Susulan berlakunya peningkatan kos bahan binaan pada pasaran semasa serta permintaan kediaman yang tinggi – harga rumah di Malaysia dijangka berpotensi naik 10% setiap tahun, sehingga 2025 kelak. Kenaikan ini mengikut tinjauan Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia pada laporan Utusan, tidak sekadar melonjak kesan permintaan semasa tetapi turut berlandaskan kepada faktor lokasi, kemudahan awam yang tersedia dan pembangunan sekeliling.

Di tambah pula kenaikan kos bahan binaan ketika ini menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah sekitar 1.8% sehingga 11.8%, setakat Disember 2022 lalu – turut menyumbang kepada pertambahan kos.

Maka tidak menghairankan sekiranya paras harga rumah sekitar RM200,000 berkemungkinan tidak lagi didapati di pasaran kelak disebabkan kesan kos sedemikian. Malah turut dijangka harga rumah mampu milik berupaya naik disebabkan permintaan semasa semakin tinggi serta gagasan Malaysia untuk menawarkan 500,000 kategori kediaman tersebut menjelang 2025.

Online
Hi! Boleh kami bantu?