Nasihat untuk “menjadi kaya” biasanya tertumpu pada wang simpanan dan memupuk tabiat menabung dari kecil. Memang benar yang ada individu yang berjaya menabung sampai membeli rumah tetapi ada juga yang gagal dan terpaksa diisytiharkan sebagai muflis. Ada 2 sebab kenapa anda tidak akan jadi kaya:

1. Mengambil Masa Lebih Lama Untuk Mencapai Matlamat Anda

Kita dinasihat untuk menabung dari muda. Antara sebabnya ialah untuk menjamin masa depan atau untuk memenuhi hasrat membeli rumah atau kereta. Bagi orang ramai nasihat ini memanglah berbaloi atau boleh kita katakan “standard” bila ada individu menasihati kita. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan masa yang panjang untuk mencapai matlamat. Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi. Contohnya, jika isi rumah anda mempunyai pendapatan median di Malaysia (RM5,000) dan anda dapat menabung 20% dari pendapatan ini bagi tujuan membayar wang
pendahuluan untuk rumah yang berharga RM600,000.

Wang simpanan bulanan RM5,000 x 20% = RM1,000

Wang pendahuluan rumah RM600,000 x 10% = RM60,000

Tempoh masa yang diperlukan = RM60,000/RM1,000 = 60 bulan = 5 tahun

Bandingkan jika wang ini dilaburkan dengan kadar 6%: RM1,000 x 60 bulan x 6% setahun = RM69,485.79

Dengan ini, anda boleh melihat pelaburan dengan kadar yang konservatif mempunyai nilai kewangan 15% lebih tinggi dari hanya menabung. Dengan cara ini, anda boleh mencapai matlamat anda dalam tempoh masa yang lebih pendek.

2. Tidak Menghasilkan Pulangan Yang Tinggi

Pada masa ini, akaun simpanan di bank biasanya memberi hasil pulangan kurang dari 2%. Jika dibandingkan dengan purata kadar inflasi untuk 10 tahun yang bernilai 2.23%,nilai wang anda telah merosot jika hanya menabung sahaja. Nasihat untuk memupuk tabiat menyimpan wang atau menabung untuk masa depan perlu dikaji semula. Ibubapa mungkin perlu mengambil kira nasihat ini untuk anak mereka dalam melabur RM1,000 sahaja dengan kadar pulangan purata 10% setahun, akan menjadi RM1,465 dalam tempoh lima tahun dan ini merupakan pulangan pelaburan lebih 46%! Tidak ada satu strategi pelaburan yang akan menjamin kejayaan tetapi sekurang-kurangnya kemungkinan mencapai matlamat anda adalah lebih baik berbanding dengan semata-mata menabung.Setiap kaedah pelaburan mempunyai ciri dan risikonya tersendiri dan tertakluk kepada keadaan pasaran yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, dalam jangka masapanjang, ketidaktentuan tersebut dijangka bergerak ke depan dan menghasilkan pulangan kewangan yang besar bagi pelabur.

Online
Hi! Boleh kami bantu?