Twitter Mungkin Muflis – Elon Musk

Twitter Mungkin Muflis – Elon Musk

Setelah mengambil-alih platform media sosial, Elon Musk memberi gambaran Twitter mungkin berdepan muflis, susulan status kewangan syarikat tersebut dilihat tidak seimbang. Buat pengetahuan umum, Twitter sebelum ini telah dilaporkan menanggung kerugian lebih $4 juta setiap hari ekoran perbelanjaan operasi yang tinggi. Tidak hanya itu platform ini turut mengalami kemerosotan apabila ramai pengiklan di maklumkan telah beralih arah dan menghentikan penawaran berikutan berdepan tekanan beberapa pihak.

 

Untuk makluman umum, Musk telah membeli Twitter pada nilai $44 bilion pada akhir Oktober lalu dan kini telah melaksanakan pemberhentian pekerja pengurusan kanan untuk melandaikan komitmen kos operasi mereka.

Mulai Tahun Hadapan, Gaji Pekerja Naik 5%

Mulai Tahun Hadapan, Gaji Pekerja Naik 5%

Bermula tahun hadapan, terdapat potensi untuk pekerja di Malaysia menerima kenaikan gaji median sekitar 5%, ini lebih tinggi berbanding kenaikan 4.8% pada tahun ini. Pengamatan laporan Mercer: Total Remuneration Survey ini mendapati kenaikan tersebut adalah tindak-balas kepada keyakinan majikan berhubung status pasaran semasa. Buat pengetahuan, penelitian kenaikan gaji ini merangkumi pertumbuhan ekonomi serta perkembangan permintaan pasara negara.

Setakat ini dilihat kenaikan gaji median Malaysia melebihi kadar purata Asia Pasifik sebanyak 4.4%. Berdasarkan skop pekerjaan pula, keseimbangan jelas dilihat pada industri teknologi dan peruncitan di Malaysia. Ini kerana kedua industri telah memperlihatkan perolehan yang membrangsangkan pada tahun ini. Meskipun perkembangan gaji bakal berlaku, majikan kekal akui tahun 2023 akan mengehadkan tindakan mereka, khususnya pengambilan pekerja baharu ekoran ketidaktentuan ekonomi kelak.

Mengikut tinjauan sekitar 30% majikan merancang untuk laksana pertambahan pekerja, sementar 1% majikan pula bertindak untuk mengurangkan jumlah pekerja mereka.

Ekonomi Dunia Berkemungkinan Besar Meleset Tahun Depan – CEO JPMorgan Chase

Ekonomi Dunia Berkemungkinan Besar Meleset Tahun Depan – CEO JPMorgan Chase

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JPMorgan Chase, Jamie Dimon, berkata kemelesetan ekonomi global dan Amerika Syarikat (AS) berkemungkinan terjadi menjelang pertengahan 2023, lapor Anadolu.

Inflasi melonjak di AS dan seluruh dunia, kenaikan kadar faedah lebih tinggi daripada jangkaan dan perang Russia-Ukraine dianggap faktor ‘amat serius’ yang boleh menyebabkan kemelesetan, menurut ketua bank pelaburan multinasional dan syarikat perkhidmatan kewangan berpangkalan di AS itu.

“Ini perkara yang amat serius yang saya fikir akan mengheret AS dan dunia, maksud saya, Eropah telah pun mengalami kemelesetan, dan berkemungkinan menyebabkan AS akan mengalami kemelesetan enam hingga sembilan bulan dari sekarang,” kata Dimon kepada CNBC.

Rizab Persekutuan (Fed) AS, antara bank-bank pusat di seluruh dunia, telah menaikkan kadar faedah dengan agresif untuk membendung inflasi, yang kini mencecah pada paras tertinggi dalam tempoh beberapa dekad di kebanyakan negara.

Dimon berkata, Fed ‘menunggu terlalu lama dan bertindak terlalu sedikit’ apabila inflasi di AS melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih 40 tahun. Walaupun Fed dan Pengerusinya, Jerome Powell telah berulang kali pada suku terakhir 2023 berkata bahawa inflasi adalah bersifat ‘sementara’, anggota Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dengan pantas berubah nada apabila perang di Ukraine melonjakkan harga tenaga dan makanan selain meningkatkan lagi tekanan inflasi.

Ketua Fed Chicago, Charles Evans, semalam berkata bahawa Fed akan mengurangkan kadar inflasi ‘dengan pantas’ sambil turut mengelak kemelesetan. Namun, Dimon berkata beliau tidak pasti sejauh mana kemelesetan di AS akan berlaku.

“Ia boleh jadi amat sederhana hingga agak buruk, bergantung kepada apa yang berlaku dengan perang ini. Maka, saya fikir ia akan menjadi buruk, bersedialah,” katanya.

 

IILM Terbit Semula Sukuk US$1.12 Bilion

IILM Terbit Semula Sukuk US$1.12 Bilion

Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) hari ini mengumumkan penerbitan semula sukuk berjangka pendek A-1 bernilai US$1.12 bilion (US$1=RM4.73) dalam tiga siri. Ketiga-tiga siri itu merangkumi terbitan sebanyak US$450 juta bagi tempoh satu bulan pada 4.02 peratus, US$370 juta tenor tiga bulan pada 4.78 peratus dan US$300 juta tenor enam bulan pada 5.10 peratus.

“Terbitan sukuk itu hari ini merupakan lelongan sukuk ke-12 IILM bagi 2022. Lelongan itu mendapat minat yang ketara di kalangan pengedar dan pelabur utama Islam di seluruh pasaran GCC serta Asia, dengan permintaan yang kukuh terutamanya pada tenor satu dan enam bulan.

“Tender kompetitif itu menyaksikan jumlah tempahan yang mantap melebihi US$1.71 bilion, mewakili purata nisbah bidaan kepada penutup sebanyak 153 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Lanjutan daripada penerbitan semula hari ini, IILM telah mencapai terbitan kumulatif setakat ini berjumlah US$12.67 bilion merangkumi 34 siri sukuk.

Subsidi Minyak Bersasar Pada Pertengahan 2023

Subsidi Minyak Bersasar Pada Pertengahan 2023

Sejak awal Julai lalu, pentadbiran negara telah laksanakan tinjauan akan pendekatan terbaik bagi pelaksanaan subsidi minyak bersasar untuk rakyat Malaysia. Melihat pada usaha itu, tempoh yang terbaik untuk usaha tersebut direalisasikan adalah sekitar pertengahan tahun 2023, jangkaan di mana peningkatan inflasi semakin mengecil.

Jangkaan ini menurut perkongsian pemerhati ekonomi Standard Chartered Bank boleh dilaksanakan pada tempoh tersebut, sekiranya hanya 20% daripada pengguna RON95 yang disasarkan makan Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan dijangka akan meningkat sekitar 1.3% atau separuh daripada angka tersebut bagi pengenalan harga baru yang akan diberikan.

Umum ketahui, Tengku Zafrul pada Julai lalu telah menzahirkan ketidakseimbangan pada manfaat yang dimiliki pengguna bahan api yang berpendapatan rendah (B40). Menurutnya setiap RM1 subsidi bahan api, RM0.53 (53%) daripada dinikmati oleh kumpulan T20 (pendapatan tinggi) dan hanya RM0.15 (15%) sahaja dapat dimanfaat oleh B40.

Maka situasi sedemikian perlu diubah, dan jurang kelebihan ini harus ditutup demi kebajikan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Online
Hi! Boleh kami bantu?