Starbucks, jenama kopi global yang sinonim dengan gaya hidup moden, kini dalam perancangan untuk merombak tenaga kerja korporatnya dengan pengurangan seramai 1,100 pekerja. Langkah ini bagaimanapun tidak akan menjejaskan barista dan staf di cawangan, sebaliknya tertumpu kepada bahagian pengurusan dan operasi korporat.
Ketika ini, Starbucks merekodkan sekitar 16,000 tenaga kerja korporat daripada keseluruhan 361,000 pekerja di seluruh dunia. Pengumuman ini turut memberikan impak positif kepada prestasi saham Starbucks, yang mencatat peningkatan sebanyak 1.6% berikutan jangkaan peningkatan kecekapan operasi dan strategi jualan yang lebih baik.
Walaupun Starbucks belum memberikan perincian mengenai negara mana yang akan terkesan paling besar dengan pengurangan ini, Malaysia yang kini memiliki 411 cawangan dan lebih 5,000 pekerja, akan terus menjadi pasaran penting bagi syarikat ini.
Langkah strategik ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Starbucks untuk memperkukuhkan daya saing dan menyesuaikan diri dengan perubahan dinamik pasaran. Namun, bagaimana impaknya terhadap operasi syarikat dalam jangka panjang masih menjadi tanda tanya.
Apakah pandangan anda mengenai langkah ini? Adakah ia bakal membawa perubahan positif atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda!
Recent Comments