by Faiz Riziq | May 11, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
OPR atau dikenali sebagai Overnight Policy Rate, Kadar Dasar Semalaman ini adalah sebuah kadar yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) ke atas pinjaman dana pada seluruh bank di Malaysia. Untuk makluman pembaca, penetapan kadar dasar semalaman ini adalah dibawah pengurusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM. Peranan OPR ini dapat dilihat apabila bank melakukan pinjaman dari perbankan lain disebabkan kekurangan kadar dana simpanan perkhidmatan mereka.
Kesan OPR Naik
Bagi kenaikan kadar OPR ia meliputi dua kesan terhadap individu peminjam iaitu tempoh pembayaran menjadi lebih panjang ataupun kadar pembayaran semakin tinggi. Tindakan itu sememangnya tidak memberi pengguna pilihan yang baik. Bagaimanapun kenaikan pada kadar OPR adalah menunjukkan langkah bank pusat dalam menyeimbangkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Di mana meningkatkan kadar OPR, perbelanjaan aliran tunai negara semakin perlahan dan ia secara terus dapat meningkatkan simpanan negara. Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan dan keadaan pasaran buruh yang bertambah baik terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi.
Ini sebahagiannya telah mengurangkan kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China,” kata Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini.
Kesan OPR Turun
Kebiasaannya apabila kadar OPR semakin menurun, ini menunjukkan kedudukan ekonomi dunia tidak stabil. Malah keadaan pandemik COVID-19 ketika ini turut menjadi faktor utama dalam menyumbang kepada kegawatan tersebut. Penurunan OPR juga adalah bersifat positif. Ini kerana, ia menunjukan inisiatif bank pusat untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara kembali pulih. Dengan adanya pengurangan ini ia mampu mengukuhkan semula dasar fiskal negara.
Tindakan ini secara langsung membantu rakyat membayar kadar faedah pada tahap yang lebih rendah, sekaligus faktor ini meningkatkan simpanan rakyat negara. Penawaran moratorium ke atas pinjaman turut membantu inisiatif tersebut. Seterusnya, penurunan OPR sedikit sebanyak mampu meningkatkan semula aliran tunai perbelanjaan rakyat negara. Kadar faedah yang lebih rendah pada pinjaman sewa beli, peribadi mahupun kad kredit mampu mengurangkan bebanan rakyat.
Ia secara terus dapat merangsang semula ekonomi negara. Selain itu, kadar inflasi negara turut mengalami pengurangan susulan pengurangan pada kadar OPR ini. Secara keseluruhannya, walaupun kadar OPR menunjukkan krisis ekonomi dunia semakin teruk – namun ia juga antara langkah yang baik bagi membantu memulihkan semula pertumbuhan ekonomi negara. Rakyat seharusnya menggunakan peluang ini untuk membina semula kewangan peribadi masing-masing.
by Faiz Riziq | Mar 29, 2022 | Perbankan
Sekiranya anda sudah mula membeli pinjaman peribadi atau pinjaman kereta, anda mungkin akan menemui terma syarat pinjaman bercagar dan tidak bercagar. Jaminan, dalam skop pinjaman, merujuk kepada pemberian hak atas aset yang memiliki nilai kewangan. Oleh itu, akses bagi aset tersebut memberi jaminan kepada pemberi pinjaman bahawa wang boleh dibayar melalui penjualan aset tersebut.
Apakah konsep pinjaman bercagar?
Pinjaman bercagar sering diberikan untuk pembelian aset berharga seperti kenderaan, mesin, atau bangunan. Aset yang dibeli sering digunakan sebagai jaminan bagi sesebuah pinjaman. Sekiranya peminjam gagal melunaskan pinjaman dengan alasan apa pun, pemberi pinjaman perlu menjual aset yang dijamin untuk menuntut kembali wang dan menambahkan hasilnya ke jumlah yang terhutang. Sekiranya aset tersebut dijual kurang dari jumlah yang terhutang, pemiutang akan bertanggungjawab untuk membayar lebihan tersebut.
Apa perbezaannya dengan pinjaman tidak bercagar ?
Oleh kerana peminjam tidak mempunyai barang jaminan, pinjaman tidak bercagar lebih berisiko bagi pemberi pinjaman. Maka, pinjaman tidak bercagar mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi daripada pinjaman bercagar.
Siapa yang akan mendapat faedah daripada pinjaman tanpa jaminan?
Pinjaman tidak bercagar sering diberikan dalam jumlah yang kecil untuk individu secara sukarela misalnya untuk pembaikan rumah. Beberapa bank akan mempunyai pinjaman kereta tanpa jaminan dengan kadar faedah tetap atau berubah. Anggota keluarga akan berfungsi sebagai penjamin untuk pinjaman tanpa jaminan, yang bermaksud mereka bersetuju untuk membayar sekiranya peminjam gagal membayar balik pinjaman tersebut.
Pinjaman Kereta Bercagar
Jenis pinjaman kereta yang paling biasa adalah pinjaman bercagar. Kadar faedah pinjaman kereta terjamin biasanya tetap, yang bermaksud bahawa jumlah pembayaran balik anda akan tetap sama, dan kemungkinan anda akan membayar kadar faedah yang lebih rendah daripada pinjaman kereta tanpa jaminan.
Jadi, manakah yang lebih baik: Bercagar, atau tidak bercagar?
Ini adalah perkara utama yang harus dipertimbangkan. Sekiranya anda benar-benar memerlukan kenderaan dan tidak boleh bekerja tanpanya, pinjaman kereta tanpa jaminan akan membolehkan anda menyimpan kenderaan tersebut dengan risiko tindakan undang-undang daripada pemberi pinjaman anda.
Ini perkara yang kita ingin elakkan kerana ianya akan merosakkan penilaian kredit anda, menjadikan proses untuk mendapatkan pinjaman dan item kredit yang berpotensi lebih sukar. Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran, berbincanglah dengan pemberi pinjaman anda mengenai kemungkinan perubahan kesukaran kewangan, yang mungkin mengakibatkan jangka masa pinjaman anda dilanjutkan atau pembayaran anda dibekukan untuk jangka waktu tertentu.
Pinjaman bercagar, sebaliknya, adalah pilihan yang lebih baik bagi pemberi pinjaman, dan jika anda seorang peminjam yang boleh dipercayai dengan skor kredit yang baik, mereka juga akan selamat untuk anda. Anda tidak perlu risau mengenai kehilangan kereta jika pembayaran dibuat tepat pada waktunya, dan anda masih dapat kadar faedah yang lebih rendah serta syarat yang lebih fleksibel.
by Faiz Riziq | Sep 17, 2021 | Perbankan
Pinjaman peribadi merupakan sejenis pinjaman yang amat popular di kalangan rakyat Malaysia meskipun terdapat tanggapan negatif terhadap peminjam-peminjamnya. Tidak dinafikan terdapat banyak juga kes-kes senarai hitam dan kebankarapan akibat daripada tabiat meminjam yang tidak sihat dan kadar keterhutangan isi rumah Malaysia antara yang tertinggi di Asia tenggara.
Namun begitu,
1) Kadar faedah/keuntungan yang jauh lebih rendah berbanding Kad Kredit.
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila seseorang dikenakan faedah sehingga 18% apabila menggunakan Kad Kredit. Namun, rata-rata di luar sana, hampir setiap orang mempunyai kad kredit. Alasan yang diberikan adalah mudah jalankan transaksi dan sebagai kegunaan untuk masa kecemasan.
Tetapi, faedah pinjaman peribadi hanya sekitar 6-11% sahaja pada kadar tetap dan tempoh pembayaran balik boleh didapati sehingga 10 tahun. Sebab itu ramai orang yang mohon pinjaman peribadi untuk langsaikan hutang kad kredit. Jadi, untuk kemudahan berbelanja, masukkan wang pinjaman tersebut kedalam akaun simpanan dan gunakan kad debit atau perbankan online anda untuk membuat pembayaran.
2) Pinjaman Pelbagai Guna
Pinjaman peribadi adalah amat unik berbanding pinjaman-pinjaman lain seperti pinjaman perumahan, beli kenderaan dll. Anda tidak perlu menyatakan atas tujuan apa pinjaman dibuat. Dalam erti kata lain, suka hati andalah nak buat apa dengan duit itu.
Kebiasaaannya peminjam memohon pinjaman peribadi untuk tujuan-tujuan seperti perkahwinan, pendidikan, melangsaikan hutang, mengubahsuai rumah, melancong, memulakan perniagaan dan lain-lain lagi.
3) Simpanan atau Pelaburan
Untuk mengumpul simpanan dan meletakkan simpanan tersebut dalam instrument-instrumen pelaburan akan mengambil masa mengikut kemampuan anda. Pulangan atau dividen pelaburan juga bergantung kepada jumlah simpanan/pelaburan yang dibuat. Kerana itu adanya produk seperti ASB Loan untuk memenuhi keperluan seperti ini.
Dengan pinjaman peribadi, anda tidak terhad kepada satu instrumen pelaburan sahaja. Terpulang pada anda untuk menilai, institusi pelaburan manakah yang wajar mejadi destinasi pilihan pelaburan anda.
Mungkin juga anda mendapat tips berkenaan saham yang bakal naik harga atau peluang perniagaan yang boleh beri pulangan jangka pendek. Alangkah indahnya jika pada waktu itu anda mempunyai wang tunai untuk mengambil kesempatan ke atas peluang-peluang yang datang bergolek ini.
4) Melonjakkan “Credit Score” Anda
Bukanlah sesuatu yang pelik apabila anda membuat permohonan pinjaman rumah misalnya dan pihak bank bertanyakan tentang pinjaman-pinjaman yang lain. Dalam menilai permohonan pinjaman, “Credit Score” merupakan penanda aras yang digunakan dalam mendapatkan gambaran tentang profil hutang-hutang anda. Dalam erti kata lain, “Credit Score” ini menunjukkan prestasi anda sebagai seorang “paymaster”.
Pihak bank agak sukar memberi pinjam kepada orang yang tidak mempunyai hutang dengan mana-mana institusi kewangan kerana mereka tidak dapat kenal personaliti kredit anda. Lebih banyak hutang yang anda ada, lebih tepat analisis “Credit Score” dapat dibuat dan ini akan menjadi hujah utama dalam menyokong permohonan pinjaman yang sedang anda buat.
5) Penyatuan Hutang
Kadar faedah yang rendah berbanding hutang lain seperti kad kredit dan lain-lain membolehkan anda menggunakan pinjaman peribadi untuk melangsaikan hutang-hutang tersebut dan komitmen bayaran bulanan anda akan menurun. Penyatuan hutang juga akan memudahkan proses menguruskan pembayaran balik kerana sekarang anda hanya perlu bayar pada satu institusi kewangan sahaja berbanding sebelum ini.
Banyak bank dan institusi kewangan menawarkan pinjaman peribadi untuk tujuan ini dan yang menariknya adalah sewaktu proses permohonan, komitmen-komitmen sedia ada yang bakal dilangsaikan nanti tidak diambil kira dalam menentukan kadar keterhutangan anda dan jumlah yang layak dipinjam.
P/S: Pesanan admin, nak pinjam tu boleh, takda masalah, janji kita siap-siap kira yang kita dh boleh mampu bayar bulanan dengan bank & gunakan hasil pinjaman yang lulus tadi untuk kegunaan yang betul dan gunakan untuk berniaga.
Berminat untuk memohon pinjaman peribadi? Isi borang dibawah atau klik butang “Whatsapp” di bucu kanan bawah ya. Terima Kasih
by Faiz Riziq | Jun 1, 2021 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.
Sehubungan itu jelasnya, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan.
Beliau berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan segera pada Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari lima juta peminjam dengan nilai sehingga RM30 bilion.
“Insya-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam ini.
Muhyiddin memberitahu, kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi pada minggu ini dengan nilai peruntukan RM1 bilion dan melalui skim itu, pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.
“Saya menyarankan supaya agensi dan syarikat kerajaan menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman serta diskaun sewa premis perniagaan. Pihak Mara akan meneruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind yang dibuka sehingga 31 Julai 2021.
“Peminjam boleh memohon secara dalam talian untuk membuat penjadualan semula bayaran balik pinjaman pelajaran atau moratorium. Bagi usahawan Mara yang terkesan akibat penutupan ekonomi, pemberian diskaun 30 peratus ke atas sewaan premis perniagaan akan diberi untuk Mei sehingga Julai ini,” katanya.
Sumber-Utusan
by Faiz Riziq | Oct 26, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Pihak iCorp telah berbesar hati untuk berkongsi dengan pihak Pinjaman Peribadi Bank (PPB) beberapa promosi pinjaman peribadi October 2020. Promosi ini adalah khusus untuk mereka yang sedang mencari pinjaman. Jika anda ingin pinjaman peribadi lulus pada hari yang sama, ini adalah pelan pinjaman peribadi untuk anda. Terdapat dua bank yang menawarkan pinjaman peribadi instant approval, iaitu RHB melalui RHB Easy dan Citibank melalui Citibank Personal Loan.
RHB Easy-Pinjaman Express
Pihak RHB menawarkan pinjaman peribadi konvensional RHB Easy untuk mereka yang ingin permohonan pinjaman lulus pada hari yang sama.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM2,000 hingga RM150,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 8.18% p.a.
- Ditawarkan kepada kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri.
- Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
- Lulus segera (instant approval).
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang 21 tahun hingga 55 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar RM3,000/bulan digalakkan untuk kelulusan segera dan permohonan tanpa dokumen.
Citibank Personal Loan
Citibank Personal Loan yang ditawarkan oleh pihak Citibank adalah pelan pinjaman peribadi konvensional dengan tempoh lulus tidak lebih dari 24 jam.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM150,000.
- Tempoh pinjaman dari 24 bulan hingga 60 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 5.88% p.a. (Caj yang lebih rendah untuk pemegang kad kredit Citibank).
- Ditawarkan kepada kakitangan swasta.
- Lulus sehingga 10 kali ganda pendapatan.
- Permohonan tanpa dokumen (paperless application).
- Lulus segera (instant approval).
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM4,000 (untuk pemegang kad kredit Citibank) atau RM5,000 (tidak mempunyai kad kredit Citibank).
Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang (Debt Consolidation)
Untuk mereka yang inginkan pinjaman dengan ciri penyatuan hutang pula, terdapat dua pelan pinjaman peribadi yang sangat sesuai untuk anda mohon.
Bagi yang tidak tahu apa itu penyatuan hutang atau debt consolidation; pinjaman yang mempunyai ciri ini membenarkan anda menghimpun semua pinjaman yang aktif, atau hutang anda ke dalam satu pinjaman baru. Ini memudahkan dan meringankan beban kerana kebanyakan pinjaman peribadi penyatuan hutang mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi dan caj kadar faedah/keuntungan yang rendah.
Alliance Bank CashFirst Personal Loan
Pelan pinjaman daripada Alliance Bank ini membenarkan penyatuan hutang dengan caj kadar faedah yang rendah.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM5,000 hingga RM200,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 4.99% p.a.
- Ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan (kerajaan/GLC/swasta/bekerja sendiri/pesara).
- Penyatuan hutang (debt consolidation).
- Tiada caj proses.
- Tiada caj penamatan awal.
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.
Standard Chartered CashOne Debt Consolidation
Seperti namanya, pinjaman peribadi Standard Chartered ini ditawarkan khas kepada pemohon yang ingin menghimpunkan semua pinjaman mereka kepada satu pinjaman.
Ciri utama pinjaman ini ialah:-
- Jumlah pinjaman dari RM3,000 hingga RM250,000.
- Tempoh pinjaman dari 12 bulan hingga 84 bulan.
- Caj kadar faedah tetap serendah 5.50% p.a.
- Ditawarkan kepada kakitangan sektor swasta.
- Penyatuan hutang (debt consolidation).
- Kad kredit percuma jika lulus.
- Tiada caj proses.
- Tiada caj penamatan awal.
Syarat kelayakan ringkas pinjaman ini ialah:-
- Berumur tidak kurang dari 21 tahun hingga 60 tahun.
- Berpendapatan gaji kasar tidak kurang dari RM3,000 sebulan.
by Faiz Riziq | May 1, 2020 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut. Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.
Beza yang dulu dengan sekarang?
Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan. Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu. Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?
Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar, Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)
Contoh untuk loan kereta,
Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun
Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990
Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:
- Terus bayar lump sum instalment tertangguh 6 bulan itu sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.
- Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.
- Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.
Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.
Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.
Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?
Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.
Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.
- Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.
- Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.
- Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.
- Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)
- RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.
Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak. Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa. Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut. Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.
Sumber - iCorp Consultancy
Recent Comments