Dikala terdapat beberapa negara memperlihatkan pemulihan pada pertumbuhan di pasaran, masih terdapat sebilangan negara berdepan masalah kewangan yang getir. Mengikut tinjauan Bank Dunia, terdapat 26 buah negara termiskin di dunia kini berdepan isu kewangan yang lebih teruk, sejak tahun 2006.
Buat pengetahuan umum, jumlah kumpulan negara ini mewakili 40% penduduk paling miskin di dunia – di mana sebagai perincian kumpulan ini mencatatkan pendapatan per kapita tahunan kurang dari $1,145. Tidak hanya itu, secara puratanya didapati nisbah hutang KDNK negara ini adalah sekitar 72% dan ia adalah rekod tertinggi dalam tempoh 18 tahun.
Lebih membimbangkan, separuh daripada senarai adalah berdepan dengan tekanan hutang. Antara negara yang terlibat meliputi Burundi, Malawi, Congo, Burkina Faso dan Uganda.
Maka bagi melandaikan tekanan tersebut, Bank Dunia kini dalam usaha mengumpul dana sekitar $100 bilion bagi mengisi semula tabung pembiayaan buat negara termiskin ini menerusi Persatuan Pembangunan Antarabangsa (IDA). Tindakan pengisian semula dana ini, susulan tahap kebergantungan ke atas ini telah mulai meningkat secara berkala.
Recent Comments