by Faiz Riziq | Nov 24, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Maybank, perbankan negara kini memaparkan data keuntungan bersih pada paras RM2.17 bilion bagi suku ketiga 2022, yang berakhir 30 September lalu. Perolehan itu jelas memaparkan lonjakan 28.5% berbanding perolehan pada suku yang sama tahun lalu iaitu RM1.73 bilion. Sementara bagi pendapatan bersih operasi pula, Maybank mencatatkan RM7.41 bilion meningkat 20.6% dicatatkan pada pendapatan bersih.
Peningkatan ini menurut Maybank didorong berasaskan penambahbaikan dalam lialibiliti kewangan dan platform keuntungan pertukaran wang asing. Turut menyumbang adalah pertumbuhan pinjaman yang semakin baik dan perkembangan margin faedah bersih hasil kenaikan faedah di pasaran.
Melihat pada perolehan positif ini, Maybank kekal akui pihaknya terus mengambil langkah berwaspada untuk mendepani sebarang risiko pada prospek pertumbuhan akhir 2022 ini dan prospek di tahun 2023 kelak.
by Faiz Riziq | Nov 24, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada tahun 2023, meskipun alirannya disasar perlahan kepada 4.3% berbanding unjuran asal 8.2% pada tahun ini. Tinjauan RAM Ratings, agensi penarafan negara itu menjelaskan aliran perlahan ini adalah disebabkan kesan tindakbalas pertumbuhan lebih lemah berlaku, terutama kelembapan dalam permintaan elektronik pengguna yang akan memberikan kesan kepada sektor semikonduktor negara.
Selain kesan ini, ketidaktentuan geopolitik turut berupaya menekan negara ke arah senario kemelesetan dan situasi itu akan menjejaskan pertumbuhan negara. Akan tetapi pertumbuhan negara berupaya untuk kekal positif, melalui pengukuhan struktur asas domestik – di mana dengan langkah itu struktur ekonomi akan berterusan meluas.
Setakat ini Malaysia masih perlu bersedia akan sebarang kesan global ke atas ekonomi negara. Khususnya tatkala kenaikan inflasi 4.5% dan lonjakan kadar faedah boleh menyebabkan risiko kenaikan harga negara berterusan berlaku sehingga menjejaskan aliran perbelanjaan pengguna dalam sektor ekonomi.
by Faiz Riziq | Nov 23, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seiring dengan tempoh pemulihan AirAsia X (AAX) kini memaparkan perolehan untung bersih berjumlah RM25.09 juta bagi suku kelima yang berakhir pada 30 September lalu. Prestasi kewangan sukuan itu turut memperlihatkan jumlah hasil kepada RM100.10 juta.
Angka tersebut sekaligus meletakkan AAX di persekitaran yang baik, kekal beroperasi meskipun di bawah tekanan mencabar ekoran kenaikan harga bahan api dan kelemahan nilai Ringgit berbanding AS. Namun kedudukan tunai AAX dilihat melonjak 3 kali ganda kepada RM79.5 juta.
Melihat pada prestasi tersebut, AAX dijangka akan meningkatkan kapasiti penumpangnnya melalui penambahan 13 pesawat A330 menjelang separuh pertama 2023 dan turut dijangka berlakunya pertambahan petugas di masa hadapan.
Buat pengetahuan umum, susulan perubahan status akhir tahun kewangan AAX dilakukan kepada 31 Disember 2022, ini menyebabkan prestasi kewangan suku ini tidak dapat dilaksana secara perbandingan kerana tiada data kewangan tersedia bagi tempoh lalu.
by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Tatkala negara masih menanti keputusan penuh pembentukan kerajaan Malaysia, Sarawak hari ini (21 November) meneruskan agenda pembentangan Belanjawan Negeri 2023 dengan jumlah peruntukan RM10.797 bilion. Selari dengan tema mendahulukan rakyat, Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan negeri tersebut memaklumkan pentadbiran negeri ini membangunkan ekonomi Sarawak seiring dengan sokongan teknologi dan inovasi.
Berdasarkan peruntukan itu, ini pecahan Belanjawan Sarawak 2023 yang dilaksanakan;
- Perbelanjaan Mengurus RM3.997 bilion
- Akaun Dana Pembangunan RM6.8 bilion
- Emolumen RM938 juta
- Bekalan dan Perkhidmatan RM1.508 bilion
- Perolehan Aset RM90 juta
- Perbelanjaan Mengurus Lain RM118 juta
Mengikut pengagihan itu, Sarawak menyasarkan tahun 2023 berpotensi memperlihatkan Sarawak menjana lebihan RM238 juta dan menjangkakan peruntukan tahun hadapan akan membantu memperkasakan ekonomi luar bandar Sarawak.
by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan ini, ia secara langsung meneruskan aliran penurunan nilainya sejak minggu lalu. Penyusutan tersebut dilihat kesan penggantungan Parlimen hasil keputusan PRU15 yang menjejaskan sentimen keyakinan para pelabur.
Setakat jam 9 pagi hari ini (21 November) nilai mata wang tempatan telah susut 290 mata asas (bps) kepada 4.5780/5880 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.5490/5565.
by Faiz Riziq | Nov 21, 2022 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Aliran pinjaman bank kelak dilihat akan terus meningkat dan berkembang sehingga 6% pada tahun 2023. S&P Global Ratings pada pemerhatian prospek 2023 melihat pertumbuhan itu dapat diraih susulan sasaran ekonomi Malaysia akan stabil hasil permintaan pengguna dan operasi perniagaan negara yang dijangka semakin meningkat.
Untuk makluman paras KDNK negara disasarkan mencapai 6.6% pada tahun ini bersama purata 4.5% dalam tempoh 3 tahun mendatang. Tambahan pertumbuhan Malaysia akan terus mampan bersama jangkaan pengukuhan modal dan peruntukan negara.
Bagaimanapun S&P kekal akui, tahun 2023 akan menampilkan kadar faedah, inflasi yang lebih tinggi sehingga berisiko menjejaskan permintaan kredit. Khususnya ke atas pengguna berpendapatan rendah dan usahawan kecil. Akan tetapi kehadiran bank digital yang dijangka beroperasi pada tahun 2023 dilihat akan menyeimbangkan permintaan pinjaman negara berdasarkan kesesuaian kemampuan pengguna.
P/S: Kepada pembaca yang nak buat pinjaman bank, boleh melalui pihak kami di KMC. Boleh terus tekan button Whatsapp sebelah kanan dibawah ya.
Recent Comments