by Faiz Riziq | Sep 19, 2024 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Dalam memastikan prestasi ekonomi negara terus berkembang, pelbagai iniasitif sokongan perlu disertakan termasuklah meluaskan kapasiti perlindungan kalangan penduduk negara. Ini kerana menjelang 2044, 14% daripada penduduk Malaysia dijangka berusia 65 tahun ke atas. Susulan situasi ini, Bank Negara Malaysia (BNM) kini beri penekanan untuk penyedia insurans dan takaful meluaskan usaha mereka bagi mengecilkan jurang perlindungan yang masih ketara pada pasaran semasa.
Jelas Gabenor BNM pada sidang penjenamaan semula Asian Institute of Insurance (All) minggu ini, usaha sedemikian akan mengukuhkan lagi jaringan keselamatan kewangan ke atas masyarakat negara. Fenomena yang dikenali sebagai kebanjiran warga emas tersebut, secara ketara akan memperlihatkan penduduk golongan bekerja akan semakin berkurangan dan perlu menanggung penduduk golongan warga emas yang semakin bertambah.
Antara input yang diusulkan BNM adalah memanfaatkan teknologi digital dalam meningkatkan kecekapan data serta kawalan kos yang lebih, diikuti meluaskan pendidikan tentang kepentingan perlindungan, mweujudkan ekosistem insurans yang lebih inklusif khususnya ke atas kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan dan melaksana integrasi bersama pemain serantau bagi memudahkan lagi akses perlindungan dapat dicapai. Adanya kebersamaan ini, BNM menjangkakan lebih ramai pihak meraih manfaat perlindungan yang saksama di masa hadapan.
by Faiz Riziq | Sep 10, 2024 | Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Sejak 2021 sehingga rekod semasa, didapati 10-13% daripada kes bankrap baharu yang didaftarkan di seluruh negara adalah melibatkan kumpulan penjawat awam. Data Jabatan Insolvensi (MdI), memperincikan antara faktor yang mendorong kepada status tersebut susulan memiliki tahap hutang yang serius. Di mana ia diklasifikan sebagai kesalahan di bawah Peratusan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Untuk makluman, tahap hutang serius ini didasari berlandaskan jumlah pendapatan yang dinikmati penjawat awam. Pada pengukuran tersebut, kumpulan terlibat ini hanya membawa pulang jumlah pendapatan bawah daripada 40% sahaja.
Dan lebih jelas, sekiranya individu berdepan tunggakan lebih RM100,000 – maka kumpulan ini telahpun layak dikategorikan muflis menerusi tindakan mahkamah. Secara menyeluruh, setakat Julai lalu MdI sejumlah 159,781 kes bankrap telah direkodkan di seluruh negara dengan pinjaman peribadi dan perniagaan terus menjadi punca utama kegagalan peminjam menguruskan kewangan mereka.
by Faiz Riziq | Sep 6, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Kadar Dasar Semalaman adalah kekal di paras 3.00% – langkah itu sekaligus menjadikan ia kadar yang sama setelah setahun, sejak ia dinaikkan pada Mei 2023 lalu. Pelarasan di bawah sidang Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ini didasari akan persekitaran ekonomi Malaysia yang semakin meluas diimbangi kemasukan pelaburan yang membrangsangkan.
Pertumbuhan eksport yang positif bersama permintaan dalam negeri yang stabil juga turut mengukuhkan lagi pasaran negara. Malah aliran perbelanjaan isi rumah di negara juga kekal berdaya saing, dan disokong prestasi pasaran kerja yang lebih baik berikutan kadar pengangguran telah menurun ke paras 3.3%. Secara menyeluruh, BNM akan terus memantau dan berwaspada akan perkembangan pasaran semasa dan menjamin pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan tatkala keadaan harga kekal stabil.
by Faiz Riziq | Sep 5, 2024 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Hasil kesepakatan Persatuan Bank-Bank Komersial Malaysia (MCBA) dan Persatuan Pegawai Bank Semenanjung Malaysia (ABOM) dalam menambahbaik manfaat kepada kumpulan pegawai bank di Semenanjung negara – kini dimaklumkan peningkatan gaji sebanyak 9.0% telah dikuat kuasakan bermula Januari lalu.
Langkah perjanjian kolektif baharu (CA) ini untuk makluman secara langsung memberi manfaat ke atas sejumlah 3,500 pengawai bank yang berkhidmat di 10 bank komersial di seluruh Semenanjung Malaysia bagi tempoh 2024 sehingga 2026 kelak. Pelarasan gaji ini untuk makluman akan melibatkan kos tahunan tambahan sebanyak RM32 juta terhadap bank yang terlibat dan lebih menarik pegawai bank juga akan menerima kenaikan tahunan sekitar 5% pada setiap tahun.
Selain kenaikan gaji, terdapat juga penambahan faedah tambahan merangkumi bantuan tahunan perayaan sekitar RM1,800 dan elaun digital bulanan RM90 bagi membantu menampung kos penerapan digital kalangan petugas perbankan. Tidak hanya itu, akses elaun perumahan luar bandar turut dinaikkan sehingga 43% di mana petugas berstatus bujang kepada RM900 dan yang telah brkahwin RM1,100. Diikuti akses perubatan dinaikkan sebanyak 27% menjadikan had manfaat tersebut secara tahunan kepada RM4,200.
by Faiz Riziq | Sep 3, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Perbankan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka akan terus mengekalkan pelarasan kadar dasar semalaman (OPR) di paras 3.00%, sepertimana yang ditetapkan sejak Mei 2023 lalu. Aturan itu berikutan seiring dengan paras inflasi semasa, di mana menurut notis Standard Chartered hari ini – inflasi Julai lalu memaparkan paras sederhana dengan 2.0% diikuti inflasi utama sekitar 1.9%. Selain faktor itu, berikutan tiada pengumuman untuk langkah subsidi bersasar selanjutnya maka situasi itu tidak akan memberi kesan yang ketara pada paras inflasi negara.
Namun pasaran negara perlu kekal berjaga, berikutan risiko ketika ini adalah OPR cenderung mengalami kenaikan, tidak lagi penurunan rentetan prestasi ekonomi negara kian memulih. Dan buat pengetahuan umum paras OPR 3.00% telah dikuat kuasakan sejak tahun lalu. Sekiranya ia alami perubahan dan dinaikkan pada 5 September kelak – ia sekaligus menamatkan pengekalan OPR yang telah dilaksanakan sebanyak 8 kali bermula Mei 2023.
by Faiz Riziq | Aug 30, 2024 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Boost Bank, cabang bank digital yang dikelola Axiata Group dan RHB Bank kini bersedia menawarkan akses pinjaman buat kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bermula Oktober kelak. Ketersediaan ini akan dicapai setelah segmen pembiayaan mikronya Boost Credit melengkapkan pemindahan buku pinjaman kepada Boost Bank menjelang September ini. Adanya penyelesaian tersebut, ia akan memudahkan RHB Bank untuk menyediakan akses pinjaman kepadda PKS negara – merangkumi pinjaman modal kerja dan rantaian bekalan.
Selain akses tersebut, Boost Bank turut akan melancarkan kad debit pada September ini. Menerusi kemajuan itu, dijangkakan ekosistem Boost Bank akan terus meluas. Setakat ini sahaja pengguna Boost Life sekitar 11.2 juta dan peniaga negara pula meningkat kepada 656,000.
Recent Comments