Umum Buang Pekerja 10%, Potongan Gaji Sukarela – Carousell

Umum Buang Pekerja 10%, Potongan Gaji Sukarela – Carousell

Setelah memaklumkan bakal mengurangkan hampir 10% pekerja minggu lalu, Carousell – laman e-dagang barangan terpakai kini turut bertindak akan berpindak ke pejabat yang lebih rendah kadar sewanya serta pengurusan tertinggi akan alami pemotongan gaji secara sukarela.

Mengikut perkongsian Carousell, pihaknya kesal akan situasi yang berlaku. Ini kerana kerancakkan operasi meningkatkan perbelanjaan serta sesi rekrut yang lebih besar – telah memberi kesan apabila pulangan keuntungan yang diterima kumpulan sedikit perlahan. Maka untuk menyeimbangkan kumpulan, langkah pengurangan tenaga kerja wajar dilaksanakan.

Selain Carousell, terdapat pelbagai syarikat dunia turut bertindak mengurangkan tenaga kerja seperti Meta, Twitter, Shopee, Intel dan Carsome.

KWSP Mencatatkan Pendapatan Pelaburan Sebanyak RM39.31 Billion, Tetapi Jatuh 18%

KWSP Mencatatkan Pendapatan Pelaburan Sebanyak RM39.31 Billion, Tetapi Jatuh 18%

Sepanjang tempoh 9 bulan tahun 2022, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah merekodkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM39.31 bilion, jatuh 18% atau RM8.71 bilion daripada jumlah RM48.02 bilion yang dicatatkan pada tempoh yang sama untuk 2021.

Meskipun alami penurunan, laporan kewangan suku ke suku memperlihatkan pendapatan pelaburan kasar pada suku ketiga ini dilihat 11% lebih tinggi iaitu RM13.97 bilion berbanding suku lalu sekitar RM11.14 bilion.

Prestasi baik ini menurut KWSP didorong berlandaskan keadaan pasaran yang stabil bagi pelaburan ekuiti dan pendapatan tetap. Di mana ekuiti telah menyumbang 45% daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar sekitar RM5.49 bilion.

Namun pihaknya akui kekal berhati-hati mendepani cabaran berhubung potensi kenaikan kadar faedah di peringkat global yang kelak berupaya membawa kepada kelembapan ekonomi.

Pengguna CIMB Click Perlu Sahkan Transaksi RM100 Ke Atas – SecureTac

Pengguna CIMB Click Perlu Sahkan Transaksi RM100 Ke Atas – SecureTac

Selari dengan langkah penggunaan SecureTAC sepenuhnya menjelang suku pertama 2023, CIMB kini memulakan langkah menerapkan kaedah keselamatan itu pada aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO untuk kelulusan transaksi RM100 dan ke atas.

Malah bermula 5 Disember ini, penerapan SecureTAC turut akan dikuatkuasakan pada transaksi RM100 dan ke atas yang dijalankan di laman web CIMB Clicks. Ini merangkumi aktiviti pemindahan dana, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar.

CIMB juga turut bercadang untuk melanjutkan pengesahan SecureTAC ini bagi tindakan transaksi RM100 ke bawah namun langkah itu didapati akan berlaku pada suku pertama 2023 kelak.

Selain menaiktaraf kaedah keselamatan ini, CIMB mulai 26 Disember kelak akan melaksanakan proses pengesahan baharu ke atas pelanggan baharu atau pelanggan yang mengaktifkan aplikasi perbankan di peranti pintar baharu dengan pengesahan panggiilan.

Ini bermakna pengaktifan aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO hanya akan berlaku setelah pengguna menerima panggilan pengesahan pendaftaran dari perbankan dalam tempoh 24 jam. Jika tidak menerima sebarang pengesahan panggilan, ID CIMB Clicks pengguna akan dinyahaktifkan sebagai langkah keselamatan.

Maka untuk memahami penjelasan lanjut, para pelanggan boleh merujuk kepada laman rasmi CIMB Clicks atau hubungi pusat perhubungan di talian +603-6204 7788.

Antara Syarikat Kripto Jatuh Muflis Pada 2022

Antara Syarikat Kripto Jatuh Muflis Pada 2022

Tiada pihak yang menyangka tahun 2022 akan menjadi detik yang sukar buat industri kripto, apabila didapati terdapat 5 syarikat kripto utama diisytiharkan muflis sepanjang tahun ini. Antaranya adalah FTX, BlockFi, Three Arrows Capital (3AC), Voyager Digital dan Celcius Network.

Mengikut perincian Reuters ini, FTX telah alami kejatuhan susulan penyaluran deposit pelanggan kepada firma perdagangan gabungannya Alameda Research mengakibatkan sejumlah pengeluaran $6 bilion berlaku dalam tempoh 72 hari. Ini sekaligus mengakibatkan FTX diisytihar muflis seminggu selepas tindakan gabungannya bersama Binance gagal.

Kejatuhan tersebut secara langsung turut memberi kesan kepada BlockFi, susulan bergantung kepada kemudahan kredit FTX bernilai $400 juta. Seterusnya Three Arrows Capital (3AC) turut diisytiharkan bankrap selepas kejatuhan kriptowang Luna dan TerraUSD. Pengisytiharan tersebut turut memberi kesan kepada Voyager disebabkan kegagalan 3AC membayar pinjaman kripto bernilai lebih $650 juta.

Selain 3AC, Celcius Network turut alami kejatuhan rentetan isu Luna dan TerraUSD, yang turut membawa kepada status muflis pada Julai lalu.

Prestasi Melonjak Untung 1.41Billion – CIMB

Prestasi Melonjak Untung 1.41Billion – CIMB

CIMB Group terus memaparkan prestasi mengukuh pada status kewangan sukuan dengan keuntungan bersih RM1.41 bilion bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 September lalu. Perolehan ini sekaligus menjadikan prestasi CIMB sepanjang 9 bulan pertama 2022 membawa kepada nilai untung bersih teras kepada RM4.12 bilion. Peningkatan kukuh ini mengikut laporan kewangan dicetuskan oleh aliran pertumbuhan yang baik pada pendapatan operasi meningkat 13.7%

Hasil perolehan juga dilihat telah meningkat kepada RM5 bilion berbanding sebelum ini RM4.4 bilion, selain itu jumlah pinjaman kasar juga telah meningkat 9% kepada RM406.0 bilion dari tahun ke tahun dalam tempoh 9 bulan ini. Ia didorong permintaan yang kuukuh dalam pasaran dan segmen utama ekonomi.

Walaupun memaparkan prestasi yang kukuh, CIMB kekal akui melaksanakan pendekatan berhati-hati susulan terdapat jangkan aliran pinjaman akan terjejas disebabkan kadar faedah yang terus meningkat. Langkah ini wajar diambil untuk seiring dengan hala tuju ekonomi semasa.

Selain persediaan itu, CIMB turut akan melabur RM900 juta bagi meningkatkan medium perbankan bersama sokongan teknologi digital dari semasa ke semasa di pasaran negara.

H&M Umum Buang 1,500 Pekerja

H&M Umum Buang 1,500 Pekerja

Gergasi peruncitan fesyen Sweden, H&M mengumumkan akan memberhentikan 1,500 pekerja dalam satu langkah untuk menjimatkan kos. Syarikat itu berkata, ia menjangkakan untuk menjimatkan kira-kira dua bilion krona (RM840 juta) setahun, lapor Anadolu Agency.Kos dan program kecekapan global H&M dianggar menghasilkan caj penstrukturan kira-kira 800 juta krona (RM336 juta) pada suku keempat 2022, demikian menurut satu kenyataan.

“Kos dan program kecekapan yang kami laksanakan membabitkan semakan semula organisasi dan kami amat menyedari bahawa rakan sekerja kami akan terkesan dengannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) H&M, Helena Helmersson.

“Kami akan menyokong rakan sekerja untuk mencari penyelesaian sebaik mungkin untuk langkah mereka yang selanjutnya,” tambahnya.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?