by Faiz Riziq | Jan 13, 2023 | Luar Negara, English & Other Country, Tips, Tinjauan & Statistik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bersama sokongan Kementerian Ekonomi kini menampilkan medium OpenDOSM NextGen yang bertindak selaku pusat rujukan data melibatkan ekonomi dan sosial semasa. Melalui laman OpenDOSM, pengguna Malaysia dapat melihat pelbagai data dan aliran semasa berkaitan tekanan harga, inflasi, paras OPR, pengeluaran industri mahupun data melibatkan pasaran buruh.
Kepelbagaian ini secara langsung, akan memudahkan rakyat negara untuk lebih memahami akan status semasa ekonomi Malaysia. Ia sekaligus tidak sekadar memudahkan namun turut mendidik masyarakat menjadi lebih peka akan ketidaktentuan pertumbuhan semasa negara.
Tidak hanya ekonomi dan sosial, orang awam juga boleh meninjau pada bahagian katalog data untuk mengetahui lanjut berhubung kategori kesihatan negara dan data pilihanraya umum tempoh hari. Malah sekiranya ingin mengetahui lanjut akan maklumat demografi negara, laman OpenDOSM ini turut menyediakan pautan KawasanKu bagi memudahkan rujukan buat para pengguna. Adanya ketersediaan medium ini, ia secara langsung akan meningkatkan lagi pemahaman rakyat Malaysia berhubung aliran pertumbuhan semasa.
by Faiz Riziq | Jan 12, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Seperti yang umum sedari, tekanan kos sara hidup telahpun menguasai faktor krisis ekonomi dunia sejak tahun lalu dan dijangka krisis ini akan terus berlarutan dalam tempoh dua tahun mendatang.Tinjauan World Economic Forum (WEF) pada jangkaan masa pendek dan masa panjang ini memperlihatkan banyak aspek yang mendorong lanjutan krisis tersebut – antaranya seperti konflik perdagangan dunia telah mengakibatkan ketirisan bekalan mentah. Situasi itu sekaligus memberi kesan kepada permintaan dan pembekalan. Maka berlakunya kejutan harga terhadap keperluan asas seperti makanan dan komitmen pinjaman.
Lebih menyukarkan situasi rakyat – ketidaktentuan rantaian ini telah meningkatkan tekanan inflasi, yang turut memberi impak kepada kos operasi pembangunan sesebuah negara.
Selain itu, semua pihak perlu fahami tindakan negara ekonomi besar melonggarkan aturan krisis kesihatan seperti COVID-19 turut akan membawa kesan kepada kejutan kos tenaga dan komoditi di pasaran. Antara yang berlaku kini tindakan China melaksanakan langkah sedemikian. Bagi 2023, dianggarkan harga tenaga kekal 46% lebih tinggi berbanding purata pada tempoh Januari 2022.
Melihat pada aspek itu, WEF akui akan terdapat pelbagai usaha menyeimbangkan tekanan kos akan dilakukan setiap negara melalui pengembangan dasar fiskal dengan sokongan subsidi serta pembiayaan ekonomi. Namun langkah tersebut akan membawa kepada risiko ketidaktentuan politik bersama pemain ekonomi.
Seterusnya segala tekanan kos ini tidak sekadar meningkatkan aliran hutang kerajaan negara, tetapi turut melonjakan aliran hutang isi rumah penduduk dunia. Selain risiko kos sara hidup yang akan berlarutan, ini 9 lagi risiko lain yang turut akan berlarutan dalam tempoh 2 tahun mendatang mengikut perhatian WEF.

by Faiz Riziq | Jan 12, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan, Luar Negara, English & Other Country
Bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh, pentadbiran Malaysia disasar akan melanjutkan langkah subsidi serta penyambungan semula projek pembangunan. Aturan itu sekaligus menuntut keperluan pengembangan perbelanjaan negara pada pembentangan belanjawan tidak lama lagi. Ekoran itu, terdapat jangkaan bahawa paras hutang kerajaan bakal meningkat mencapai 61.8% pada tahun ini.
Walaupun had statutori hutang negara disasar kekal di bawah 65%, menurut Kenanga Investment Bank langkah peningkatan hutang ini kemungkinan berlaku dengan aturan terbitan bon kasar kerajaan yang lebih tinggi sekitar RM178 bilion pada 2023.
Bon kerajaan akan menjadi instrumen membantu negara menampung perbelanjaan dan pembayaran hutang. Secara amnya ia berfungsi selaku pinjaman daripada para pelabur.
Pada makluman nota penyelidikan itu juga turut menyasarkan defisit fiskal negara akan mengecil sekitar 5.0% kepada RM97 bilion berbanding tahun lalu dan kerajaan akan memiliki ruang pinjaman fiskal sebanyak RM135.3 bilion sebelum melepasi had statutori hutang semasa.
by Faiz Riziq | Jan 11, 2023 | Luar Negara, English & Other Country
Berjaya Corporation hari ini membuat pengumuman lanjutan, mengatakan yang mana mereka kini dalam perbincangan untuk mengambil-alih MCIS Insurance Berhad. Perkongsian ini hadir selepas Berjaya mengatakan sedang dalam perbincangan mengambil-alih sebuah firma dengan lesen perkhidmatan kewangan daripada BNM sebelum ini.
MCIS Life menawarkan sejumlah perkhidmatan, termasuk insurans, perlindungan kesihatan, simpanan, simpanan persaraan, dan beberapa yang lain. Dengan pengesahan ini juga, Berjaya Corp mengesahkan mereka sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan pegangan majoriti pada syarikat tersebut.
by Faiz Riziq | Jan 11, 2023 | Ekonomi, Perniagaan & Korporat, Luar Negara, English & Other Country
Ekoran situasi ekonomi dunia yang telah membawa kepada tekanan mata wang semasa dan penutupan operasi akibat konflik Ukraine-Rusia, operasi McDonald’s kini dalam pertimbangan mengurangkan jumlah tenaga korporatnya. Aturan itu adalah sebahagian daripada langkah McDonald’s untuk meluaskan jejak jenama mereka di seluruh dunia – dengan menggandakan jumlah cawangan di masa hadapan kelak.
Menerusi tindakan itu, difahamkan syarikat akan laksana penilaian terhadap tahap pengurusan korporat di cawangan seluruh dunia. Mengikut makluman Ketua Pegawai Eksekutif Chris Kempczinski bersama WSJ ini – penstrukturan semula petugas juga akan dilaksana seawal April ini.
Ketika ini, McDonald’s dimaklumkan memiliki sekitar 200,000 petugas melibatkan segmen korporat dan restoran. 75% daripada pasaran itu diperhatikan adalah diluar AS. Bagaimanapun perancangan itu dimaklumkan tidak memiliki sebarang jumlah tetap, berapa ramai petugas korporat yang akan terjejas.
by Faiz Riziq | Jan 10, 2023 | Luar Negara, English & Other Country, Perbankan
Selari dengan gagasan bank pusat negara untuk memperkukuhkan keselamatan perbankan – RHB Bank kini mengumumkan, akan menamatkan penggunaan perbankan internet atas talian RHB Now mulai 31 Mac 2023. Langkah itu membawa kepada peralihan RHB kepada medium perbankan atas talian yang baharu. Ini bermakna, para pengguna kelak tidak akan dapat melaksanakan transaksi menggunakan menggunakan platform RHB Now klasik di pautan lama.
Oleh itu semua pengguna RHB diminta perhatian melaksanakan peralihan akaun kepada laman perbankan atas talian baharu RHB dengan memasukkan log masuk dan kata laluan yang sama, seperti mana yang digunapakai pada RHB Now. Untuk maklumat lanjut boleh layari pautan RHB Baharu ini dan kemaskini akaun anda untuk memudahkan transaksi perbankan.
Recent Comments