Skim Derma Saham Untuk Kebajikan Diperkenalkan Oleh Bursa Saham

Skim Derma Saham Untuk Kebajikan Diperkenalkan Oleh Bursa Saham

Bagi meningkatkan manfaat pasaran modal negara, Bursa Malaysia kini tampil dengan skim menderma sekuriti tersenarai melalui Shares2share – membolehkan pelabur agihkan hasil jualan saham kepada badan kebajikan melalui Yayasan Bursa Malaysia.

Shares2share membolehkan pelabur menderma saham mereka yang disenaraikan di Bursa Malaysia, meliputi lot biasa (board lot) ataupun lot ganjil (odd lot). Skim ini memudahkan pelabur untuk mendermakan lot ganjil mereka dengan lebih mudah bagi meringankan portfolio.

Ini kerana, perdagangan lot ganjil mungkin memerlukan pelabur menanggung kos pembubaran lebih tinggi. Data Bursa sehingga 30 Oktober lalu, menunjukkan terdapat sejumlah 80.8 juta unit saham lot ganjil dalam akaun Perkhidmatan Depositori Pusat (CDS) kini direkodkan.

Melalui pengenalan skim ini, sebahagian rekod itu berupaya didermakan untuk tujuan amal.

Untuk makluman, usaha pengenalan skim ini bagi peringkat awal akan melibatkan beberapa penyertaan badan kebajikan terpilih bersama sokongan Suruhanjaya Sekuriti (SC) antaranya;

  • Cancer Research Malaysia
  • Hope Mission Welfare Society of Teluk Intan Perak
  • Malaysian Relief Agency Foundation
  • Mercy Malaysia
  • National Cancer Society Malaysia
  • Pertubuhan Kebajikan Mental Selangor
  • The Pure Life Society
  • United Voice
  • Yayasan Orang Buta Malaysia

Dan dijangka jumlah badan amal itu akan mengalami pertambahan dari semasa ke semasa.

Pengguna MAE Perlu Guna Secure2u Untuk Sahkan Transaksi JomPay, FPX – Mulai 6 Disember

Pengguna MAE Perlu Guna Secure2u Untuk Sahkan Transaksi JomPay, FPX – Mulai 6 Disember

Bermula 6 Disember 2022 kelak, Maybank memaklumkan akan menerapkan kaedah pengesahan baharu untuk transaksi melalui JomPAY dan FPX pada aplikasi MAE. Ini bermakna tidak sekadar JomPay, namun pembayaran melalui FPX turut akan menerima pengesahan Secure2u. Sementara perolehan SMS TAC pula hanya akan diterima bagi transaksi FPX, manakala JomPay pula tidak lagi menerimanya.

Langkah sedemikian sekaligus memerlukan para pengguna untuk mengaktifkan aplikasi MAE bagi tujuan meningkatkan lagi keselamatan transaksi bersama Maybank. Maka para pengguna dinasihati beralih ke aplikasi MAE untuk meluluskan JomPAY dan pembayaran FPX melalui Secure2u.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Maybank untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan dalam talian pengguna, sejajar dengan pengumuman terkini Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan dalam kalangan pengguna negara. Sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh layari pautan rasmi Maybank untuk penjelasan seterusnya.

Jumlah Pelaburan RM40 Juta Diuruskan Oleh Aplikasi Raiz

Jumlah Pelaburan RM40 Juta Diuruskan Oleh Aplikasi Raiz

Berlandaskan konsep membenarkan orang awam untuk melabur serendah 5 sen daripada wang tunai perbelanjaan harian mereka, aplikasi Raiz kini berjaya memiliki 600,000 penyertaan pengguna pada platform pelaburan bersama jumlah pelaburan RM40 juta.

Lebih menarik daripada jumlah tersebut seramai 110,000 pengguna ditakrifkan sebagai pengguna aktif platform.

Untukk makluman akses memberi peluang kepada orang ramai melabur serendah 5 sen itu akan disalurkan pada pelaburan dana amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), ekoran kemudahan ini dibangunkan bersama PNB dibawah anak syarikatnya Jewel Digital Ventures yang telah melancarkan aplikasi Raiz pada Julai 2020 lalu.

Menerusi momentum positif ini, Raiz melihat ia sekadar memberi kelebihan kepada semua pihak untuk melabur tetapi turut menerapkan pendidikan bahawa semua pengguna boleh melabur tanpa menjejaskan tabiat perbelanjaan harian mereka.

Berdasarkan laporan, dalam tempoh 2 tahun diperkenalkan ternyata 88% daripada pengguna pelaburnya terdiri daripada kumpulan yang berusia 18 tahun hingga 43 tahun. Ini petanda baik untuk literasi kewangan negara akan perluasan pemahaman belia terhadap kemudahan ekonomi semasa.

Seterusnya para pengguna juga tidak sekadar dapat menikmati kemudahan berlabur serendah 5 sen namun turut dapat meraih manfaat ganjaran tunai melalui Raiz Rewards sekiranya berbelanja di Shopee dan Lazada. Langkah ini baik untuk pengguna menerima pulangan di samping menyokong arena e-dagang negara.

Penurunan Inflasi Malaysia Kepada 4%

Penurunan Inflasi Malaysia Kepada 4%

Indeks Harga Pengguna (IHP) yang turut menilai paras inflasi utama Malaysia ketika ini telah memaparkan penurunan inflasi kepada 4.0% bagi data Oktober 2022. Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada laporan hari ini (25 November) – melihat penurunan tersebut telah didorong hasil inflasi Makanan meningkat pada kadar 7.1% peratus berbanding September 2022 (6.8%).

 

 

Selain daripada kumpulan Makanan, antara kumpulan yang mencatatkan peningkatan tinggi adalah Restoran & Hotel sebanyak 6.8% diikuti oleh Pengangkutan (5.2%); Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.4%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (1.4%).

Malah paras inflasi negara turut didorong peningkatan sederhana komponen Makanan di rumah iaitu 9.3% berbanding 5.5% pada September 2022. Diikuti inflasi Makanan di Rumah dengan kenaikan 5.8%. Antara Makanan di luar rumah yang menunjukkan kenaikan adalah Roti canai (15.7%), Nasi campur (12.6%), Masakan berasaskan sayur (12.0%), Masakan berasaskan daging (10.6%) dan Makanan berasaskan mi (10.4%).

Secara menyeluruh berbanding September 2022, inflasi negara dari bulan ke bulan telah meningkat sebanyak 01% sementara bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini pula inflasi Malaysia telah semakin melonjak 3.3% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

 

 

Susulan Pengumuman PM10, Bursa Malaysia Memperlihatkan Peningkatan.

Susulan Pengumuman PM10, Bursa Malaysia Memperlihatkan Peningkatan.

Bursa Malaysia pada sesi dagangan awal hari ini memperlihatkan sentimen pasaran kembali mengukuh susulan langkah Fed mengusulkan tahap kenaikan kadar faedah diperlahankan dan lebih menarik sentimen postif ini dijangka terus mengukuh rentetan pengumuman rasmi akan lantikan Perdana Menteri Malaysia ke 10 sebentar tadi.

Pada sesi rehat dagangan pertengahan hari ini, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 28.94 mata kepada 1,472.44 daripada 1,443.5 pada Rabu dengan aliran saham dibuka lebih tinggi iaitu 7.18 mata kepada 1,450.68.

Ini memperincikan persekitaran pasaran sedang positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 699 berbanding 201, manakala 312 kaunter tidak berubah, 1,121 tidak diniagakan dan 84 yang lain digantung. Jumlah dagangan kini berjumlah 3.18 bilion unit bernilai RM1.51 bilion.

Berdasarkan tinjauan pada saham perbankan pada pagi tadi pula, Maybank dilihat telah naik 15 sen kepada RM8.70, Public Bank meningkat 9 sen kepada RM4.37 dan CIMB pula menambah 10 sen kepada RM5.61. Tidak hanya itu, bursa serantau juga telah memaparkan peningkatan hasil tindak-balas langkah Fed untuk memperlahankan kadar faedah di pasaran di mana Nikkei 225 Jepun naik 1.32%, diikuti Indeks Straits Times Singapura menambah 0.27% dan Kospi Korea Selatan pula meningkat 0.52%.

Selain itu pasaran Asia seperti Manila, Jakarta, Seoul, Tokyo, Hong Kong, Shanghai dan Sydney juga turut memaparkan peningkatan. Berbalik kepada sentimen tempatan, menerusi pengumuman Anwar Ibrahim selaku PM Malaysia ke 10 dilihat akan meningkatkan lagi jangkaan pemerhati ekonomi yang menyasarkan indeks hari ini akhiri dengan lebihi paras 1,440. Ini kerana keyakinan pelabur dilihat akan kembalikan lonjakan pada bursa tempatan negara.

Ekonomi Amerika Syarikat Semakin Teruk. Kenapa?

Ekonomi Amerika Syarikat Semakin Teruk. Kenapa?

Bulan lepas Bank of America (BOA) mengeluarkan laporan meramalkan ekonomi Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi akan mula kehilangan 175,000 pekerjaan sebulan. Walaupun data Non-Farm Payrolls (NFP) pada bulan September sebelumnya mencatatkan pertumbuhan yang sihat.

Menurut Bank of America, usaha Bank Pusat mengurangkan inflasi boleh menyebabkan kehilangan puluhan ribu pekerjaan setiap bulan. Laporan pekerjaan (NFP) pada bulan September lalu menunjukkan bahawa walaupun pasaran pekerjaan semakin perlahan, Amerika Syarikat menambah 263,000 pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan. Kadar pengangguran turun kepada 3.5%, pada paras terendah sejak 1969.

Ketua Ekonomi di Bank of Amerika Micheal Gapen menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat kepada sekitar 5% atau 5.5% pada tahun hadapan. Sebagai perbandingan, Bank Pusat pula menjangkakan kadar pengangguran mencecah 4.4% tahun depan. Data kadar pengangguran dari Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) pula menjangkakan kadar yang lebih rendah iaitu 4.0% pada suku ke-4 tahun 2023.

 

Bank Pusat AS menaikkan kadar faedah pada kadar terpantas dalam tempoh empat dekad dalam usaha meredakan inflasi. Pegawai di Bank Pusat menjelaskan bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk beralih daripada mod menentang inflasi untuk menyelamatkan ekonomi daripada kelembapan atau bahkan kemelesetan.

Bank of Amerika juga mengatakan bahawa ekonomi AS berada dalam kemerosotan yang berpanjangan dan kehilangan pekerjaan akan berterusan untuk beberapa tahun akan datang. Data kadar pengangguran ini dijangka akan terus meningkat, ketua-ketua pegawai eksekutif syarikat besar di AS juga telah mengatakan program untuk persaraan awal bagi pekerja telah mula dirangka dengan ramalan ekonomi pada tahun hadapan.

 

 

Namun begitu, beberapa peramal lebih yakin tentang keadaan pasaran pekerjaan. Lembaga Persidangan berkata indeks aliran pekerjaannya, meningkat pada bulan lepas. Lembaga Persidangan berkata ini adalah isyarat bahawa “pekerjaan akan terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang,” walaupun keuntungan pekerjaan mungkin “merosot daripada kadar terkini mereka.”

Berita baik untuk data ini ialah walaupun terdapat peningkatan yang ketara dan konsisten menjelang tahun hadapan, kadar pengangguran masih lagi di bawah paras tertinggi pada 2008 dan 2020 di mana mencecah 15% pada April 2020.

 

Ke Mana Ekonomi Dunia Bergerak?

Dengan perkembangan sekarang, kita tidak dapat lari lagi daripada melalui fasa kemelesetan ekonomi di seluruh dunia. Presiden Indonesia Jokowi Widodo mengatakan hasil daripada perjumpaan beliau dengan ketua-ketua di Bank Pusat Dunia, mereka memberitahu bahawa tahun hadapan adalah tahun yang gelap. Semua pasaran saham akan jatuh dengan lebih teruk kerana Bank Pusat akan menaikkan lagi kadar bunga semalaman (OPR) untuk mengurangkan kadar inflasi yang tinggi. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mencapai kestabilan dalam kadar inflasi.

Diburukan lagi dengan perkembangan Perang Rusia-Ukraine yang mana telah menganggu rantaian bekalan makanan dan tenaga di seluruh dunia. Rusia mengeruhkan lagi keadaan apabila mula menggunakan senjata mini nuklear dalam mengembom bandar utama Ukraine iaitu Kiev.

Perang Russia-Ukraine dilihat akan terus berpanjangan. Menurut pakar-pakar geopolitik, ia mungkin akan berlarutan untuk 3 tahun ke 5 tahun. Persediaan untuk pelabur adalah untuk meningkatkan simpanan tunai kerana apabila masanya tiba, pelabur boleh membeli banyak saham-saham bagus dengan harga diskaun.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?