda kepada RM79.5 juta.
Melihat pada prestasi tersebut, AAX dijangka akan meningkatkan kapasiti penumpangnnya melalui penambahan 13 pesawat A330 menjelang separuh pertama 2023 dan turut dijangka berlakunya pertambahan petugas di masa hadapan.
Buat pengetahuan umum, susulan perubahan status akhir tahun kewangan AAX dilakukan kepada 31 Disember 2022, ini menyebabkan prestasi kewangan suku ini tidak dapat dilaksana secara perbandingan kerana tiada data kewangan tersedia bagi tempoh lalu.
by Faiz Riziq | Nov 22, 2022 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Tips, Tinjauan & Statistik
Di Malaysia sahaja, diperhatikan sekitar 36% ibu bapa telah memulakan langkah mendidik anak mereka tentang kewangan seawal usia 5 hingga 6 tahun. Peratusan itu lebih menggalakkan berbanding 30% ibu bapa di rantau Asia yang mula bertindak sedemikian pada purata usia 7 hingga 10 tahun.
Walaupun tahap peratusan ini mengalakkan namun masih ramai ibu bapa akui mereka tidak pasti akan pendekatan terbaik mahupun cara untuk dapatkan ilmu kewangan untuk tujuan perkongsian.
Goodday dalam usaha mereka memupuk tabiat kewangan dan membuka peluang keusahawanan kanak-kanak melalui GOODDAY KidSTART kini menyatakan pendedahan kewangan kepada anak-anak wajar dimulakan lebih awal. Ini kerana 80% beranggapan tanggungjawab tersebut adalah sebahagian daripada sukatan pelajaran di sekolah.
Malah menyokong pada kekurangan literasi kewangan dalam kalangan belia negara ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) mendapati ramai belia tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik serta lebih cenderung berbelanja melebihi kemampuan mereka. Maka persekitaran ini wajar dibendung dengan lebih awal untuk mempersiapkan anak Malaysia akan risiko kewangan di masa hadapan.
Melalui tindak-balas itu, Goodday pada pelancaran semalam kini menyeru kumpulan ibubapa untuk mengambil peluang bersama anak mereka menyertai Goodday KidStart bagi berkongsikan pengetahuan kewangan dan berkongsikan idea perniagaan kecil bersama rakan industri berkaitan.
Sebarang maklumat lanjut, orang awam boleh layari Goodday Malaysia untuk memberi pendedahan kewangan berganda kepada kanak-kanak negara.

by Faiz Riziq | Nov 22, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Ketidaktentuan ekonomi yang membawa kepada tekanan inflasi dan kenaikan kadar faedah ketika ini secara langsung telah mengakibatkan nisbah pinjaman tidak berbayar (NPL) dalam kalangan rakyat Malaysia disasar akan meningkat 2.5% sehingga 3.0% dalam tempoh 2 tahun akan datang.
Peningkatan ini dijangka akan lebihi daripada paras NPL 1.8% sejak akhir Jun 2022 lalu.
Penelitian S&P Global Rating pada tinjauan Bank Global 2023 Mengikut Negara itu mendedahkan kenaikan segmen hutang yang tidak berbayar ini merangkumi pinjaman yang dilaksanakan oleh isi rumah berpendapatan rendah dan pemain perusahaan kecil sederhana (PKS) yang kini sedang alami situasi sukar menyeimbangkan operasi perniagaan mereka.
Tidak hanya itu kos kredit turut disasar akan berkurangan kepada 30-40% mata asas (bps) tetapi kekal lebih tinggi daripada paras sebelum pandemik COVID-19 kerana bank dilihat akan bertindak waspada di tengah ketidaktentuan global.
Meskipun alami risiko tersebut, perbankan negara dijangka akan kekal kukuh dengan menghampiri pendapatan sebelum pandemik COVID-19 pada 2023 dan akan memperlihatkan persaingan bersama kemunculan bank digital dalam mengimbangi paras hutang serta memenuhi permintaan pinjaman penduduk negara kelak.
by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Tips, Tinjauan & Statistik
Ekoran menerima permohonan daripada ketua-ketua parti politik Malaysia, maka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini menitahkan lanjutan untuk kesemua parti mengemukakan calon Perdana Menteri Ke-10 sehingga jam 2 petang pada 22 November ini.
Oleh itu, calon PM Malaysia akan diteruskan melalui kerjasama Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun dengan mempelihatkan makluman persetujuan pada mana-mana parti yang telah bersepakat bergabung untuk mengemukakan naman calon Perdana Menteri Malaysia kepada Istana Negara.
Langkah tersebut akan membawa perkenan Agong untuk tindakan membentuk kerajaan Malaysia baharu kelak.
Recent Comments