KUALA LUMPUR: Sektor swasta, terutamanya bank-bank komersial, mempunyai peranan penting dalam memastikan ekonomi Malaysia kekal utuh dalam jangka masa panjang, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC). Dalam kenyataan hari ini, katanya institusi perbankan komersial boleh membantu menyokong ekonomi dengan berkesan menggunakan mudah tunai yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan memberi pinjaman kepada perniagaan yang memerlukan seperti perusahaan kecil dan sederhana dengan prospek yang baik.
"Ini berdasarkan pengalaman daripada krisis kewangan global (2008-2009) yang menunjukkan pertumbuhan pinjaman meningkat dengan perlahan di Amerika Syarikat (AS) menjadi sebab utama di sebalik pemulihan ekonomi, walaupun suntikan mudah tunai yang besar oleh Rizab Persekutuan AS melalui dasar pelonggaran kuantitatif," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. MARC berkata sektor perbankan berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding kemelesetan pada 1998 dan 2009.
Pada Februari 2020, jumlah nisbah modal sektor itu lebih tinggi pada 18.4 peratus berbanding 12.6 peratus pada 2009.Kualiti aset tetap stabil pada tahun lepas dengan nisbah susut nilai pinjaman kasar (GIL) pada akhir tahun sebanyak 1.5 peratus. "Berdasarkan senario semasa, bagaimanapun, pinjaman terjejas boleh meningkat, dan pinjaman kepada perniagaan akan berisiko."Bagaimanapun, penting untuk mengetahui jika perniagaan tidak mendapat bantuan yang diperlukan, mungkin terdapat implikasi ekonomi yang lebih besar." GIL bank boleh meningkat kepada paras lebih tinggi dan ini akan menjadi beban ekonomi yang lebih berat kepada bank," katanya.
Semalam, Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata berdasarkan ujian tekanan yang dijalankan ke atas sektor perbankan, impak ekonomi dan kewangan daripada perkembangan ini berada dalam julat kejutan yang terpakai dalam senario yang tidak menggalakkan dalam ujian tekanannya. "Kami melihat daya tahan sektor perbankan kita sebagai aspek yang penting. Ujian tekanan tidak termasuk sebarang campur tangan dasar oleh pihak berkuasa dan tindakan kewangan yang mungkin diambil oleh institusi perbankan itu sendiri. "Dalam senario hari ini, bank dan pihak berkuasa mengambil langkah untuk mengurangkan impak," katanya.
Dalam Laporan Tahunan 2019 yang dikeluarkan semalam, BNM mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan berada dalam julat antara -0.2 peratus dan 0.5 peratus pada tahun ini berikutan impak daripada pandemik COVID-19 ke atas ekonomi global dan domestik. MARC turut berkongsi pandangan BNM mengenai jangkaan kemerosotan ekonomi Malaysia pada 2020, berikutan perniagaan yang terjejas oleh pandemik tersebut.Katanya kerajaan telah menyediakan bantuan kepada individu dan perniagaan untuk membantu mereka menghadapi tempoh mencabar ini melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion.
KUALA LUMPUR: Polis belum menerima aduan daripada mana-mana pihak berhubung kes transaksi pembayaran secara rawak melalui ‘direct debit’ ke atas pemilik akaun bank CIMB.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad, berkata buat masa ini polis meminta pelanggan merujuk bank terlebih dahulu.
“Setakat ini tiada laporan polis diterima. Pelanggan boleh membuat aduan kepada pihak bank dan mendapatkan penjelasan,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai caj secara rawak CIMB ke atas akaun pelanggannya.
Ada segelintir pengguna media sosial termasuk di Twitter turut memuat naik salinan rakam layar transaksi ‘direct debit’ dalam akaun bank masing-masing menunjukkan transaksi yang berlaku membabitkan nilai antara bawah RM10 hingga ribuan ringgit.
Kebanyakannya mendakwa tidak mengetahui untuk apa transaksi berkenaan dibuat sedangkan tidak pernah membuat sebarang bayaran atau aturan pembayaran secara automatik menggunakan akaun CIMB mereka.
Sementara itu, CIMB Bank Bhd (CIMB) dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan transaksi ‘direct debit’ yang tular di media sosial adalah urus niaga kad debit yang sah yang dibuat pelanggan.
Bank itu menjelaskan insiden terpencil itu adalah disebabkan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.
Bagaimanapun, katanya, transaksi berkenaan dilabel semula sebagai ‘direct debits’ menyebabkan kekeliruan kepada pelanggannya.
“Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan yang terbabit secara langsung,” katanya.
Wabak pandemik COVID-19 memberi impak yang besar kepada ekonomi global. Secara mendalam, status kewangan individu serta SME amat terkesan dengan wabak ini.
Bagi pelanggan yang meminjam pembiayaan peribadi, pinjaman motor, serta barang anda layak penangguhan pembayaran selama 1 bulan secara automatik bermula 1 April 2020 dari Aeon Credit. Tidak perlu memohon apa-apa. Pelanggan juga tidak dikenakan sebarang caj.
Kecuali kredit kad, dimana anda boleh menukarkan baki kad kredit kepada pinjaman berjangka selama 36 bulan. Anda boleh hubungi pihak AEON CREDIT untuk memohon perkara ini.
Sebarang pertanyaan, anda boleh melyari laman sensawang www.aeoncredit.com.my.
Semalam, Perdana Menteri Malaysia, telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi ketika wabak Covid 19 makin menular di Malaysia yang telah menjejaskan aktiviti perniagaan serta pekerjaan rakyat Malaysia.
Pakej ini dikatakan banyak membantu dari segi individu sehingga syarikat korporat dari segi bantuan wang ringgit dan lain-lain.
Pakej ini diumumkan oleh Perdana Menteri sebanyak RM250billion yang akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dengan menyediakan bantuan segera untuk meringan beban semua serta tiada golongan tercicir.
Dibawah ini text ucapan dari Perdana Menteri kita untuk rujukan masing-masing. Boleh download
Untuk makluman Perdana Menteri telah mengumumkan kepada semua pencarum KWSP dibenarkan mengeluarkan sejumlah RM500 sebulan dari akaun. Pengumuman ini merupakan salah satu Pakej Ransangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat akibat wabak Covid-19 yang melanda dunia sekarang ini.
Menurut PM, pengeluaran ini untuk pekerja yang berumur 55 tahun kebawah dan potongan KWSP pekerja diturunkan ke 4% dari 7% selama 12 bulan.
Permohonan ini boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka memanfaatkan sehingga 12 Juta ahli KWSP serta jumlah pengeluaran KWSP dianggarkan 40billion.
Apa-apapun, anda di luar sana tunggu notis pemberitahuan dari pihak KWSP dalam masa terdekat ini, cara & waktu untuk memohon pengeluaran ini.
Dibawah ini merupakan petikan lengkap dari Perdana Menteri Malaysia.
Seperti yang kita tahu, dunia sekarang mengalami ekonomi yang tidak stabil kerana serangan wabak Covid-19 yang telah mengakibatkan ribuan manusia dijangkiti serta ada yang menyebabkan mangsa yang dijangkiti meninggal dunia.
Oleh itu, pihak bank di Malaysia juga telah berbincang untuk memberi penangguhan bayaran dari segi pinjaman peribadi, pinjaman kereta & motor, pinjaman perniagaan serta beberapa jenis pinjaman lain lagi.
Ini kerana ramai orang mengalami gaji yang tidak cukup malah ada yang terpaksa cuti tanpa gaji serta ada yang gaji dipotong akibat wabak ini. Pihak kerajaan Malaysia juga telah memberi "announce" kepada rakyat malaysia untuk meng-hadkan pergerakan dalam tempoh 14 hari bermula 18 Mac ini tadi. Orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar rumah jika tiada keperluan. Ini kerana pihak kerajaan mengambil inisentif untuk memutuskan rantaian wabak ini untuk terus menular di seluruh Malaysia.
Dibawah ini senarai bank-bank yang memberi penangguhan bayaran maksima sehingga 6 bulan. Anda boleh menelefon pihak bank anda untuk "apply" penangguhan ini jika wabak ini memberi impak yang besar dalam kehidupan anda. Anda dikehendaki untuk terus menghubungi pihak bank untuk proses seterusnya. Terima Kasih.
Recent Comments