ASB vs Unit trust?

Saya selalu ditanya apa beza antara ASB dan Unit trust dari Public Mutual atau CWA. Saya rasa ada yang silap faham sedikit. ASB adalah juga “unit trust”, cuma konsepnya sedikit berbeza. Pelaburan unit trust lebih berisiko rendah berbanding pelaburan saham. Well, high risk high return right?

ASB bermaksud Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang juga merupakan “Unit Trust”. Dana ASB yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini adalah pelaburan “government linked” yang berharga tetap “fixed price”, yang lebih dilaburkan kepada “government linked company” seperti Maybank, CIMB, Petronas, TNB dan lain-lain. Ini bermaksud setiap ringgit yang anda laburkan, anda akan mendapat amount yang sama ketika anda menebus / membuat jualan balik unit ASB anda. ASB memberi pulangan atau agihan pendapatan secara dividend tahunan.

Berbeza sedikit dengan “unit trust” dari Public Mutual atau CWA yang mempunyai harga yang berubah-ubah mengikut harga semasa “fluctuate”. Dana ini yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan melaburkan dana ke dalam pelbagai portfolio yang telah diluluskan seperti : “equity, balanced, fixed income, bond dan money market”, sama ada dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. Setiap portfolio ini mempunyai tahap risiko dan pulangan yang berbeza.

Apabila berlaku jualan semula unit / penebusan unit oleh pelabur, pelabur akan mendapat 2 jenis keuntungan:
1) keuntungan daripada perbezaan harga jual dan harga belian unit amanah;
2) keuntungan daripada agihan (distribution) yang disokong oleh kelebihan compound interest ke atas agihan yang diperolehi pada setiap tahun, dengan syarat agihan tersebut dilaburkan semula sebagai modal tambahan.

Yang mana lebih baik? Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Online
Hi! Boleh kami bantu?