Tarif Trump Menggila: Malaysia Antara Mangsa Ekonomi Global?

Tarif Trump Menggila: Malaysia Antara Mangsa Ekonomi Global?

Dapatkan update terkini & artikel eksklusif terus ke WhatsApp anda! Klik untuk follow kami di Whatsapp Channel sekarang!


Ketika dunia sedang berusaha bangkit dari ketidaktentuan ekonomi, Presiden AS Donald Trump mengumumkan serangan tarif besar-besaran bermula 2 April. Kali ini, bukan hanya tarif balas, tetapi juga cukai tambahan yang menyasarkan sektor-sektor utama seperti automotif, keluli, aluminium, mikroprosesor, dan farmaseutikal.

Trump lantang menyatakan, “April 2 is a liberating day for our country,” sambil menuduh presiden terdahulu “foolish” kerana membiarkan kekayaan Amerika ‘dirampas’ negara-negara lain. Ini bukan sekadar kata-kata kosong, dunia kini bersiap sedia menghadapi perang perdagangan yang lebih dahsyat.

Malaysia: Mangsa Terhimpit di Tengah Perang Ekonomi?

Sebagai negara yang bergantung besar pada eksport, Malaysia tidak akan terlepas daripada kesan tarif ini. Beberapa sektor kritikal dijangka terjejas:

Industri Elektronik & Semikonduktor: Malaysia adalah pengeluar besar cip dan komponen elektronik yang dieksport ke AS dan China. Jika perang tarif ini terus memuncak, permintaan akan menjunam, kilang-kilang tempatan mungkin terpaksa mengecilkan operasi, atau lebih buruk — menutup terus.

Automotif: Tarif tambahan ke atas kenderaan bermakna kos pengeluaran meningkat. Proton dan Perodua mungkin terselamat kerana pasaran domestik, tapi pengeluar komponen automotif Malaysia yang bergantung kepada eksport akan terjejas teruk.

Kelapa Sawit: Malaysia sudah pun bergelut dengan larangan dan boikot Eropah. Jika AS turut memperketat import, industri sawit — yang menyumbang berbilion ringgit kepada ekonomi dan peluang pekerjaan — akan makin lemas.

Pelaburan Lari, Ringgit Terjejas? Pelabur antarabangsa benci ketidaktentuan. Jika perang perdagangan berlarutan, Malaysia berisiko kehilangan pelaburan asing (FDI). Ringgit pula dijangka lemah jika eksport menyusut dan ekonomi global meleset.

Apa Pilihan Kita?

Kerajaan Malaysia perlu bertindak pantas! Usaha perlu difokuskan pada:

  • Diversifikasi Pasaran: Cari pasaran baru di Asia dan Timur Tengah untuk eksport utama.
  • Pelaburan Teknologi: Beralih kepada produk bernilai tinggi dan hiliran.
  • Perjanjian Dagangan Baharu: Percepatkan rundingan RCEP dan perjanjian dua hala lain.

Kita tak mampu lagi berdiam diri. Perang tarif ini bukan sekadar retorik Trump — ia bom ekonomi yang bakal meletup.

Persoalannya: Adakah Malaysia bersedia menahan letupan ini?

 

Faraid: Adil atau Zalim? Hakikat yang Ramai Salah Faham!

Faraid: Adil atau Zalim? Hakikat yang Ramai Salah Faham!

Dapatkan update terkini & artikel eksklusif terus ke WhatsApp anda! Klik untuk follow kami di Whatsapp Channel sekarang!


Bila kematian menjemput, warisan bukan sekadar harta, ia adalah amanah yang ditinggalkan. Namun, ramai yang melihat pembahagian harta Faraid sebagai tidak adil, terutamanya apabila waris lelaki menerima bahagian lebih besar berbanding waris perempuan. Betulkah begitu? Atau kita sebenarnya salah faham?

Mengapa Lelaki Dapat Lebih Banyak?

Ramai yang terus melenting bila tahu bahagian lelaki lebih besar. “Kenapa perempuan dapat sikit je? Tak adil langsung!” Tapi kita lupa, Islam bukan sekadar bagi hak, Islam letak tanggungjawab.

Lelaki bukan hanya pewaris harta, tapi pemegang amanah. Mereka bertanggungjawab menyara ibu, isteri, anak-anak, adik-beradik perempuan, bahkan anak saudara yang yatim. Apa yang lelaki terima bukan semata-mata milik peribadi, itu tanggungjawab untuk keluarga.

Bahagian wanita pula? Itu hak mutlak mereka. Tak perlu dibahagikan atau digunakan untuk tanggungan sesiapa. Mereka bebas memilikinya sepenuhnya. Keadilan Allah itu bukan soal berapa banyak yang kita dapat, tapi apa tanggungjawab yang kita pikul.

Bila Amanah Bertukar Jadi Ketamakan

Namun, realitinya hari ini menyedihkan. Ada waris lelaki yang lupa amanah besar yang Allah berikan. Harta faraid yang sepatutnya melindungi keluarga, menjadi rebutan. Wanita, anak-anak yatim, dan saudara perempuan terbiar. Lebih tragis, ada yang terpaksa mengemis untuk dapatkan hak mereka.

Di sinilah kita mula dengar suara-suara sumbang, “Faraid tak adil!” — sedangkan masalah sebenar bukan pada hukum Allah, tapi pada manusia yang tamak dan lupa tanggungjawab. Hukum Allah itu sempurna, tapi tangan manusia yang merosakkan.

Hibah: Jalan Keluar dari Konflik?

Islam, dalam kelembutannya, beri ruang untuk perancangan harta yang lebih fleksibel melalui Hibah. Hibah ialah pemberian harta semasa pemilik masih hidup. Ia bukan lagi harta pusaka — ia hak milik penerima sepenuhnya.

Nak pastikan anak perempuan terjamin? Nak bantu anak angkat yang tiada hak faraid? Nak hadiahkan sesuatu kepada isteri sebagai penghargaan? Hibah adalah solusinya. Dengan syarat, ia dibuat ketika pemilik harta masih hidup dan dalam keadaan waras.

Faraid Itu Adil — Kita Saja Yang Silap Tafsir

Hukum Faraid bukanlah rigid atau kejam seperti yang disangka. Ia adalah panduan sempurna yang menjaga keseimbangan hak dan tanggungjawab. Namun, untuk melengkapkannya, kita sendiri perlu bertindak bijak, fahami hikmah di sebalik hukum, rancang harta dengan Hibah, dan pastikan waris yang ditinggalkan tidak menderita.

Jangan biarkan warisan berubah jadi perbalahan. Kembalikan semula amanah kepada tempatnya, dengan memahami Faraid dan bertindak bijak dengan Hibah.

“Harta bukan sekadar milik, ia amanah yang kita tinggalkan untuk mereka yang kita sayang.”


Hubungi kami di Kaizer Management & Consultancy Sdn Bhd, merupakan perunding sah dari AWARIS untuk mengurus Wasiat, Deklarasi Hibah, Perjanjian Aset Perolehan Bersama, Amanah Hayat serta Pentadbiran Harta Pusaka.

Wasiat: Penyelamat Harta atau Punca Perbalahan Keluarga?

Wasiat: Penyelamat Harta atau Punca Perbalahan Keluarga?

Dapatkan update terkini & artikel eksklusif terus ke WhatsApp anda! Klik untuk follow kami di Whatsapp Channel sekarang!


Bayangkan… Anda bekerja keras sepanjang hidup, membina harta demi keselesaan keluarga tercinta. Tetapi, apa yang terjadi selepas anda tiada? Adakah harta itu akan diagihkan dengan adil, atau menjadi punca perbalahan yang meretakkan hubungan darah?

Ramai orang sangka menulis wasiat sudah cukup untuk melindungi waris — hakikatnya, ramai juga yang tersilap langkah dan akhirnya, waris terpinggir.

Apa Itu Wasiat Sebenarnya?

Wasiat adalah pengakuan seseorang semasa hayatnya berkenaan hartanya atau manfaat lain untuk tujuan kebajikan atau tujuan yang dibenarkan menurut Hukum Syarak selepas kematiannya. Ini termaktub dalam Seksyen 2 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999. Namun, ramai yang keliru antara wasiat dan hibah.

  • Wasiat hanya berkuat kuasa selepas kematian.
  • Hibah pula berkuat kuasa semasa pemberi hibah masih hidup.

 

Wasiat & Faraid: Yang Mana Dahulu?

Ramai juga yang tak tahu, Al-Quran sendiri menyatakan pembahagian harta menurut faraid hanya berlaku selepas diselesaikan wasiat dan hutang si mati. Firman Allah dalam Surah An-Nisa, ayat 11:

“(Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya.”

Maksudnya, jika harta pusaka sudah diagihkan melalui wasiat dan tiada baki, maka waris tidak akan mendapat bahagian faraid mereka. Bayangkan bagaimana perasaan ahli keluarga yang mengharap — tetapi pulang dengan tangan kosong.

 

Pemberian Kepada Waris: Boleh atau Haram?

Mitos paling biasa — kononnya wasiat kepada waris adalah haram. Hakikatnya, Hukum Syarak membenarkan, dengan syarat semua waris faraid yang lain bersetuju selepas kematian pewasiat.

Sabda Rasulullah SAW:

“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain.”
(Riwayat Daruqutni)

Maknanya, kalau satu waris tak setuju, wasiat itu batal. Masalah besar kan? Lagi-lagi kalau hubungan keluarga dah mula renggang.

 

Pemberian Kepada Bukan Waris: Siapa Lebih Utama?

Kalau nak beri harta pada anak angkat, saudara berlainan agama, atau sedekah, hukum membenarkan — tetapi terhad kepada 1/3 daripada keseluruhan harta. Lebih dari itu, waris wajib setuju.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat, Saad Bin Abi Waqash:

“Sepertiga itu banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta kepada orang lain.”
(Riwayat Muslim)

Bayangkan anak angkat yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, akhirnya tidak mendapat apa-apa kerana tiada wasiat, atau wasiat melebihi 1/3 dan waris lain menolak. Berat kan?

 

Wasiat Batal, Bagaimana dengan Wakaf dan Sedekah?

Kalau wasiat dibatalkan, wakaf tetap perlu diteruskan dan dianggap sebagai hutang. Sedekah pula akan terbatal. Penting untuk pastikan wasiat ditulis dengan betul supaya hasrat amal jariah kita kekal hidup walaupun kita tiada.

 

Kesimpulan: Wasiat Itu Tanggungjawab, Bukan Pilihan

Nabi SAW bersabda:

“Bukanlah seorang muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan, untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepalanya.”
(Sahih Al-Bukhori)

Jangan biarkan harta yang kita tinggalkan jadi punca perbalahan keluarga atau merugikan mereka yang kita sayang. Buat wasiat dengan bijak, rancanglah harta dengan tenang.


Untuk yang mahu memastikan harta diagihkan dengan adil, elakkan perebutan, dan pastikan setiap waris terjamin hak mereka, hubungi kami di Kaizer Management & Consultancy Sdn Bhd, merupakan perunding sah dari AWARIS mengurus Wasiat, Deklarasi Hibah, Perjanjian Aset Perolehan Bersama, Amanah Hayat serta Pentadbiran Harta Pusaka. Jangan biar harta jadi punca keluarga berpecah. Rancanglah dengan bijak — hari ini juga.

Hibah Harta Bercagar: Anda Benar-Benar Pemilik, atau Cuma Penjaga?

Hibah Harta Bercagar: Anda Benar-Benar Pemilik, atau Cuma Penjaga?

Dapatkan update terkini & artikel eksklusif terus ke WhatsApp anda! Klik untuk follow kami di Whatsapp Channel sekarang!


Ramai orang yakin harta yang mereka miliki boleh dihibahkan sesuka hati — tapi bagaimana kalau harta itu masih bercagar? Rumah yang masih ada pinjaman, tanah yang dijadikan jaminan, atau aset yang terikat dengan pihak bank — adakah anda benar-benar pemilik, atau cuma ‘penjaga’ sementara?

Hakikatnya, hibah bukan sekadar soal niat memberi. Ada syarat dan hukum yang menentukan sama ada hibah itu sah atau sekadar angan-angan. Lebih teruk, tanpa fahaman yang betul, penerima hibah mungkin berakhir dengan harta yang tak boleh dituntut langsung.

Hibah Harta: Hak Milik atau Sekadar Pinjaman Bertopeng?

Bila kita bercakap tentang hibah, ada empat rukun utama yang mesti dipenuhi mengikut syariah:

  1. Pemberi Hibah (Al-Wahib) – Mesti pemilik sah dan berakal.
  2. Penerima Hibah (Al-Mawhub Lahu) – Boleh siapa saja, mukalaf atau bukan.
  3. Harta yang Dihibahkan (Al-Mawhub) – Mesti harta halal, bernilai, dan boleh dipindah milik.
  4. Sighah (Ijab dan Qabul) – Lafaz jelas untuk pemberian dan penerimaan.

Tapi persoalannya: Kalau harta itu masih bercagar, adakah anda masih pemilik penuh atau sebenarnya hanya “penjaga” sementara bagi pihak bank?

Harta Bercagar: Siapa Pemilik Sebenar?

Harta yang bercagar bermaksud ia dijadikan jaminan kepada institusi kewangan. Selagi pinjaman tak langsai, harta itu tak bebas. Apa maknanya?

  • Anda hanya pemilik atas kertas. Bank atau institusi kewangan masih ada hak ke atas harta tu.
  • Tak boleh pindah milik sesuka hati. Nak hibah? Kena dapat kebenaran pemegang gadaian dulu.
  • Hibah tanpa kebenaran? Boleh terbatal! Sebab anda tak ada kuasa penuh.

Bayangkan anda hibahkan rumah pada anak, tapi rumah tu masih bercagar. Tiba-tiba, pinjaman tak terbayar. Bank lelong rumah tu. Anak anda dapat apa? Kosong.

Pandangan Mazhab: Sah atau Sia-Sia?

Para ulama pun ada pelbagai pandangan tentang hibah harta bercagar:

  • Mazhab Syafie & Hanbali: Hibah tak sah sebab pemilikan dianggap tak sempurna. Anda tak berhak serah harta yang bukan milik penuh.
  • Mazhab Maliki & Hanafi: Boleh hibah dengan syarat ada kebenaran pemegang gadaian — dan izin ni boleh dapat selepas akad hibah.

Jadi, kalau anda ikut mazhab Syafie, hibah harta bercagar boleh jadi sia-sia. Tapi mazhab Maliki dan Hanafi lebih fleksibel, asalkan ada persetujuan pihak pemegang gadaian.

Realiti di Mahkamah Syariah: Berpihak kepada Siapa?

Ada kes mahkamah yang patut jadi pengajaran:

  • Awang bin Abdul Rahman lwn. Shamsuddin bin Awang – Mahkamah tolak hibah harta bercagar sebab pemilikan dianggap tak sempurna.
  • Raihanah binti Mohd Ali lwn. Kamaruddin bin Mohd Nor – Plaintif gagal buktikan si mati dapat izin pembiaya untuk hibahkan harta.
  • Yati Suraya lwn. Supiah binti Abu – Hibah dibenarkan sebab ada takaful yang cover pinjaman penuh.

Nampak jelas, tanpa izin pemegang gadaian atau perlindungan takaful yang melindungi pinjaman, hibah harta bercagar boleh gagal di mahkamah.

Jadi, Apa Jalan Keluar?

Nak hibah harta bercagar tapi tak nak berdepan risiko terbatal? Ini beberapa jalan penyelesaian:

  1. Langsaikan pinjaman terlebih dahulu. Baru hibah jadi sah tanpa isu pemilikan.
  2. Dapatkan persetujuan bertulis dari pemegang gadaian. Jangan main agak-agak.
  3. Ambil perlindungan takaful penuh (MRTA, MRTT, MLTA, MLTT). Ini boleh jadi penyelamat kalau pemilik meninggal dunia.
  4. Guna amanah (trustee) seperti as-Salihin Trustee Berhad. Mereka boleh uruskan hibah dengan lebih terjamin.

Kesimpulan: Pemilik atau Penjaga Sementara?

Jangan tertipu dengan rasa “ini harta aku, aku berhak hibah.” Kalau harta masih bercagar, realitinya, anda cuma penjaga sementara. Nak pastikan hibah anda sah dan tak menyusahkan waris? Pastikan anda betul-betul faham hukum dan laluan undang-undang. Harta bercagar bukan penghalang untuk hibah — tapi ia perlukan perancangan yang lebih teliti dan langkah yang betul. Jangan biarkan hibah anda jadi angan-angan kosong.


Nak pastikan hibah anda betul-betul terlaksana? Rujuk kami di Kaizer Management & Consultancy Sdn Bhd, merupakan salah satu perunding sah dibawah AWARIS. 

 

Batik Air Supports Subang Airport’s Transformation

Batik Air Supports Subang Airport’s Transformation

Dapatkan update terkini & artikel eksklusif terus ke WhatsApp anda! Klik untuk follow kami di Whatsapp Channel sekarang!


Batik Air has voiced its strong support for the Subang Airport Regeneration Plan (SARP), urging authorities to accelerate the approval of additional flight slots at Sultan Abdul Aziz Shah Airport. This call follows AirAsia’s announcement to relocate its jet operations to Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 (klia2) by April 7, 2025, freeing up valuable slots at Subang.

A New Opportunity for Subang Airport

With AirAsia vacating four slot pairs, Batik Air sees an opportunity to expand its operations at Subang Airport. The airline aims to increase flight frequencies and introduce new routes in the coming months, aligning with the airport’s transformation into a modern regional hub.

“Our expanded presence will offer travellers greater choice and convenience, while reinforcing Malaysia’s position as a key aviation hub in the region,” said Batik Air CEO Datuk Chandran Rama Muthy.

A Call for Faster Slot Allocation

To ensure Subang Airport’s growth stays on track, Batik Air is calling on the Ministry of Transport, the Civil Aviation Authority of Malaysia, the Malaysian Aviation Commission, and Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) to speed up the slot allocation process. According to Datuk Chandran, faster approvals would enable the airline to boost connectivity, introduce more services, and support the airport’s long-term development.

AirAsia’s Departure: A Shift in Strategy

AirAsia’s decision to move to klia2 reflects its strategy to improve efficiency and meet rising passenger demand. The airline acknowledged Subang Airport’s convenience but stated that its redevelopment would take time to fully support future growth.

Industry Reactions and Concerns

Aviation consultant Brendan Sobie questioned the viability of Subang Airport’s expansion plans, especially after AirAsia’s exit. He noted that Malaysia’s domestic market is highly competitive and price-sensitive, with yields on certain routes even lower than pre-Covid levels. Sobie suggested that the policy behind Subang’s jet reopening may need re-evaluation.

Despite this, he predicted that Batik Air could seize the opportunity to take over AirAsia’s vacated slots, potentially positioning itself as a major player at the airport.

Subang’s Road to Revival

Subang Airport resumed jet operations in August 2024 after a 26-year break. Alongside Batik Air, other airlines such as FireFly, Transnusa, and Scoot have already established operations, signaling the airport’s growing importance.

Conclusion

The Subang Airport Regeneration Plan represents a bold vision for the future of Malaysia’s aviation industry. With Batik Air’s commitment to expanding its services and supporting the airport’s transformation, Subang Airport could evolve into a thriving regional hub. However, the success of this plan hinges on timely slot allocations and overcoming the challenges of a competitive market. The coming months will determine whether Subang Airport can rise to meet its ambitious goals — and whether Batik Air can take the lead in shaping that future.

TapSecure: Kaedah Baharu Meluluskan Transaksi TNG eWallet

TapSecure: Kaedah Baharu Meluluskan Transaksi TNG eWallet

Dapatkan update terkini & artikel eksklusif terus ke WhatsApp anda! Klik untuk follow kami di Whatsapp Channel sekarang!


Mulai 17 Mac 2025, Touch ‘n Go Digital akan memperkenalkan sistem pengesahan baharu, TapSecure, bagi meluluskan transaksi Kad Visa TNG eWallet. Langkah ini menggantikan penggunaan SMS OTP (Kata Laluan Sekali Guna) yang sedia ada, sekali gus menjanjikan tahap keselamatan yang lebih baik untuk pengguna.

Kemudahan Pengesahan Hanya Dengan Satu Ketikan

Dengan adanya TapSecure, proses pengesahan transaksi kini menjadi lebih mudah dan pantas. Pengguna hanya perlu melakukan satu ketikan di aplikasi TNG eWallet untuk meluluskan transaksi. Ini bukan sahaja mempercepatkan proses pembayaran, tetapi juga menjadikan pengalaman pengguna lebih lancar dan mesra teknologi.

Peningkatan Tahap Keselamatan

Salah satu kelebihan utama TapSecure adalah keupayaannya dalam mengurangkan risiko serangan siber dan ancaman sekuriti. Berbanding SMS OTP yang berpotensi terdedah kepada penyalahgunaan, TapSecure memberikan perlindungan tambahan kerana ia berfungsi terus melalui aplikasi, menjadikan akses pihak ketiga lebih sukar.

Pentingnya Mengaktifkan Notifikasi

Bagi memastikan transaksi berjalan tanpa gangguan, pengguna dinasihatkan untuk mengaktifkan notifikasi atau pemberitahuan dalam tetapan aplikasi TNG eWallet. Ini memastikan setiap permintaan transaksi dapat diterima serta-merta dan diluluskan dengan mudah.

Kesimpulan

Pengenalan TapSecure oleh Touch ‘n Go Digital membuktikan komitmen mereka dalam meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna. Dengan proses pengesahan yang lebih pantas, mudah, dan selamat, pengguna dapat menikmati pengalaman pembayaran yang lebih yakin dan efisien. Pastikan aplikasi anda dikemas kini dan notifikasi diaktifkan agar tidak terlepas manfaat sistem baharu ini.

Online
Hi! Boleh kami bantu?