Labur RM210 Juta Projek Durian Di Malaysia

Labur RM210 Juta Projek Durian Di Malaysia

MyFarm, syarikat pertanian bersepadu yang berpangkalan di Kyoto, Jepun di bawah unitnya Millennnium Agriculture Technologu (MAT) kini telah bertindak laksana pelaburan pada industri durian Malaysia iaitu projek durian PLS Plantations Bhd dengan nilai RM210 juta.

Kemasukan angka pelaburan ini sekaligus menjadikan ia antara pelaburan terbesar pada industri durian tempatan. Usaha ini untuk makluman memperlihatkan kesepakatan firma bersama Akar Barat Sdn Bhd, yang menyasarkan penanaman durian berskala besar iaitu seluar 1,000 hektar di Pahang. Kedua pihak menyasarkan usahasama perkembangan pertanian antara negara ini dijangka dapat diselesaikan sekitar 30 April kelak untuk melengkapkan peringkat pertama pelaburan kedua pihak.

Pekerja Airbnb Diberhentikan, Ekonomi Kritikal

Pekerja Airbnb Diberhentikan, Ekonomi Kritikal

Airbnb, platform penawaran rumah persinggahan atau inap desa kini telah bertindak memberhentikan sebilangan pekerja melibatkan petugas pada bahagian sumber manusia global. Tindakan platform tempahan penginapan itu bagaimanapun diperincikan hanya menjejaskan kumpulan kecil petugas sahaja iaitu sekitar 0.4% daripada jumlah 6,800 petugas. Langkah pengurangan kecil ini bukanlah suatu tindakan yang baharu – sebelum ini pada 2020, hampir 1,900 petugas telah diberhentikan susulan kedudukan ekonomi ditahap yang kritikal pada ketika itu.

Meskipun telah laksana pengurangan pekerja, dijangka pertambahan pekerja pada segmen lain akan dilaksanakan mengikut laporan Reuters. Iaitu pertumbuhan pertambahan pekerja ini bermungkinan berlaku sehingga 4% pada tahun ini.

Harga Kelengkapan Barang Sekolah Naik

Harga Kelengkapan Barang Sekolah Naik

Menjelang pembukaan sekolah pada pertengahan Mac ini, diperhatikan kos kelengkapan barangan sekolah semakin meningkat – susulan tekanan harga semasa. Berdasarkan perkiraan, kos kelengkapan bagi pakaian seragam pelajar wanita biasa sahaja telah mencecah lebih RM200 untuk sepersalinan. Ini tidak merangkumi kelengkapan sekolah yang lain seperti peralatan atau buku tambahan.

Situasi ini turut diperkukuhkan apabila mengikut laporan terdapat sekumpulan ibubapa mengakui berlakunya kenaikan kos pada perbelanjaan pembukaan sekolah kelak. Antara anggaran yang dimaklumkan, kos berupaya mencapai sehingga RM300 untuk kelengkapan sekolah seorang anak. Namun kenaikan kos ini diperhatikan telah diturunkan dengan tindakan pembelian secara berperingkat oleh kumpulan ibu bapa, untuk mengurangkan tekanan kos yang dibelanjakan secara menyeluruh.

 

 

Dividen KWSP 2022 Konvensional & Syariah

Dividen KWSP 2022 Konvensional & Syariah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini secara rasminya mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.35% bagi Simpanan Kovensional. Sementara kadar dividen untuk Simpanan Syariah 2022 pula 4.75%. Jumlah ini secara langsung memperuntukan agihan sekitar RM51.14 bilion dilihat sedikit rendah berbanding agihan kadar dividen pada 2021 dengan peruntukan lebih RM56 bilion.

Bagaimanapun pengekalan agihan kadar dividen Simpanan Konvensional kekal di paras lebih 5%, ia secara terus menunjukkan komitmen KWSP dalam mengekalkan pulangan yang kukuh buat para pencarum. Seperti yang umum sedari, langkah 4 pengeluaran khas KWSP sebelum ini telah membawa kepada perubahan sentimen dalam pelaburan KWSP dan ini memerlukan suatu tempoh untuk KWSP menimbal kembali pembangunan simpanan persaraaan pencarum yang berkaitan untuk pulih semula.

 

Dividen KWSP Dijangka Rendah Sekitar 5.1%

Dividen KWSP Dijangka Rendah Sekitar 5.1%

Sekiranya tahun lalu, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan pengagihan kadar dividen konvesional di paras 6.10% dan syariah pula 5.65% – dijangka tahun ini kadar dividen buat kumpulan pencarum akan menjadi lebih rendah antara 4.8%-5.1%.

Jangkaan ini akan diketahui pada pengumuman hujung minggu ini, di mana mengikut laporan penganalisis pengurangan kadar dividen dicetuskan akan sentimen pelaburan semasa, di samping aliran simpanan persaraan pencarum telah terjejas ekoran 4 pengeluaran sebelum ini.

Mengikut prestasi kumpulan, bagi tempoh 9 bulan pertama 2022 KWSP berjaya merekod jumlah pendapatan kasar sekitar RM39.31 bilion, sedikit merosot 18% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Ini perbandingan jadual pengagihan dividen KWSP sebelum ini;

Cukai Untuk Barangan Mewah Dilaksana Pada Separuh Kedua 2023

Cukai Untuk Barangan Mewah Dilaksana Pada Separuh Kedua 2023

Seperti yang dimaklumkan pada pembentangan bajet minggu lalu, pengenalan Cukai Barangan Mewah diumumkan akan dilaksana pada separuh kedua tahun 2023, disasar bermula antara Julai hadapan. Penguatkuasaan cukai ini menurut Kementerian Kewangan (MOF) akan dilaksana dengan teliti dengan mengambil kira kepentingan semua pihak, khususnya para pengguna. Setakat ini, pelbagai pemain industri menzahirkan kebimbangan akan pengenaan yang akan diterapkan antaranya melibatkan industri pelancongan dan runcit. Selain penerapan struktur cukai barangan mewah, langkah menguatkuasakan subsidi petrol bersasar juga masih dalam fasa semakan sebelum dilaksanakan ke atas rakyat Malaysia.

Online
Hi! Boleh kami bantu?