Bank Islam Sumbang 1.6 juta – COVID19

Bank Islam Sumbang 1.6 juta – COVID19

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd (BHB) bersama anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.6 juta bagi menyokong usaha kemanusiaan dan berkaitan perubatan dalam menangani pandemik COVID-19.

BHB menyumbang RM1.0 juta kepada Tabung #MusaadahCOVID-19 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri untuk membantu petugas barisan hadapan Islam dan bukan Islam yang terjejas teruk akibat wabak berkenaan

Manakala, Bank Islam, menerusi cabang tanggungjawab sosial korporatnya, AMAL, turut menyediakan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk beberapa inisiatif termasuk bantuan kewangan kepada usahawan mikro yang perniagaannya terjejas teruk akibat pandemik.

Selain itu, inisiatif itu turut merangkumi sokongan bantuan langsung yang akan digunakan untuk menyalurkan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada universiti, rumah anak yatim, rumah orang tua dan orang kelainan upaya (OKU), serta keperluan asas perubatan kepada hospital dan klinik kesihatan daerah; serta pembelian barangan keperluan untuk hospital di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif BHB dan Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed berkata, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, adalah menjadi amanah syarikat untuk menjaga kesejahteraan pihak berkepentingan dan masyarakat setempat.

“COVID-19 memberikan kesan negatif terhadap kesejahteraan dan kebajikan masyarakat dan aktiviti ekonomi di seluruh dunia, lebih-lebih lagi terhadap pengamal perubatan dan usahawan mikro.

“Sumbangan sebanyak RM1.6 juta ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membantu masyarakat terjejas dan kurang bernasib baik yang menerima kesan signifikan ekoran pandemik ini.

“Melalui inisiatif yang dilaksanakan, kami berharap ia dapat meringankan beban semua pihak yang terbabit,” katanya.

Sumbangan ke Tabung #MusaadahCOVID-19 disampaikan kepada Zulkifli Mohammad.

Sumber: Bharian

Ekonomi negara bergantung pada Bank & Sektor Swasta – Malaysia

Ekonomi negara bergantung pada Bank & Sektor Swasta – Malaysia

KUALA LUMPUR: Sektor swasta, terutamanya bank-bank komersial, mempunyai peranan penting dalam memastikan ekonomi Malaysia kekal utuh dalam jangka masa panjang, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC). Dalam kenyataan hari ini, katanya institusi perbankan komersial boleh membantu menyokong ekonomi dengan berkesan menggunakan mudah tunai yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan memberi pinjaman kepada perniagaan yang memerlukan seperti perusahaan kecil dan sederhana dengan prospek yang baik.

"Ini berdasarkan pengalaman daripada krisis kewangan global (2008-2009) yang menunjukkan pertumbuhan pinjaman meningkat dengan perlahan di Amerika Syarikat (AS) menjadi sebab utama di sebalik pemulihan ekonomi, walaupun suntikan mudah tunai yang besar oleh Rizab Persekutuan AS melalui dasar pelonggaran kuantitatif," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. MARC berkata sektor perbankan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding kemelesetan pada 1998 dan 2009.

Pada Februari 2020, jumlah nisbah modal sektor itu lebih tinggi pada 18.4 peratus berbanding 12.6 peratus pada 2009.Kualiti aset tetap stabil pada tahun lepas dengan nisbah susut nilai pinjaman kasar (GIL) pada akhir tahun sebanyak 1.5 peratus. "Berdasarkan senario semasa, bagaimanapun, pinjaman terjejas boleh meningkat, dan pinjaman kepada perniagaan akan berisiko."Bagaimanapun, penting untuk mengetahui jika perniagaan tidak mendapat bantuan yang diperlukan, mungkin terdapat implikasi ekonomi yang lebih besar." GIL bank boleh meningkat kepada paras lebih tinggi dan ini akan menjadi beban ekonomi yang lebih berat kepada bank," katanya.

Semalam, Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata berdasarkan ujian tekanan yang dijalankan ke atas sektor perbankan, impak ekonomi dan kewangan daripada perkembangan ini berada dalam julat kejutan yang terpakai dalam senario yang tidak menggalakkan dalam ujian tekanannya. "Kami melihat daya tahan sektor perbankan kita sebagai aspek yang penting. Ujian tekanan tidak termasuk sebarang campur tangan dasar oleh pihak berkuasa dan tindakan kewangan yang mungkin diambil oleh institusi perbankan itu sendiri. "Dalam senario hari ini, bank dan pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengurangkan impak," katanya.

Dalam Laporan Tahunan 2019 yang dikeluarkan semalam, BNM mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada dalam julat antara -0.2 peratus dan 0.5 peratus pada tahun ini berikutan impak daripada pandemik COVID-19 ke atas ekonomi global dan domestik. MARC turut berkongsi pandangan BNM mengenai jangkaan kemerosotan ekonomi Malaysia pada 2020, berikutan perniagaan yang terjejas oleh pandemik tersebut.Katanya kerajaan telah menyediakan bantuan kepada individu dan perniagaan untuk membantu mereka menghadapi tempoh mencabar ini melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion.

Sumber - Bernama

Giliran Aeon Credit Bagi Penangguhan – Covid 19

Giliran Aeon Credit Bagi Penangguhan – Covid 19

Wabak pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada ekonomi global. Secara mendalam, status kewangan individu serta SME amat terkesan dengan wabak ini.

Bagi pelanggan yang meminjam pembiayaan peribadi, pinjaman motor, serta barang anda layak penangguhan pembayaran selama 1 bulan secara automatik bermula 1 April 2020 dari Aeon Credit. Tidak perlu memohon apa-apa. Pelanggan juga tidak dikenakan sebarang caj.

Kecuali kredit kad, dimana anda boleh menukarkan baki kad kredit kepada pinjaman berjangka selama 36 bulan. Anda boleh hubungi pihak AEON CREDIT untuk memohon perkara ini.

Sebarang pertanyaan, anda boleh melyari laman sensawang www.aeoncredit.com.my.

Tangguhan bayaran tak jejas CCRIS

Tangguhan bayaran tak jejas CCRIS

INDIVIDU atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memilih untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman/ pembiayaan tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan menjejaskan rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) masing-masing.

Bank Negara Malaysia melalui lampiran soalan lazim yang dikeluarkan hari ini berkata, bagaimanapun faedah/keuntungan akan terus terakru (diambil kira) ke atas pembayaran balik pinjaman/pembiayaan yang ditangguhkan dan peminjam/pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang.

Menurut lampiran berkenaan, setiap individu atau pemilik perniagaan PKS perlu berbincang dengan bank masing-masing mengenai kemudahan fleksibiliti pembayaran balik pinjaman dan pembiayaan.

“Ini kerana tidak semua peminjam mempunyai keperluan yang sama dan mereka perlu menghubungi bank masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Menurutnya, semua pinjaman/pembiayaan individu dan PKS (tidak termasuk kad kredit) yang memenuhi kriteria akan secara automatik layak untuk ditangguhkan.

“Bagaimanapun, akaun pinjaman/pembiayaan yang sudah melebihi tunggakan 90 hari tidak layak untuk ditangguhkan.

“Malah, hanya bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan (IKP) yang dikawal BNM menawarkan pakej penangguhan ini,” katanya.

Bank pusat berkata, fleksibiliti itu bertujuan membantu aliran tunai individu dan PKS yang berkemungkinan terjejas akibat Covid-19 dengan institusi perbankan akan menawarkan penangguhan kepada semua pembayaran balik pinjaman/pembiayaan untuk tempoh enam bulan, berkuat kuasa 1 April 2020.

“Tawaran itu diberikan kepada pinjaman/pembiayaan dalam denominasi ringgit yang mempunyai rekod pembayaran baik serta tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020.

“Bagi kemudahan kad kredit, institusi perbankan akan menawarkan penukaran baki terkumpul kepada pinjaman bertempoh tiga tahun dengan kadar faedah yang lebih rendah bagi membantu peminjam mengurus hutang mereka dengan lebih baik,” katanya.

Sumber: Hmetro

Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank – Covid 19

Penangguhan Bayaran Pinjaman Bank – Covid 19

Seperti yang kita tahu, dunia sekarang mengalami ekonomi yang tidak stabil kerana serangan wabak Covid-19 yang telah mengakibatkan ribuan manusia dijangkiti serta ada yang menyebabkan mangsa yang dijangkiti meninggal dunia.

Oleh itu, pihak bank di Malaysia juga telah berbincang untuk memberi penangguhan bayaran dari segi pinjaman peribadi, pinjaman kereta & motor, pinjaman perniagaan serta beberapa jenis pinjaman lain lagi.

Ini kerana ramai orang mengalami gaji yang tidak cukup malah ada yang terpaksa cuti tanpa gaji serta ada yang gaji dipotong akibat wabak ini. Pihak kerajaan Malaysia juga telah memberi "announce" kepada rakyat malaysia untuk meng-hadkan pergerakan dalam tempoh 14 hari bermula 18 Mac ini tadi. Orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar rumah jika tiada keperluan. Ini kerana pihak kerajaan mengambil inisentif untuk memutuskan rantaian wabak ini untuk terus menular di seluruh Malaysia.

Dibawah ini senarai bank-bank yang memberi penangguhan bayaran maksima sehingga 6 bulan. Anda boleh menelefon pihak bank anda untuk "apply" penangguhan ini jika wabak ini memberi impak yang besar dalam kehidupan anda. Anda dikehendaki untuk terus menghubungi pihak bank untuk proses seterusnya. Terima Kasih.

Semoga Bermanfaat.
Sumber - mysumber.com

“Budget” kewangan anda!

“Budget” kewangan anda!

Jika kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal. Anda harus tahu betapa pentingnya pengurusan kewangan peribadi sekiranya ada kecemasan berlaku, kita boleh menggunakan wang tersebut. Wang ini memang tidak akan pernah cukup jika kita tidak pandai menguruskannya dengan bijak. Oleh itu, di bawah ini merupakan tip-tip yang boleh anda ikuti.

Matlamat pengurusan kewangan peribadi:

(A) Persaraan

Ada simpanan atau pelan kewangan untuk bersara. Bergantung kepada keperluan masing-masing, tidak ada satu formula yang tepat mengenai berapa banyak wang yang diperlukan untuk persaraan. Secara mudah, jika kita ingin kekalkan gaya hidup semasa, kita perlukan 60% pendapatan sekarang untuk sekurang-kurangnya 20 tahun. Kalau kita rendahkan gaya hidup, maka jumlah yang kita perlukan pun berkurangan.

Walaupun kita tidak berbelanja sebanyak kita bekerja, namun kos tambahan sewaktu bersara ialah perubatan. Selain KWSP, apakah lagi pelan kewangan kita?

(B) Hutang

Secara ideal, usah berhutang. Namun kita juga faham ia agak sukar dilakukan. Maka, elok hadkan bayaran balik hutang kepada tidak lebih 36% pendapatan bulanan. Kalau lagi rendah, lagi bagus. Sekiranya pendapatan bersih isi rumah kita RM10K sebulan, bayaran balik kesemua hutang sebulan usah lebih RM3,600. Formula ini akan membolehkan kita mempunyai tunai untuk perbelanjaan lain. Ramai orang menjalani kehidupan yang tertekan disebabkan terpaksa membayar hutang yang banyak setiap bulan.

(C) Simpanan

Ada simpanan kecemasan sebanyak sekurang-kurangnya enam (6) bulan gaji. Kalau ada lebih banyak, lagi bagus. Sekiranya pendapatan bulanan isi rumah kita RM10K, maka kita patut ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya RM60K. Simpanan ini digunakan apabila berhenti kerja, mengalami masalah kesihatan dan lain-lain.

Di sini saya berikan 10 tip praktikal bagaimana nak capai matlamat di atas:

#1 – Mengikat Perut

Ikat perut, usah berhutang terutama perkara yang tidak perlu. Elakkan berhutang untuk beli smartphonedan perabot. Apabila kita berhutang barangan sebegini, besar kemungkinan kita habiskan 45% bayaran balik untuk bayar faedah. Buat apa bekerja bagai nak mati untuk bayar faedah?.

#2 – Elakkan Pinjaman Peribadi

Usah buat pinjaman peribadi untuk kenduri kahwin. Apabila pinjam RM50K untuk kenduri kahwin, pasangan berkenaan melangkah ke alam rumahtangga dengan hutang. Apa guna jadi Raja Sehari kalau selepas itu kita jadi Hamba Hutang bertahun-tahun?

#3 – Elakkan Kad Kredit

Gunakan kad debit, elakkan kad kredit. Ia sama seperti bayar tunai, tak berhutang. Ada duit beli, tak ada duit tak perlu beli.

#4 – Bayar Semula Setiap Bulan

Kalau nak gunakan kad kredit, pastikan bayar balik penuh setiap bulan. Usah berhutang. Gunakan credit limit yang rendah, bergantung kepada keperluan dan kemampuan bayar. Ramai orang muflis kerana kad kredit. Kalau kita tak mampu bayar balik kesemua baki kad kredit setiap bulan, itu petanda kita sudah berbelanja di luar kemampuan.

#5 – Menyimpan

Usah naik taraf gaya hidup apabila ada pendapatan tambahan. Maksudnya usah tukar kereta baru apabila naik gaji atau dapat bonus. Gaji naik RM200, bayaran kereta baru pun tambah RM200. Usah buat begitu, gunakan lebihan pendapatan untuk simpanan.

#6 – Sumber Pendapatan Kedua

Selain pendapatan utama, elok ada sumber kedua pendapatan. Ada orang bekerja tetap tetapi membuat bisnes online, latihan, menulis buku atau menyediakan khidmat perundingan. Selain membantu aliran tunai, pekerjaan tambahan ini juga memberikan kita escape plan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pekerjaan utama.

#7 – Elakkan Skim Cepat Kaya

Berhati-hati dengan skim cepat kaya. Usah percaya kalau ada orang janjikan pulangan tetap yang besar dengan pelaburan yang kecil. Kalau mereka ada formula hebat untuk pelaburan, mereka tak cari pelabur individu yang tak banyak duit seperti kita. Ramai yang kayap dengan skim cepat kaya. Kalau ada duit lebih dan nak labur jangka panjang, manfaatkan skim saham amanah (unit trust).

#8 – Elakkan Buat Bisnes Bermusim

Usah habiskan duit untuk buat bisnes bermusim. Orang buat bisnes ikan keli dalam kanvas, kita pun nak buat bisnes ikan keli dalam kanvas. Orang tanam serai wangi, kita pun nak tanam serai wangi. Ramai yang habis wang tabungan (dan rugi) kerana buat bisnes bermusim.

#9 – Jangan Jadi Penjamin

Elakkan menjadi penjamin pinjaman walaupun kepada adik-beradik dan kawan-kawan terdekat sekiranya mereka tidak mampu. Buat penilaian, sekiranya anda percaya mereka tidak ada kemampuan bayar balik atau tidak ada disiplin kewangan, usah jadi penjamin. Ramai hadapi masalah kewangan kerana jadi penjamin kepada orang lain. Hidup jadi kacau-bilau kerana jadi penjamin orang lain.

#10 – Dapatkan Nasihat

Walau berapa pun gaji kita, pastikan ada simpanan. Mulakan dengan menyimpan 10% gaji bulanan dan tingkatkan jumlah tersebut dari semasa ke semasa. Ada banyak instrumen simpanan dan pelaburan yang ada. Dapatkan nasihat mereka yang ada ilmu dalam soal pengurusan kewangan peribadi.

Credit: Tuan Norizan Bin Sharif

Online
Hi! Boleh kami bantu?