by Faiz Riziq | Oct 24, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Tupperware Brands, sebuah jenama global yang terkenal dalam industri barangan bekas simpanan makanan, telah membuat keputusan penting dengan menjual perniagaannya kepada sekumpulan pemberi pinjaman. Langkah ini bernilai $86.5 juta, di mana $23.5 juta merupakan bayaran tunai manakala baki lebih $63 juta melibatkan pelepasan beban hutang yang dihadapi syarikat.
Keputusan untuk menjual perniagaan ini juga menandakan pembatalan rancangan awal untuk melelong aset Tupperware di pasaran terbuka. Sebelum ini, jenama yang telah sekian lama beroperasi ini berhadapan dengan masalah kewangan yang serius hingga terpaksa mempertimbangkan pelbagai langkah bagi menyelamatkan syarikat.
Menurut laporan Reuters, perjanjian penjualan ini membuka jalan kepada kumpulan pemberi pinjaman untuk menguasai jenama Tupperware dan meneruskan operasi perniagaannya di beberapa pasaran utama di seluruh dunia. Antara pasaran tersebut termasuk Malaysia, India, Korea, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico, Brazil, dan China. Dengan persetujuan ini, kumpulan pemberi pinjaman dijangka dapat memanfaatkan kekuatan jenama Tupperware yang masih mempunyai pengaruh besar di banyak pasaran global.
Tupperware Pernah Memfailkan Muflis
Pada bulan lalu, Tupperware telah mengambil langkah untuk memfailkan muflis selepas berdepan dengan kesulitan kewangan yang berpanjangan. Syarikat ini merancang untuk mendapatkan pembeli baharu dalam tempoh 30 hari, namun cadangan tersebut mendapat tentangan daripada beberapa pemberi pinjaman. Mereka merasakan bahawa tindakan ini bukanlah penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan syarikat.
Sebaliknya, sekumpulan pemberi pinjaman yang terdiri daripada Alden Global Capital, Stonehill Institutional Partners, dan Bank of America mengambil langkah lebih agresif dengan membuat tawaran untuk mengambil alih perniagaan tersebut. Dengan persetujuan ini, mereka akan menjadi peneraju dalam peralihan perniagaan Tupperware, dan diharapkan dapat membawa syarikat itu keluar dari krisis kewangan yang melanda.
Impak Kepada Pasaran Global
Penjualan Tupperware kepada pemberi pinjaman ini memberikan satu peluang baharu untuk syarikat yang telah sekian lama menjadi ikon dalam pasaran barangan bekas simpanan makanan. Pasaran global Tupperware masih kekal kuat di beberapa negara seperti AS, India, dan China, serta di pasaran-pasaran membangun seperti Malaysia dan Brazil. Pemberi pinjaman kini berhadapan dengan cabaran besar untuk memulihkan jenama ini di tengah persaingan yang semakin sengit dalam industri produk rumah tangga.
Walaupun masa depan Tupperware kini berada di tangan pemberi pinjaman, ramai pemerhati pasaran berpendapat bahawa masih terdapat ruang untuk jenama ini untuk kembali bangkit, terutama dengan strategi pengurusan dan operasi yang lebih baik. Kumpulan pemberi pinjaman juga dijangka akan memberi fokus kepada mengoptimumkan operasi perniagaan dan memperkukuhkan kehadiran jenama ini di pasaran antarabangsa.
Dengan persetujuan penjualan ini, Tupperware bakal memulakan fasa baharu dalam perjalanan korporatnya. Masa depan syarikat yang pernah berjaya dalam mencipta trend penyimpanan makanan di seluruh dunia kini bergantung kepada sejauh mana pemberi pinjaman mampu membawa perubahan positif kepada jenama ini.
by Faiz Riziq | Oct 16, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country
Dikala terdapat beberapa negara memperlihatkan pemulihan pada pertumbuhan di pasaran, masih terdapat sebilangan negara berdepan masalah kewangan yang getir. Mengikut tinjauan Bank Dunia, terdapat 26 buah negara termiskin di dunia kini berdepan isu kewangan yang lebih teruk, sejak tahun 2006.
Buat pengetahuan umum, jumlah kumpulan negara ini mewakili 40% penduduk paling miskin di dunia – di mana sebagai perincian kumpulan ini mencatatkan pendapatan per kapita tahunan kurang dari $1,145. Tidak hanya itu, secara puratanya didapati nisbah hutang KDNK negara ini adalah sekitar 72% dan ia adalah rekod tertinggi dalam tempoh 18 tahun.
Lebih membimbangkan, separuh daripada senarai adalah berdepan dengan tekanan hutang. Antara negara yang terlibat meliputi Burundi, Malawi, Congo, Burkina Faso dan Uganda.
Maka bagi melandaikan tekanan tersebut, Bank Dunia kini dalam usaha mengumpul dana sekitar $100 bilion bagi mengisi semula tabung pembiayaan buat negara termiskin ini menerusi Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA). Tindakan pengisian semula dana ini, susulan tahap kebergantungan ke atas ini telah mulai meningkat secara berkala.
by Faiz Riziq | Oct 10, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country
Nilai mata wang negara terus mempamerkan prestasi yang membrangsangkan – apabila menjadi antara mata wang yang berprestasi terbaik dalam pasaran global dengan pengukuhan 14.4% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi suku ketiga tahun ini.
Prestasi ini menurut pengamatan Bank Negara Malaysia (BNM) antaranya disokong langkah Rızan Persekutuan AS (Fed AS) akan pengurangan 50 mata asas kadar dasar semasa. Malah aturan menggalakkan melibatkan penukaran hasil pendapatan asing oleh syarikat berkaitan kerajaan, pelaburan syarikat berkaitan kerajaan dan korporat turut mengukuhkan lagi prestasi negara.
Di mana ia menyumbang kepada kecairan pasaran pertukaran mata wang asing domestik yang mencukupi, yang mencatatkan purata volum harian sebanyak $17.6 bilion. Tidak hanya itu, keyakinan pelabur terhadap Malaysia yang bertambah baik juga memberi nilai tambah kepada prestasi semasa.
BNM melihat adanya penglibatan pelabur yang seimbang bersama pentadbiran negara – ia memberi manfaat dalam meningkatkan kesedaran tentang Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik, dan memberi cerminan tegas akan matlamat dan konsistensi dasar Malaysia yang berterusan dalam sektor ekonomi.
by Faiz Riziq | Oct 9, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country
Sekiranya awal tahun ini Bank Dunia menetapkan pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.3% – kini unjuran tersebut telah dinaikkan kepada 4.9% berikutan prestasi pasaran semasa dilihat lebih baik berbanding jangkaan 6 bulan lalu.
Semakan naik ini menurut kumpulan Bank Dunia pada sidang taklimat Tinjauan Ekonomi Malaysia pada Oktober 2024, antaranya didorong akan faktor domestik yang memaparkan momentum ekonomi yang positif diikuti kestabilan politik dan persekitaran dasar yang lebih seimbang. Sokongan ini secara langsung memacu lebih banyak kemasukan pelabur dan keyakinan pasaran akan kualiti hasil Malaysia.
Selain faktor domestik, status pertumbuhan global yang dijangka stabil bersama lingkungan prestasi 2.6% pada tahun ini juga turut membantu Malaysia dalam mengekalkan prestasi pertumbuhan semasa.
Secara menyeluruh, dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun – diteliti Malaysia berada pada kedudukan yang baik. Selain keyakinan pengguna yang meningkat, pengukuhan segmen pembuatan dan prestasi perkhidmatan yang baik juga turut memacu pertumbuhan negara secara berkala.
by Faiz Riziq | Oct 9, 2024 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Biarpun kadar inflasi negara kembali melandai ke paras 1.9%, perlu diakui masih terdapat bahagian dalam pasaran memperlihatkan berlakunya tekanan kos dan situasi ini memberi kesan ke atas penduduk negara. Rentetan isu ini, keperluan pelaksanaan elaun kos sara hidup (COLA) kini antara tumpuan, yang wajar digarapkan pada sidang bajet 2025 kelak.
Cadangan di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ini mengambilkira pelbagai aspek khususnya kalangan pekerja swasta yang berada di kawasan bandar.
Di mana penguatkuasaan elaun COLA perlu dilaksana secara menyeluruh meliputi perlindungan kebajikan kepada pekerja antara sektor awam dan swasta. Usaha itu dilihat berupaya memberi manfaat produktiviti ke atas pekerja dan membantu kesihatan mental semasa pekerja secara berkala.
Buat pengetahuan umum, berdasarkan data semasa paras inflasi yang dilalui kumpulan pendapatan bawah RM3,000 di Malaysia ketika ini adalah 1.7%. Data itu memperincikan kumpulan ini berdepan tekanan kos dalam segmen perkhidmatan meliputi Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (4.3%), disusuli Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial dan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (3.1%). Sementara segmen Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain pula 2.9%.
Melihat pada kesan itu, kumpulan pekerja ini antara yang seharusnya diberi tumpuan oleh kerajaan akan perluasan insentif COLA tersebut menjelang Belanjawan 2025 kelak. Adanya perluasan akses tunai ia sekaligus merancakan lagi aliran perbelanjaan negara secara berturutan.
by Faiz Riziq | Oct 3, 2024 | Fakta & Informasi, Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai 2024 lalu – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan.
Pengeluaran duit syiling peringatan ini untuk makluman diterbitkan melalui 3 denominasi iaitu duit syiling peringatan Emas, duit syiling peringatan Perak Sterling dan duit syiling peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).
Menurut makluman BNM, duit syiling ini antaranya akan dijual sebagai set 2 dalam 1 yang mengandungi sekeping duit syiling perak sterling dan sekeping duit syiling emas Nordic. Harga jualan setiap set dilaraskan sekitar RM330. Berdasarkan pengeluaran tersebut, hanya 1,300 set sahaja tersedia untuk pembelian buat penggunaa.
Pada pengumuman itu, bagi orang awam yang berminat kini boleh laksana tempatan menerusi pautan duit.bnm.gov.my bermula jam 11 pagi pada hari ini (2 Oktober) sehingga 11 malam pada 13 Oktober 2024.


Recent Comments