Menjelang pembukaan sekolah pada pertengahan Mac ini, diperhatikan kos kelengkapan barangan sekolah semakin meningkat – susulan tekanan harga semasa. Berdasarkan perkiraan, kos kelengkapan bagi pakaian seragam pelajar wanita biasa sahaja telah mencecah lebih RM200 untuk sepersalinan. Ini tidak merangkumi kelengkapan sekolah yang lain seperti peralatan atau buku tambahan.
Situasi ini turut diperkukuhkan apabila mengikut laporan terdapat sekumpulan ibubapa mengakui berlakunya kenaikan kos pada perbelanjaan pembukaan sekolah kelak. Antara anggaran yang dimaklumkan, kos berupaya mencapai sehingga RM300 untuk kelengkapan sekolah seorang anak. Namun kenaikan kos ini diperhatikan telah diturunkan dengan tindakan pembelian secara berperingkat oleh kumpulan ibu bapa, untuk mengurangkan tekanan kos yang dibelanjakan secara menyeluruh.
Recent Comments