Menjelang bulan Ramadan yang semakin hampir, kerajaan Sarawak mengambil langkah tegas dengan melarang mana-mana premis makanan dan hotel daripada menggunakan istilah berkaitan Ramadan dalam jualan mereka jika tidak memiliki Sijil Halal Malaysia. Pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) ini meliputi penggunaan istilah popular seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Jom Iftar, Selera Ramadan, dan pelbagai lagi dalam promosi makanan mereka.

Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengguna beragama Islam mengenai status halal makanan yang ditawarkan. Larangan ini bukan sahaja terpakai kepada promosi secara fizikal seperti poster dan risalah, tetapi juga melibatkan iklan digital dan media sosial. Mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan ini berisiko berdepan tindakan perundangan serta penalti yang boleh mencecah sehingga RM10 juta.

Tindakan tegas ini mencerminkan komitmen Sarawak dalam memastikan kepatuhan kepada standard halal yang ditetapkan. Namun, adakah langkah ini akan memberi kesan besar kepada industri makanan tempatan? Kongsikan pandangan anda!

P/S: Jika anda berminat untuk mendapatkan pesijilan halal, tak tahu untuk untuk proses, pening dokumen yang banyak, asyik gagal memohon, sila hubungi kami untuk memohon pesijilan halal.

Online
Hi! Boleh kami bantu?