Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini secara rasminya mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 5.35% bagi Simpanan Kovensional. Sementara kadar dividen untuk Simpanan Syariah 2022 pula 4.75%. Jumlah ini secara langsung memperuntukan agihan sekitar RM51.14 bilion dilihat sedikit rendah berbanding agihan kadar dividen pada 2021 dengan peruntukan lebih RM56 bilion.

Bagaimanapun pengekalan agihan kadar dividen Simpanan Konvensional kekal di paras lebih 5%, ia secara terus menunjukkan komitmen KWSP dalam mengekalkan pulangan yang kukuh buat para pencarum. Seperti yang umum sedari, langkah 4 pengeluaran khas KWSP sebelum ini telah membawa kepada perubahan sentimen dalam pelaburan KWSP dan ini memerlukan suatu tempoh untuk KWSP menimbal kembali pembangunan simpanan persaraaan pencarum yang berkaitan untuk pulih semula.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?