Peratusan Hutang Isi Rumah Menurun Sehingga 81.9% – BNM

Peratusan Hutang Isi Rumah Menurun Sehingga 81.9% – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2023 menunjukkan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini merekodkan paras 81.9%, dilihat kekal menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu di paras 84.5%. Penurunan ini secara jelas memaparkan daya tahan isi rumah di Malaysia kekal disokong oleh pertumbuhan pendapatan dan guna tenaga negara yang sedang memulih.

Ia sekaligus membantu keupayaan isi rumah untuk mengekalkan tindakan bayaran balik hutang secara konsisten. Lebih menarik pada tempoh 6 bulan pertama 2023 ini, bahagian pinjaman isi rumah Tahap 2 diperhatikan telah menurun kepada 4.6%.

 

Buat pengetahuan umum – Pinjaman Tahap 2 ialah pinjaman yang telah menunjukkan kemerosotan risiko kredit, yang memerlukan bank menyediakan peruntukan berdasarkan jangkaan kerugian kredit seumur hidup menurut Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9.

 

Meskipun jumlah itu telah menurun, namun kumpulan perbankan kekal berwaspada terhadap risiko melibatkan kos peminjaman yang lebih tinggi bersama prestasi para peminjam. Langkah berjaga ini akan membantu institusi kewangan bersedia akan sebarang peningkatan semula paras hutang dalam kalangan isi rumah negara sekiranya berlaku kejutan pasaran.

 

 

Selain aliran yang positif berlaku pada paras hutang isi rumah Malaysia, prestasi kewangan pemain perniagaan di negara juga memaparkan corak persekitaran yang baik. Apabila aktiviti perniagaan dalam negeri terus meraih pulangan meskipun berdepan persekitaran ekonomi yang sukar.

BNM menjangkakan pemain perniagaan Malaysia akan terus berdepan pelbagai risiko, namun risiko tersebut berupaya didepani susulan penampan tunai kebanyakan perniagaan dilihat semakin kukuh bersama kecekapan operasi yang lebih baik mampu membantu sektor ekonomi negara kekal relevan.

Bermula 2024, Kos Haji Bakal Naik  Sekitar 11%

Bermula 2024, Kos Haji Bakal Naik Sekitar 11%

Ketidaktentuan ekonomi kesan pascapandemik COVID-19, dianggarkan akan memberi impak kepada kos haji negara – di mana berupaya meningkat cecah 11% mulai tahun 2024. Menurut Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang media di Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji dan Penghargaan Sahabat Korporat TH Musim Haji 1444H/2023M hari ini – situasi itu turut didorong kesan tekanan inflasi dan kedudukan nilai mata wang semasa. Malah tindakan Arab Saudi melaras naik Cukai Nilai Tambah (VAT) sekitar 5% hingga 6% turut memacu lagi keadaan tersebut. Maka ini secara langsung menjadikan kenaikan kos haji lebih tinggi bakal berlaku.

Berikutan anggaran kos itu, TH terus optimis membantu meringankan beban jemaah B40 dan M40 dalam menunaikan ibadah haji. Berdasarkan rekod, musim lalu sebanyak RM265 juta telah disalurkan dan usaha itu akan terus dipergiatkan kelak.

Cukai Keuntungan Modal Akan Dilaksanakan 2024

Cukai Keuntungan Modal Akan Dilaksanakan 2024

Bermula tahun hadapan, satu pendekatan percukaian baharu akan diperkenalkan buat penduduk negara yang mana ketika ini jenis cukai baharu sedang digubal oleh pentadbiran negara iaitu Cukai Keuntungan Modal. Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan (MOF) memberi jaminan pelaksanaan cukai baharu itu tidak akan membebankan rakyat negara. Penerapan itu bertujuan meluaskan asas cukai negara di samping pelbagaikan sumber cukai Malaysia.

Malah menerusi pengenalan cukai baharu itu, ia turut akan menambahbaik perolehan percukaian pentadbiran negara melalui penggunaan teknologi. Berikutan itu, jelas PM Anwar pada sidang pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK12 hari ini – penerapan cukai ini tidak akan sesekali dilaksanakan melangkaui kemampuan pihak yang terlibat. Seperti yang dimaklumkan pada pembentangan belanjawan sebelum ini, cukai tersebut hanyaakan dikenakan pada kadar yang rendah ke atas saham tidak tersenarai sahaja.

Malaysia optimis melalui pendekatan ini iaitu menjalankan perolehan hasil berasaskan prinsip pemerataan ekonomi yang lebih adil, ini akan meningkatkan lagi tahap displin penduduk dalam tanggunjawab percukaian.

Pengguna Berdepan Tekanan Kos, Penggunaan Kad Kredit Melonjak 14%

Pengguna Berdepan Tekanan Kos, Penggunaan Kad Kredit Melonjak 14%

Aliran permohonan pinjaman bank di negara kini diperhatikan menurun 11% setakat Jun 2023 berbanding bulan sebelumnya, situasi ini didorong kesan pelarasan Kadar Dasar Semalaman (OPR) di paras 3.00% sejak Mei lalu.

Pertumbuhan yang lebih perlahan itu meliputi pembelian rumah dan kegunaan peribadi.

Berdasarkan laporan tinjauan penyelidikan Kenanga Research ini, pelarasan OPR itu turut menyebabkan berlakunya peningkatan pada kadar pinjaman yang ditetapkan oleh perbankan. Tindakan itu sekaligus membawa kepada penilaian semua permohonan pinjaman kalangan pengguna negara.

Meskipun berlakunya penurunan, pinjaman isi rumah di negara kekal meningkat 5.3% dengan penggunaan transaksi kad kredit ketika ini menunjukkan pertumbuhan sebanyak 14%. Diikuti pinjaman perniagaan naik sebanyak3.0%, yang disumbang oleh perkhidmatan kewangan sebanyak 12%.

Melihat pada corak aliran transaksi yang lebih tinggi berlaku dalam kalangan isi rumah di negara – persekitaran ini dicetuskan oleh tekanan kos semasa, walaupun paras inflasi semakin mereda kepada 2.4% namun masih terdapat tekanan pada kos tertentu dalam pasaran negara, antaranya peningkatan kos makanan yang menjadi keperluan keluarga khususnya kalangan pendapatan rendah.

Sebelum ini, CTOS pernah menggariskan B40 menjadi antara kumpulan tertinggi kadar penggunaan kad kredit dalam perbelanjaan mereka. Meliputi 34.2% penggunaan. Paras itu untuk makluman jauh lebih tinggi berbanding paras purata kadar penggunaan kad kredit di peringkat kebangsaan iaitu 23.7% untuk tahun 2022.

Boleh Semak Baki Akaun ASNB – Touch N Go Ewallet

Boleh Semak Baki Akaun ASNB – Touch N Go Ewallet

Penambahan ciri akaun ASNB, Amanah Saham Nasional Berhad pada segmen GoInvest dalam Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) kini dilihat akan memudahkan lagi para pengguna untuk menyemak dan meningkatkan pelaburan mereka. Bagaimanapun, berdasarkan akses itu – ia dilihat tersedia untuk pengguna yang telah memiliki akaun ASNB sahaja. Ini bermakna akses untuk mendaftar akaun ASNB masih tidak tersedia buat pengguna baharu.

 

Pada integrasi di aplikasi TNG eWallet ini, pengguna boleh pergi pada bahagian GoInvest dan klik ASNB > klik Mulakan Sekarang, dengan memaut akaun ASNB anda > seterusnya pengguna dapat melihat secara menyeluruh akan jumlah pelaburan yang tersedia pada aplikasi.

 

Menerusi akses ini juga, TNG eWallet secara langsung turut menggalakkan pengguna laksana pelaburan baharu pada tawaran pelaburan ASNB. Akses itu turut tersedia buat semua pengguna untuk meningkatkan kuasa pelaburan mereka.

 

Ini senarai akses yang tersedia buat pengguna ASNB pada aplikasi TNG eWallet:

  • Jumlah Pelaburan
  • Senarai unit amanah ASNB bersama jumlah pelaburan (Unit Amanah Harga Tetap dan Unit Amanah Harga Berubah (akses ini turut tersedia bagi i Akaun Remaja/Bijak)
  • 5 Transaksi Terakhir bagi setiap unit amanah
  • Melabur dalam Unit Amanah baru bagi akaun sendri atau Remaja/Bijak
  • Melabur dalam Unit Amanah sedia ada bagi akaun sendiri atau Remaja/Bijak

 

Namun untuk ciri pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB ini dimaklumkan ia tidak tersedia dalam TNG eWallet. Para pengguna masih perlu kunjungi ASNB atau ejen untuk laksana pengeluaran atau gunakan aplikasi myASNB untuk miliki akses pengeluaran sehingga RM2,000 tersebut.

Ada 10 Kelebihan Saham Bumiputera. Jom Buat Duit!

Ada 10 Kelebihan Saham Bumiputera. Jom Buat Duit!

Saham khas bumiputera adalah satu instrumen pelaburan yang memberi peluang dan manfaat kepada komuniti bumiputera di Malaysia. Dalam artikel ini, kami akan meneliti dengan lebih terperinci 10 kelebihan saham khas bumiputera dalam Bahasa Malaysia. Dengan memahami kelebihan ini, anda akan dapat mengambil keputusan yang bijak dalam melabur dalam saham khas bumiputera. Jadi, mari kita tengok kelebihan-kelebihan saham khas bumiputera.

 

1. Keutamaan Untuk Komuniti Bumiputera

 

Sebagai instrumen pelaburan khas, saham bumiputera memberikan keutamaan kepada komuniti bumiputera di Malaysia. Ini bermakna bahawa pemegang saham bumiputera akan menikmati manfaat tambahan berbanding dengan pemegang saham biasa. Keutamaan ini merangkumi dividen yang lebih tinggi, potongan harga saham semasa penawaran awam, serta hak istimewa lain yang diberikan kepada pemegang saham bumiputera.

 

2. Peningkatan Kekayaan Bumiputera

 

Saham khas bumiputera bertujuan untuk meningkatkan kekayaan komuniti bumiputera. Dengan melabur dalam saham bumiputera, bumiputera dapat mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara dan pada masa yang sama meningkatkan kedudukan kewangan mereka sendiri. Melalui pelaburan ini, bumiputera dapat mengakses peluang kewangan yang sebelum ini mungkin tidak tersedia bagi mereka.

3. Peluang Pendidikan dan Latihan

 

Saham khas bumiputera juga memberikan peluang kepada pemegang saham untuk mendapatkan pendidikan dan latihan berkaitan dengan pasaran saham. Terdapat program-program khas yang ditawarkan kepada pemegang saham bumiputera untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pelaburan saham. Ini termasuk seminar, bengkel, dan kursus pelaburan yang boleh memberikan pemahaman mendalam tentang pasaran saham dan strategi pelaburan yang berkesan.

 

4. Meningkatkan Pengetahuan Pasaran Saham

 

Melabur dalam saham khas bumiputera juga memberikan peluang untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran saham. Dalam program-program latihan yang ditawarkan, anda akan mempelajari asas-asas pelaburan saham, analisis teknikal, analisis fundamental, serta strategi pelaburan yang berkesan. Pengetahuan ini akan memberi anda keupayaan untuk membuat keputusan pelaburan yang bijak dan memaksimumkan pulangan pelaburan anda.

 

5. Rendahnya Risiko Pelaburan

 

Saham khas bumiputera juga menawarkan risiko pelaburan yang lebih rendah berbanding dengan pelaburan lain dalam pasaran saham. Ini disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk dividen yang lebih tinggi, hak istimewa pemegang saham bumiputera, dan penawaran harga saham yang lebih rendah semasa penawaran awam. Faktor-faktor ini membantu melindungi pelabur bumiputera daripada risiko yang lebih tinggi yang biasanya berkaitan dengan pelaburan saham.

 

6. Sokongan dan Bimbingan

 

Saham khas bumiputera juga menawarkan sokongan dan bimbingan kepada pemegang saham. Terdapat rangkaian sokongan yang tersedia untuk membantu pemegang saham bumiputera dalam membuat keputusan pelaburan yang bijak. Ini termasuk khidmat nasihat pelaburan, analisis pasaran terkini, serta bantuan teknikal yang boleh membantu pemegang saham dalam strategi pelaburan mereka.

 

7. Potensi Pulangan Pelaburan yang Tinggi

 

Saham khas bumiputera juga menawarkan potensi pulangan pelaburan yang tinggi. Dalam pasaran saham yang berkembang pesat, saham bumiputera boleh memberikan pulangan yang melebihi pulangan pelaburan lain. Dengan mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi negara dan pelaburan dalam syarikat-syarikat berkualiti tinggi, pemegang saham bumiputera dapat memperoleh pulangan pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.

 

8. Peluang Penglibatan Aktif dalam Pasaran Saham

 

Saham khas bumiputera juga memberikan peluang untuk terlibat secara aktif dalam pasaran saham. Dengan menjadi pemegang saham bumiputera, anda boleh menghadiri mesyuarat umum pemegang saham, mengundi dalam pemilihan pengarah syarikat, dan memberikan pandangan anda tentang perkembangan syarikat. Ini memberikan anda peluang untuk terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembangunan syarikat-syarikat yang anda miliki.

 

9. Peluang Perniagaan dan Rundingan

 

Saham khas bumiputera juga memberikan peluang untuk menjalinkan hubungan perniagaan dan rundingan dengan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pemegang saham bumiputera lain. Melalui pertemuan-pertemuan pemegang saham dan acara-acara sosial yang dianjurkan oleh syarikat-syarikat, anda dapat memperluas rangkaian perniagaan dan membina hubungan dengan rakan kongsi yang berpotensi.

 

10. Sokongan Pembangunan Ekonomi Bumiputera

 

Melabur dalam saham khas bumiputera adalah satu cara untuk menyokong pembangunan ekonomi bumiputera di Malaysia. Dengan melabur dalam syarikat-syarikat bumiputera, anda membantu meningkatkan kekuatan ekonomi komuniti bumiputera dan memberikan sokongan kepada usahawan bumiputera. Ini adalah satu langkah penting dalam mewujudkan keadilan ekonomi di negara ini.

 

FAQ

 

1. Apakah itu saham khas bumiputera?

 

Saham khas bumiputera adalah instrumen pelaburan yang memberikan keutamaan kepada komuniti bumiputera di Malaysia. Ia memberikan pelbagai faedah tambahan seperti dividen yang lebih tinggi, potongan harga saham semasa penawaran awam, dan hak istimewa lain kepada pemegang saham bumiputera.

 

2. Bagaimana cara untuk melabur dalam saham khas bumiputera?

 

Anda boleh melabur dalam saham khas bumiputera melalui penawaran awam atau melalui platform pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan tempatan. Pastikan anda menghubungi broker saham atau institusi kewangan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai cara untuk melabur dalam saham khas bumiputera.

 

3. Adakah risiko pelaburan dalam saham khas bumiputera tinggi?

 

Risiko pelaburan dalam saham khas bumiputera adalah rendah berbanding dengan pelaburan saham biasa. Keutamaan dan hak istimewa yang diberikan kepada pemegang saham bumiputera membantu melindungi mereka daripada risiko yang lebih tinggi.

 

4. Bagaimana saya boleh meningkatkan pengetahuan saya tentang pasaran saham?

 

Anda boleh meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran saham melalui penyertaan dalam program-program latihan dan pendidikan yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan syarikat pelaburan. Anda juga boleh membaca buku-buku, mengikuti seminar, dan memanfaatkan sumber-sumber pendidikan dalam talian yang berkaitan dengan pasaran saham.

 

5. Adakah saham khas bumiputera memberikan pulangan pelaburan yang tinggi?

 

Saham khas bumiputera boleh memberikan pulangan pelaburan yang tinggi jika dilaburkan dengan bijak dan berdasarkan analisis pasaran yang teliti. Dalam pasaran saham yang berkembang pesat, terdapat pelbagai peluang untuk mencapai pulangan yang menguntungkan.

 

6. Apakah peranan saham khas bumiputera dalam pembangunan ekonomi bumiputera?

 

Saham khas bumiputera memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi bumiputera dengan menyokong pemilik usahawan bumiputera dan membina kekuatan ekonomi komuniti bumiputera. Melabur dalam saham bumiputera adalah satu cara untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosioekonomi negara.

 

Online
Hi! Boleh kami bantu?