Seiring dengan tempoh pemulihan AirAsia X (AAX) kini memaparkan perolehan untung bersih berjumlah RM25.09 juta bagi suku kelima yang berakhir pada 30 September lalu. Prestasi kewangan sukuan itu turut memperlihatkan jumlah hasil kepada RM100.10 juta.

Angka tersebut sekaligus meletakkan AAX di persekitaran yang baik, kekal beroperasi meskipun di bawah tekanan mencabar ekoran kenaikan harga bahan api dan kelemahan nilai Ringgit berbanding AS. Namun kedudukan tunai AAX dilihat melonjak 3 kali ganda kepada RM79.5 juta.

Melihat pada prestasi tersebut, AAX dijangka akan meningkatkan kapasiti penumpangnnya melalui penambahan 13 pesawat A330 menjelang separuh pertama 2023 dan turut dijangka berlakunya pertambahan petugas di masa hadapan.

Buat pengetahuan umum, susulan perubahan status akhir tahun kewangan AAX dilakukan kepada 31 Disember 2022, ini menyebabkan prestasi kewangan suku ini tidak dapat dilaksana secara perbandingan kerana tiada data kewangan tersedia bagi tempoh lalu.

Online
Hi! Boleh kami bantu?