by Faiz Riziq | Jan 9, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seperti yang dimaklumkan pada Jun 2022, kerajaan kelak akan laksana kutipan cukai baharu ke atas pembelian barangan import bernilai rendah (LVG) yang dijual secara atas talian berharga bawah RM500. Mengikut makluman, pengenaan cukai ini akan mula dikenakan ke atas pengguna bagi setiap pembelian bermula 1 April 2023 kelak. Ia menjelaskan pembelian pada sebelum tarikh tersebut tidak akan terpakai untuk pengenaan cukai ini.
Malah dimaklumkan pengenaan cukai 10% ini turut terpakai kepada pelanggan di zon bebas seperti Labuan, Pulau Langkawi, Tioman dan Pangkor. Maka melalui kelulusan ini para penjual dan pengguna perlu bersedia akan pertambahan kos pada barangan import yang bernilai rendah ini kelak.
by Faiz Riziq | Jan 9, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Lanjutan daripada rancangan syarikat teknologi Amazon untuk memberhentikan sebahagian pekerjanya, kini diteruskan apabila terdapat rancangan sekitar lebih 17,000 pekerjanya akan terjejas. Mengikut laporan Wall Stret Journal, antara bahagian yang bakal terkesan meliputi segmen korporat syarikat tersebut. Menerusi langkah ini, ia tidak sekadar menandakan persiapan kumpulan untuk mengikuti aliran tekanan kos operasi dan ekonomi yang lebih perlahan.
Namun ia juga dilihat sebagai tindak-balas operasi untuk menggandakan siling gaji asas syarikat kepada petugas. Seperti umum sedari, tahun lalu Amazon telah memaklumkan akan menamatkan jumlah petugas sekitar 10,000 namun jumlah terbaharu ini dilihat jauh lebih tinggi daripada perancangan awalnya.
by Faiz Riziq | Jan 3, 2023 | Luar Negara, English & Other Country
Setelah diberi lanjutan masa untuk mengemukakan penyata kewangan bersama laporan juruaudit bagi penilaian kewangan berakhir 30 Jun lalu, Serba Dinamik kini gagal mengemukakannya. Ini bermakna mulai (23 Disember) saham urus niaganya akan digantung.
Mengikut makluman kepada Bursa Malaysia, fasa audit itu masih belum selesai kerana terdapat beberapa isu berbangkit. Pihaknya menjelaskan akan laksana pengumuman seterusnya jika terdapat perkembangan kelak. Disebabkan gagal kemukakan laporan tahunan 2022 pada hari ini (22 Disember) maka dagangan saham Serba Dinamik akan digantung pada jam 9 pagi esok sehingga notis selanjutnya dimaklumkan Bursa.
by Faiz Riziq | Jan 3, 2023 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Dalam menangani masalah scam yang makin berleluasa, kini OCBC perkenal sebuah ciri baharu, dinamakan OCBC Kill Switch. Melalui ciri ini, pengguna boleh mengaktifkannya, sekaligus ia akan membekukan akaun bank dan juga kad pengguna tersebut. Ini sekaligus mengelak sebarang transaksi wang keluar berlaku pada akaun dan kad pengguna tersebut.
Dengan langkah ini, pengguna boleh mengambil langkah proaktif dan membekukan akaun mereka apabila mereka mendapati sebarang aktiviti yang mencurigakan berlaku. Sebaik sahaja ia diaktifkan, semua transaksi akan dibekukan, termasuk secara digital, melalui ATM, atau cawangan OCBC.
Untuk mengaktifkannya, pengguna hanya perlu membuat panggilan ke talian 03-8317 5000 dan memilih pilihan “8”. Pengguna juga seterusnya boleh nyah-beku OCBC Kill Switch, dan mengembalikan akaun mereka seperti biasa selepas itu.
by Faiz Riziq | Jan 3, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Tahun 2023 ketika ini digambarkan bakal menjadi tahun yang sukar buat ekonomi dunia, apabila satu pertiga daripadanya dijangka berdepan kemelesetan.Jangkaan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) itu didasari pada aliran ekonomi besar seperti Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan China yang disasar akan bergerak lebih perlahan pada tahun ini.
Situasi tersebut secara langsung akan memberi kesan kepada negara-negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka, antaranya Malaysia. Selain tekanan inflasi, kadar faedah, perang perdagangan dan ketirisan sumber – ekonomi global turut dibebani dengan penularan COVID-19 di China yang kekal meruncing. Rentetan tekanan ketidaktentuan ini, menurut laporan CBC IMF telah bertindak mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi global 2023 pada Oktober lalu kepada sekitar 2.7%.
by Faiz Riziq | Dec 16, 2022 | Luar Negara, English & Other Country
Tan Sri Syed Mokhtar, kini dilihat sedang mempertimbangkan aturan strategik bagi penyatuan kepentingannya dalam DRB-Hicom. Mengikut laporan Bloomberg, tinjauan tersebut bagaimanapun masih diperingkat awal dan tiada sebarang keputusan muktamad dicapai. Setakat ini TS Syed Mokhtar memiliki 56% pegangan pada DRB-Hicom dan firma tersebut kini memiliki nilai pasaran berjumlah RM2.9 bilion.
Sekiranya TS Syed Mokhtar bertindak memiliki hak pegangan DRB-Hicom sepenuhnya, langkah ini akan mengukuhkan lagi spekulasi sebelum ini yang menjangkakan penswastaan pada DRB-Hicom turut dilaksanakan.
Ia akan menjadi tindakan yang sama setelah pihaknya menyahsenarai MMC Corp daripada bursa tempatan dan telah diambil alih secara persendirian pada 2021. Bagaimanapun setakat ini pihak DRB-Hicom bersama TS Syed Mokhtar tidak memberi sebarang maklum-balas berhubung tindakan tersebut. Buat pengetahuan umum DRB Hicom ketika ini memiliki pegangan 50.1% pada Proton, diikuti 70% Bank Muamalat dan 54% pula pada Pos Malaysia.
Recent Comments