Tan Sri Syed Mokhtar, kini dilihat sedang mempertimbangkan aturan strategik bagi penyatuan kepentingannya dalam DRB-Hicom. Mengikut laporan Bloomberg, tinjauan tersebut bagaimanapun masih diperingkat awal dan tiada sebarang keputusan muktamad dicapai. Setakat ini TS Syed Mokhtar memiliki 56% pegangan pada DRB-Hicom dan firma tersebut kini memiliki nilai pasaran berjumlah RM2.9 bilion.

Sekiranya TS Syed Mokhtar bertindak memiliki hak pegangan DRB-Hicom sepenuhnya, langkah ini akan mengukuhkan lagi spekulasi sebelum ini yang menjangkakan penswastaan pada DRB-Hicom turut dilaksanakan.

Ia akan menjadi tindakan yang sama setelah pihaknya menyahsenarai MMC Corp daripada bursa tempatan dan telah diambil alih secara persendirian pada 2021. Bagaimanapun setakat ini pihak DRB-Hicom bersama TS Syed Mokhtar tidak memberi sebarang maklum-balas berhubung tindakan tersebut. Buat pengetahuan umum DRB Hicom ketika ini memiliki pegangan 50.1% pada Proton, diikuti 70% Bank Muamalat dan 54% pula pada Pos Malaysia.

Online
Hi! Boleh kami bantu?