by Faiz Riziq | Nov 11, 2021 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Apa akan terjadi pada hutang atau pinjaman saya jika saya mati awal? Ini adalah soalan penting yang sering tidak diendahkan oleh peminjam. Terdapat kejadian di mana peminjam meninggal dunia secara tiba-tiba dan meninggalkan baki hutang pinjaman yang banyak. Ahli keluarga dan waris yang sedang bersedih tiba-tiba dikejutkan apabila pengutip hutang meminta mereka untuk menyelesaikan baki pinjaman tersebut. Dari sudut kemanusiaan, perkara ini kelihatan salah. Tetapi bagaimana pula dari segi undang-undang? Adakah pengutip hutang itu melakukan tindakan yang boleh didakwa?
Bagaimana proses ini dilaksanakan di Malaysia?
Ini persoalan yang begitu mudah yang masih menjadi tanda tanya kepada kebanyakan masyarakat. Secara amnya, perkara yang akan berlaku kepada harta pusaka kita apabila kita mati adalah ia akan dikumpulkan dalam sesuatu yang bergelar ‘estet’ yang akan dikawal selia oleh seorang ‘pelaksana’. Pelaksana akan dilantik menerusi wasiat ataupun oleh pihak mahkamah.
Terdapat beberapa pihak yang akan menuntut estet anda sebelum dibahagikan kepada waris. Antaranya adalah :
- Perbelanjaan pengebumian
- Bayaran atau yuran pelaksana
- Cukai tertunggak
- Pemuitang terjamin dan tidak terjamin
Pemiutang mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengutip baki pinjaman menerusi estet. Jika pinjaman anda dijamin menerusi aset (contohnya rumah), pemiutang akan mengambil aset tersebut untuk menyelesaikan baki pinjaman. Setelah selesai semuanya, baki estet akan dibahagikan mengikut wasiat, Akta Pembahagian (jika tiada wasiat) atau Sijil Faraid bagi yang Muslim.
Untuk mengira baki estet atau nilai harta adalah (Jumlah aset – Jumlah Hutang = Nilai Harta). Jumlah aset merangkumi aset yang sedia ada seperti rumah, duit simpanan. Jumlah hutang pula termasuk komitmen pinjaman anda seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi (termasuklah pinjaman wang berlesen), pinjaman rumah dan lain-lain.
Jadi, adakah keluarga atau waris perlu membayar hutang pinjaman apabila saya mati?
Tidak, kerana pemiutang hanya akan mengejar aset dan estet sahaja. Jika nilai aset melebihi nilai hutang, maka semua hutang akan selesai dan baki estet akan dibahagikan kepada penama atau waris. Tetapi, jika nilai estet tidak mencukupi untuk menyelesaikan hutang, pemiutang perlu menanggung kerugian kerana mereka tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap ahli keluarga anda, melainkan ahli keluarga tersebut adalah penjamin atau peminjam bersama.
Hibah sebagai pelindung?
Jadi untuk merancang kewangan masing-masing. Dapatkan hibah untuk keluarga anda agar keluarga anda mampu menjalani kehidupan dan menyelesaikan hutang-hutang anda ketika anda hidup. Perancangan kewangan anda harus bermula dari sekarang. Bertindak segera. Hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
by Faiz Riziq | Sep 17, 2021 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
1. Hapuskan hutang anda terlebih dahulu
Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda. Anda akan mendapati bahawa menghapuskan h utang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan. Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.
Anda hanya perlu fikir tentang simpan, simpan dan simpan sahaja. Ataupun melabur. Dah tahu banyak hutang jangan lah anda menambahnya lagi, bukan senang kita nak menyelesaikan hutang.
2. Tetapkan matlamat tabungan anda
Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan? Jika anda ingin membeli rumah, anda tentuka berapa banyak bayaran muka yang anda perlu buat. Untuk matlamat jangka panjang, seperti persaraan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi. Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja dan anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.
Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tersebut tetapi kena ingat cari ilmu dahulu sebelum melabur kalau tak tersontot macam sikit cepat kaya, MLM semua tu.
3. Buat satu jangka masa untuk anda menyimpan
Sebagai contoh: “Saya nak beli sebuah rumah dua tahun akan datang bermula dari hari ini.” Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu. Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.
Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda mungkin akan merasa kecewa. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan dan setiap tahun. Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.
4. Fikirkan berapa banyak yang anda perlukan untuk menyimpan
Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda. Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.
Fikir tentang simpan duit tu hari ini juga. Jangan tunggu-tunggu lagi.
Sebagai contoh, jika anda mahu meletakkan bayaran muka sebanyak RM20 ribu untuk sebuah rumah dalam masa 36 bulan (tiga tahun), anda akan perlu mencari jalan untuk menyimpan kira-kira RM560 (560 x 36 = RM20,160) setiap bulan. Tetapi jika gaji anda sedikit. Sebagai contoh lebih kurang RM1,000. Saya pasti anda tahu menyimpan sebanyak itu BUKAN satu matlamat yang realistik.
KECUALILAH jika anda tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab dan anda dapat makanan percuma dan tidak perlu keluar duit minyak untuk prgi tempat kerja. Anda kena adaptasi matlamat anda dengan hidup anda.
5. Simpan rekod perbelanjaan anda
Dengan kata lain, keep track perbelanjaan anda. Ada dua perkara mengenai duit anda: berapa banyak yang anda dapat dan berapa banyak yang anda belanjakan. Tulis perbelanjaan anda untuk setiap bulan. Buat seperinci yang mungkin, dan pastikan anda masukkan pembelian kecil seperti shavers atau syampu dan lain-lain. Buat kategori untuk setiap pembelian seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.
Simpan satu nota kecil dengan anda pada setiap masa (sekarang anda boleh gunakan telefon pintar anda). Jadikan satu tabiat anda untuk merakamkan setiap perbelanjaan dan simpan resit untuk setiap perbelanjaan. Kemudian, duduk seminggu sekali dengan nota kecil dan resit anda. Rekodkan perbelanjaan anda ke dalam Microsoft Excel. Anda boleh menggunakan fungsi kira di dalam Excel.
Terdapat juga app yang anda boleh muat turun di Play Store untuk membantu anda menjejaki perbelanjaan anda.Tak pon, kita boleh rekod dalam buku sahaja supaya setiap duit keluar masuk tersebut kita boleh tahu pergi kemana. Dari situ kita boleh kesan duit keluar berlebihan.
6. Nilai semula matlamat simpanan anda
Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai. Berapa banyak bezanya? Dan adakah ia sepadan dengan matlamat simpanan anda? Katakan anda telah memutuskan anda 100% pasti anda boleh hidup dengan RM1500 sebulan, dan jumlah gaji anda ialah RM2300 sebulan. Ini bermakna anda mempunyai RM800 untuk disimpan.
Jika anda tidak boleh memuatkan objektif simpanan anda mengikut bajet anda, lihat kembali kenapa anda menyimpan dan tolak ke tepi perkara yang kurang penting atau anda boleh menyesuaikan jangka masa simpanan anda. Jika anda rancang dalam 2 tahun anda beli kereta baru, mungkin anda boleh tambah setahun lagi untuk membelinya (3 tahun) dan pada waktu itu pun kereta sudah semakin canggih untuk anda beli.
7. Kurangkan perbelanjaan anda
Dah rekodkan perbelanjaan anda? Cuba anda lihat kembali rekod perbelanjaan anda tu. Anda mungkin akan terkejut apabila anda melihat kembali rekod perbelanjaan anda: RM30 untuk ais krim, RM10 untuk tiket letak kereta, dan mungkin juga RM40 untuk tiket wayang (bila anda belanja kawan-kawan ataupun anak-anak anda).
Anda akan melihat beberapa banyak pembaziran yang anda lakukan. Dan yang anda boleh kurangkan. Bergantung kepada berapa banyak yang anda perlukan, mungkin anda perlu membuat beberapa keputusan yang sukar. Apa yang penting? Fikirkan tentang keutamaan anda dan potong mana-mana yang boleh potong.
Kira berapa banyak yang anda boleh berjimat kemudian tengok berapa yang akan anda dapat dalam tempoh setahun. Anda akan menjadi lebih bermotivasi untuk untuk menyimpan bila anda tahu berapa banyak anda dapat jimat.
Cari side income. Dah tahu gaji kecil, cuba lah cari side income seperti meniaga online, sabtu ahad kerja part time, jadi agent dropship atau lain-lain lagi yang boleh tambahkan pendapatan kita.
8. Buat bajet anda sendiri
Bila anda dah rekod, dah tahu objektif anda, anda boleh buat bajet anda. Sebaik sahaja anda telah berjaya untuk mengimbangi pendapatan anda dengan matlamat simpanan anda dan perbelanjaan, tuliskan bajet supaya anda akan tahu setiap bulan berapa banyak gaji yang akan anda gunakan. Jangan lupa pasal bajet sebab selalunya bila kita nampak benda kita rasa nak beli.
Dengan bajet, kita boleh cuba elakkan benda ni daripada berlaku. Kita tetapkan terus berapa banyak kita nak belanja. Sebagai contoh: “Saya hanya akan membelanjakan RM30 sebulan pada wayang / coklat / kopi / dan lain-lain.” Buat sekali budget tahunan, tulis semua tahun tu anda nak beli apa atau segala aktiviti yang mengunakan duit.
9. Berhenti menggunakan kad kredit
Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai Jangan gunakan cek. Dengan kata lain, jangan berlagak kaya. Kita secara automatik akan lebih mudah berbelanja apabila kita tak nampak duit tu di depan mata. Kenapa? Sebab anda tak nampak duit tu berkurangan di depan mata anda. Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang dan sekurang-kurangnya adalah rasa menyesal bila belanja banyak sangat.
Jika anda perlu mempunyai kad kredit tetapi tak nak tergoda, letakkan dalam kertas matlamat anda dalam dompet anda. Anda rasa nak guna je, anda nampak matlamat anda atas kertas. Kalau semangat anda kuat, anda akan ingat pelan anda dan berhenti gunakan kad untuk benda yang tak perlu. Atau anda boleh letakkan kata-kata semangat untuk memastikan kad itu anda gunakan betul-betul untuk benda yang penting.
Kad kredit tidak semestinya jahat. Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita. Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.
Tetapi ingat. Syarikat kad kredit membuat duit apabila anda membelanjakan wang. Syarikat kad kredit akan mempromosikan pelbagai benda kepada anda. Tawaran wang kembali, pengenalan, poin penerbangan dan macam-macam lagi.
10. Letak duit dalam balang
Cuba anda letakkan duit yang anda nak pakai setiap bulan tu dalam balang masing-masing. Untuk kereta, untuk minyak, untuk makan minum. Letak dalam balangnya sendiri. Kalau nak pakai duit tu, tarik keluar duit daripada balang tu.
Pergh, anda mesti nampak betapa cepatnya duit tu habis. Dan disebabkan itu, anda akan berfikir banyak kali sebelum nak habiskan duit. Menyimpan duit warna dalam balang, sebagai contoh warna hijau RM5. Kalau anda dapat sahaja duit RM5 jangan guna terus masuk sahaja dalam tabung tersebut sebagai simpanan anda.
11. Lihat jika anda boleh cari akaun bank dengan Kadar Dividen yang lebih tinggi
Senang je nak faham kan poin ni? Cari bank yang boleh bagi dividen yang lebih tinggi. Cuba buat dalam bentuk carta ke. Itu cara termudah untuk tahu mana bank yang boleh tawarkan dividen yang tinggi. Cuba lihat pelaburan berisiko rendah tetapi mempunyai dividen yang tinggi. Tabung Haji juga menawarkan peratus yang tinggi. Satu lagi ialah Bank Rakyat. Cuba anda tengok semua pilihan yang ada.
12. Bayar diri sendiri dahulu
Simpanan harus menjadi keutamaan anda, jadi jangan kata yang anda simpan apa yang tinggal pada akhir bulan. Anda tipu diri sendiri kalau anda cakap begitu. Anda takkan simpan. Simpan duit sejurus selepas anda dapat gaji ke dalam akaun ataupun tabung anda. Cara yang mudah dan berkesan untuk memulakan penjimatan adalah dengan mendepositkan 10% setiap kali gaji yang anda dapat dalam akaun simpanan. Anda boleh membuat pemindahan automatik dari akaun anda ke akaun anda yang lain (yang anda takkan sentuh duit di dalamnya)
13. Jangan mudah kecewa atau berputus asa
Anda mungkin tidak fikir anda boleh menjadi kaya. Dan untuk menjadi jutawan adalah mustahil. Tapi bayangkan… sedikit demi sedikit anda menyimpan. Pada mulanya memang sedikit. Seperti tak cukup. Lama makin lama, perubahan mula berlaku. Anda akan dapat nampak duit yang dsimpan… yang sedikit itu… mula bertambah. Sehinggalah pada satu hari anda akan berasa gembira kerana anda menjadikan menabung itu sebahagian daripada hidup anda. Jadikan tabiat menyimpan sebagai hobi anda dan anda akan seronok bila tengok duit makin bertambah dalam simpanan anda.
Tetapi ingat jangan sampai kedekut sampai takut nak bersedekah, sebab sedekah itu adalah pembuka pintu rezeki kita. Islam pon cakap kalau nak kaya dan banyak duit perbanyakkan bersedekah.
14. Ambil perlindungan takaful/ kad perubatan
Bila kita sudah ada banyak simpanan, kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya kad perubatan supaya kalau berlaku perkara tidak diingini, kita tidak perlu mengeluarkan dan mengunakan duit simpanan kita tersebut. Sebagai contoh kalau kita masuk hospital disebabkan patah kaki bermain bola sepak kita, sekurangnya kos pembedahan semua itu lebih kurang RM20,000. Agak- agak senang tak kita nak menyimpan RM20,000 tersebut. Mesti susahkan, sebab tu saya galakkan yang anda perlu megambil kad perlindung takaful hanya bayar lebih kurang RM80- RM100 sahaja setiap bulan.
Ramai golongan orang muflis disebabkan terpaksa membayar bill rawatan hospita dan mengambil personal loan. Akhirnya baru mereka menyesal kalau tahu ambil kad perubatan secepat mungkin. Jadi penting tak kad perubatan tersebut?
Kesimpulan
Benda-benda hiburan boleh anda enjoy di kemudian hari kerana apabila anda ponteng membuat tabungan, anda akan mendapat masalah pada kemudian hari. Jangan risau kalau tak dapat ikut 100%. Anda boleh cuba lagi nanti.
by Faiz Riziq | Sep 14, 2021 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
HARTA memang bukan segala-galanya jika hati sudah suka, namun masalah kewangan juga boleh menjadikan sesebuah hubungan berada dalam konflik. Sebenarnya sebelum berkahwin lagi, perbezaan pandangan dalam menguruskan kewangan boleh menjadi punca masalah kepada pasangan.
Justeru, mempunyai pasangan dengan kewangan stabil adalah perkara penting. Tidak perlu kaya, yang penting boleh mengatur pendapatan dengan efisyen.
Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum mempunyai situasi kewangan stabil.
1. Sangat berahsia dengan soal kewangan
Kedudukan kewangan seseorang memang adalah perkara peribadi tetapi bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga atau sudah berkahwin soal itu bukan lagi privasi. Namun jika pasangan tetap berkeras untuk tidak mendedahkan kedudukan kewangannya, dia barangkali mempunyai masalah kewangan atau tidak bijak menguruskan wangnya.
2. Tiada simpanan, pelaburan
Jika anda masih muda dan baru memulakan kehidupan dalam alam pekerjaan, tidak mempunyai simpanan adalah perkara biasa. Tetapi jika pasangan sudah lama bekerja dan tidak pernah langsung berusaha untuk menyimpan atau membuat pelaburan kewangan, ia mungkin boleh menjadi ‘alarm’.
2. Tidak menguruskan perbelanjaan dan tanggungan
Dalam hidup berumah tangga, menjadi kewajipan kepada seorang suami untuk memastikan keluarganya berada dalam keadaan selesa selain memenuhi nafkah. Namun sikap tidak mengambil berat terhadap pengurusan perbelanjaan termasuk menyelesaikan bil-bil sehingga tertunggak adalah amaran bahawa si dia tidak bijak menguruskan perbelanjaan dan mengalami masalah kewangan.
4. Biar papa, asal bergaya’
Berhati-hati dengan pasangan yang mempunyai sikap berbelanja secara boros hanya semata-mata untuk bermegah diri tetapi di sebaliknya mereka menanggung beban hutang yang banyak. Tabiat ini sudah memberikan gambaran jelas mengenai kemampuannya untuk membeli dan menyimpan.
by Faiz Riziq | Sep 4, 2021 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
In Malaysia, a common way for us to be able to afford this cost of education is through PTPTN loans. PTPTN stands for Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (National Higher Education Fund Corporation). It is a government agency that provides study loans to Malaysian students for their tertiary education.
How does PTPTN loan work?
Contrary to popular belief, PTPTN is one of Malaysia’s most accessible study loans due to its exceptionally low-interest rate. The loans have a flat-rate interest of 1% (or ujrah, a Shariah-compliant service fee), which makes it relatively easy for you to pay off in small amounts after you graduate.
Lets say you’re borrowing RM70,000 over a repayment period of 15 years for an business course at a private university. The interest that you would need to pay will work out to RM10,500 or RM58.33 per month (RM70,000 x 1% x 15 years). Your total monthly repayment, on the other hand, would be RM447.22 per month (RM70,000 + RM10,500 / 15 years). Based on this example, the interest rate of RM58.33 that you need to pay monthly is extremely low compared to that of loans offered by banks.
What Happen If You Don’t Pay Off Your PTPTN Loan
After your graduation, you have a 12-month grace period after which you would need to immediately start repaying your PTPTN loan. But what happens if you choose not to? PTPTN will first issue up to 3 reminders followed by a demand letter for you to repay your loan. All unpaid loans will automatically be listed under the Central Credit Reference Information System (CCRIS) 12 months after the borrower graduates. You should make regular repayments towards your PTPTN loan to keep your credit report on CCRIS healthy. Should You Consider Paying Off Your PTPTN Loan Early As with any loan, the earlier you pay it off, the more you can save on interest. For one thing, interest is charged only after the 12-month grace period. This means that if you repay your entire loan within the 12-month grace period, you would not have to pay any interest at all. And if you start making partial repayments within the 12-month grace period, you would be charged with interest only for the payments you make after that
time period.
Consider how much interest you can save by repaying your loan several years earlier than the scheduled period. Using the same example as above, you would need to pay an interest of RM10,500 for repaying a PTPTN loan of RM70,000 over a period of 15 years. Yet, if you take 7 years to repay the same loan, you would be charged with an interest of RM4,900 and that’s RM5,100 in savings.
by Faiz Riziq | Sep 4, 2021 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Nasihat untuk “menjadi kaya” biasanya tertumpu pada wang simpanan dan memupuk tabiat menabung dari kecil. Memang benar yang ada individu yang berjaya menabung sampai membeli rumah tetapi ada juga yang gagal dan terpaksa diisytiharkan sebagai muflis. Ada 2 sebab kenapa anda tidak akan jadi kaya:
1. Mengambil Masa Lebih Lama Untuk Mencapai Matlamat Anda
Kita dinasihat untuk menabung dari muda. Antara sebabnya ialah untuk menjamin masa depan atau untuk memenuhi hasrat membeli rumah atau kereta. Bagi orang ramai nasihat ini memanglah berbaloi atau boleh kita katakan “standard” bila ada individu menasihati kita. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan masa yang panjang untuk mencapai matlamat. Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi. Contohnya, jika isi rumah anda mempunyai pendapatan median di Malaysia (RM5,000) dan anda dapat menabung 20% dari pendapatan ini bagi tujuan membayar wang
pendahuluan untuk rumah yang berharga RM600,000.
Wang simpanan bulanan RM5,000 x 20% = RM1,000
Wang pendahuluan rumah RM600,000 x 10% = RM60,000
Tempoh masa yang diperlukan = RM60,000/RM1,000 = 60 bulan = 5 tahun
Bandingkan jika wang ini dilaburkan dengan kadar 6%: RM1,000 x 60 bulan x 6% setahun = RM69,485.79
Dengan ini, anda boleh melihat pelaburan dengan kadar yang konservatif mempunyai nilai kewangan 15% lebih tinggi dari hanya menabung. Dengan cara ini, anda boleh mencapai matlamat anda dalam tempoh masa yang lebih pendek.
2. Tidak Menghasilkan Pulangan Yang Tinggi
Pada masa ini, akaun simpanan di bank biasanya memberi hasil pulangan kurang dari 2%. Jika dibandingkan dengan purata kadar inflasi untuk 10 tahun yang bernilai 2.23%,nilai wang anda telah merosot jika hanya menabung sahaja. Nasihat untuk memupuk tabiat menyimpan wang atau menabung untuk masa depan perlu dikaji semula. Ibubapa mungkin perlu mengambil kira nasihat ini untuk anak mereka dalam melabur RM1,000 sahaja dengan kadar pulangan purata 10% setahun, akan menjadi RM1,465 dalam tempoh lima tahun dan ini merupakan pulangan pelaburan lebih 46%! Tidak ada satu strategi pelaburan yang akan menjamin kejayaan tetapi sekurang-kurangnya kemungkinan mencapai matlamat anda adalah lebih baik berbanding dengan semata-mata menabung.Setiap kaedah pelaburan mempunyai ciri dan risikonya tersendiri dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, dalam jangka masapanjang, ketidaktentuan tersebut dijangka bergerak ke depan dan menghasilkan pulangan kewangan yang besar bagi pelabur.
by Faiz Riziq | Aug 30, 2021 | Kewangan, Keberhutangan & Pelaburan
Setiap orang memiliki impian untuk mempunyai pengurusan kewangan yang sudah bebas. Pengurusan kewangan yang bebas dari beban hutang yang tinggi dan mempunyai pendapatan yang stabil. Terdapat tanda-tanda dalam pengurusan kewangan yang menunjukkan sebenarnya anda masih belum merdeka.
1. Tidak Mampu Membuat Simpanan Setiap Bulan
Salah satu indikator penting dalam pengurusan kewangan adalah kemampuan untuk membuat simpanan setiap bulan walaupun jumlah yang sedikit sekecil RM10. Individu yang mampu untuk membuat simpanan secara konsisten setiap bulan pastinya mempunyai pengurusan kewangan yang baik.
2. Baki Akaun Bank anda kosong Sebelum Gaji Masuk
Jika anda dalam keadaan yang sentiasa menunggu gaji baru masuk untuk berbelanja,anda perlu menilai semula pengurusan kewangan anda. Pengurusan kewangan yang baik memastikan perbelanjaan bulanan anda lebih terkawal tanpa menunggu gaji yang seterusnya. Jika anda tidak terlalu mengharap gaji pada bulan depan, pengurusan kewangan anda sudah baik.
3. Hutang Tertunggak Melebihi Sebulan
Biasanya individu yang lewat membayar ansuran bulanan seperti kereta dan rumah adalah kerana gaji yang masuk lebih lewat dari tarikh akhir bayaran ansuran. Namun, perkara menjadi tidak normal apabila kelewatan itu melebihi satu bulan dan masih lagi tidak tertunggak. Ini petanda sangat penting yang menunjukkan hutang tersebut sebenarnya membebankan dan anda mungkin sedang struggle untuk meneruskan ansuran bulanan tersebut.
Recent Comments